Temerloh sangat terkenal dengan keenakkan masakan ikan patin... Ikan patin sangkar Sungai Pahang dijual antara RM12 - RM14 sekilo. Anggaran berat seekor ikan antara 700gram ke 1kg. Rasanya sangat sedap... tidak hanyir... tiada bau lumpur sebab dibela di dalam sangkar disepanjang pesisir sungai Pahang.
Di Jepun ada juga dijual ikan patin... import from Vietnam kalau tak salah FnF...sebab teringin sangat nak makan, FnF beli juga...tapi sekali tu je...lepas tu ampun tak nak beli dah...sebab hanyir sangat dan berbau lumpur... almaklumlah..tekak dah biasa makan ikan patin Temerloh yang sedap...
This food was cooked a day before we return to Japan... Gulai tempoyak ikan patin...huhuhu....really miss this dishes...
Jom semak resepi cara ibu Mrs FnF... boleh juga letak bawang kecil (tumbuk) dan timun cina... takde masalah... style famili FnF tak letak sayur dalam masakan ikan patin...bawang pun tak letak... ;)
Bahan2
Ikan Patin (2 ekor anggaran 1.5kg) - dipotong15 biji cili padi (ikut pedas yang disukai) *
2 cm kunyit hidup * (tumbuk *)
2 senduk tempoyak (agak-agak - ikut kepekatan yang dikehendaki)
1 ikat daun kesum
1 keping asam keping
air secukupnya
garam, serbuk perasa secukup rasa
Cara2
garam, serbuk perasa secukup rasa
Cara2
Potong ikan patin dan cuci dengan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir
Masukkan ikan, bahan tumbuk, asam keping, dan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras ikan. Masukkan juga tempoyak. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa (aji) secukup rasa. Kecilkan api.
Masak dengan api kecil hingga kuah tempoyak pekat.
Sesuaikan rasa dan tutup api...sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Ikan patin liar sungai Pahang... |
Selain ikan patin sangkar, FnF sempat juga beli ikan patin liar Sungai Pahang... kami beli di sebuah restoren yang menyajikan masakan ikan patin... harga agak mahal...RM130 sekilogram... berbanding ikan patin sangkar yang agak kecil... berat ikan patin liar ni melebihi 2kg... kami beli kerana dikirim oleh seseorang...
Huh...apa pandang2... |