Thursday, February 16, 2012

Unplanned vacation - kaki Gunung Fuji

Mr. FnF buat surprise bila dia secara rahsia booking hotel 3 hari 2 malam di K's House, Mt.Fuji. Kelam kabut packing mana yang sempat... apapun...unplanned vacation yang sangat best...

Hari Pertama, kami bawa anak2 main snow di Fujiten Snow Resort, betul2 di kaki Gunung Fuji...hanya beberapa kilometer sahaja dari backpacker's hostel kami menginap. 


Orang main ski dan bersnowboarding. Kena naik gondola ke puncak bukit... dan slide dari atas bukit...best kan... dengan pemandangan Mt.Fuji yang sangat cantik...Subhanallah...


FnF terus ke kids land...Rezeki FnF dapat tiket kanak2 free...jadi FnF hanya bayar tiket masuk untuk FnF saje...
Excited sangat anak2 FnF dapat main snow... Haru sungguh bila terpaksa layan adek menangis setengah jam sebab tak mahu balik...tak puas main snow...


Hari kedua, kami ke Mt. Hakone. Di sini pun banyak tempat menarik. banyak laluan ditutup sebab bersalji dan licin. Kami menaiki cablecar Komagatake ropeway untuk ke puncak Hakone.


Menikmati pemandangan dari dalam cable car...
Si abang yang terbaring atas salji yang lembut... 

Banyak lagi gambar2 puncak Hakone yang FnF dah upload di entry ini.

Hari terakhir, FnF bersiar2 sekitar hotel FnF menginap yang juga dikenali sebagai Fuji 5 Lakes area... sambil menikmati keindahan alam yang sangat menakjubkan... Keindahan sekitar Fuji Five Lakes berlatar belakang Fujisan ada di entry di sini.

Berdekatan Fuji 5 Lakes, menuju ke Ice Lava cake...

Laluan sempit dan licin...Banyak laluan ditutup pada musim sejuk sbb terlalu licin dan berais.


Di bahagian gua paling bawah. Tangga disediakan untuk visitor turun.


Kami teruskan lagi perjalanan sekitar Fuji 5 lakes menuju ke Lake Saiko. Bersebelahan Lake Saiko... taman dengan ice sculpture yang dibina dari pancutan air.

Anak2 FnF memang pantang jumpa taman...mesti hepi sangat2...


Keindahan Lake Saiko.


Perjalanan yang best sangat... rasa mcm nak pergi lagi...bila musim berubah...Mt. Fuji juga akan bertukar warna...Subhanallah...indahnya kejadian alam ciptaan Allah...

2 comments:

  1. Replies
    1. Jom datang...kami pun teringin nak datang lagi...time autumn pulak... cantik daun2 sumer warna-warni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...