Showing posts with label Bread. Show all posts
Showing posts with label Bread. Show all posts

Monday, December 31, 2012

walnut carrot cake... sugar cheese bun... MrsFnF birthday...

Assalamualaikum... salam buat semua...

Actually kan... birthday FnF dekat2 tarikhnye... gap tak sampai sebulan ponnnn... so time ni le masing2 demand nak hadiah special... hehehe... 


Jika sebelum ni FnF celebrate MrFnF birthday with rainbow cake siap ngan simple lunch sekali... kali ni FnF celebrate MrsFnF birthday ngan kek yang berkhasiat lak... simple but delicious walnut carrot cake...


Dulu2 pernah juga FnF buat carrot cake tapi ada guna nanas dan kepala parut... sebab takde stok tu so FnF guna resepi yang lebih mudah... tapi rasa dia tetap mengancam... thanks Rahel 4 sharing the recipe here...


Bahan2 (acuan 8")

1 1/4 cawan gula perang
3/4 cawan minyak bunga matahari
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 1/2 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 st serbuk kayu manis*
1 st esen vanilla
2 cawan carrot yg telah disagat halus
1/2 cawan walnut yg telah dicincang

Cara2

Griskan acuan,alas dg kertas serap minyak. panaskan oven 170'c.
Ayak bersama bahan bertanda*.
Masukkan gula & minyak dlm mangkuk,kacau sedikit hingga rata.
Masukkan telur dan pukul hingga berkrim selama 3 minit, tambahkan esen vanilla,kacau rata.
Kemudian masukkan tepung,kacau rata... masukkan carrot,walnut dan gaul sebentar sehingga rata.
Tuang adunan ke dlm acuan,bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Bahan cream cheese frosting 

250g cream cheese
100g butter
150g gula icing (ayak)
1 cawan fresh cream (pukul kental)

Cara2

Pukul cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan gula icing, terus memutar hingga gebu dan halus. Masukkan fresh cream yang dah dipukul kental. Gaul sebati. Sedia untuk digunakan.



Potong birthday cake ni bersama2 Geng Chibadai semasa piknik kami di Doitsumura... InsyaAllah next entry FnF akan share kisah piknik Geng Chibadai di Doitsumura...


Selain carrot cake, sempat gak FnF buat roti untuk dibawa piknik... sugar cheese bun guna basic bread dough recipe dari mamafami disini...


Bahan2

500g tepung roti
100g gula
30g susu tepung
11g yis mauripan
1sk garam
1sk bread improver
1sk bread softener
80g butter
250ml air atau susu segar
1 biji telur - kacau sedikit

Cara2 (Kaedah Breadmaker)

Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap dan doh naik 2 kali ganda. 
Kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagi doh 60g setiap satu... Sedia untuk dibentuk.
Biarkan naik sekali ganda lagi. sapu permukaan doh roti dengan telur yang telah dipukul sedikit. Tabur gula dan keju pizza. 
Bakar suhu 180 selama 20 minit atau sehingga masak.
Sapukan permukaan roti dengan butter dan sejukkan di atas redai.


Cara membentuk doh roti sugar cheese bun...


Thursday, June 14, 2012

Crispy black pepper marinated chicken thigh Burger...

Assalamualaikum...salam buat semua...


Petang semalam sempat lagi FnF buat roti burger... maka hari ni makan burger le kami... oh... dinner nanti wajib makan nasik jugak... 

Kali ni FnF guna boneless chicken thigh marinated with blackpepper, garlics, onions, kiub ayam...perap 2-3 jam... pastu salut tepung kentucky, celup telur dan salut pulak dengan breadcrumbs... hasilnye.... wuhuuuu...syedappp... sket lagi boleh challenge itu kepci beger ... 

Black pepper marinated chicken thigh... crispy coated with breadcrumb...layered with fresh lettuce and mayonnaise... syedappp...


Resepi crispy blackpepper chicken thigh Burger


3 keping peha ayam boneless - anggaran berat 230-250g sekeping - cucuk2 dengan garfu


Bahan perap 


1/2 biji bawang besar (boleh guna sebiji jika saiz kecil)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
1 ketul kiub ayam
sedikit garam


Bahan coating


1/2 cawan tepung serbaguna / tepung gandum (FnF guna tepung goreng ayam serbaguna brand Tesco yang berempah)
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan breadcrumb


Cara2


Kisar bahan perap dan perap 3 keping peha ayam boneless 2-3 jam.
Potong peha ayam boneless yang dah diperap tadi kepada 4 bahagian... menghasilkan 12 keping semuanya.


FnF buat sekeping ayam aje untuk hasilkan 4 biji burger... 2 keping lagi yang dah diperap tu FnF frozenkan untuk next project...ngeee...


Salut ayam tadi satu persatu dengan tepung serbaguna
kemudian celup ke dalam bancuhan telur
Salut breadcrumb rata2
Ulang proses coating (celup telur dan salut breadcrumb) untuk hasil coating yang lebih tebal dan lebih crispy
Goreng deep fry hingga golden brown.

Bahan2  roti burger (Roti burger yang sama cam selalu... from Che Mat Gebu)

400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)

Cara2

Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit menguli jika guna tangan).
Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam.

(FnF lebur semua dalam bread maker...tunggu hingga breadmaker siap menguli)

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar.
Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi.
Buat hingga siap.
Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit.



Sunday, June 10, 2012

Breakfast cucur udang... lunch sushi...dinner... roti nasi

Assalamualaikum... salam hujung minggu

Pssst... nak share cerita cuti hari Sabtu FnF... today we had cucur udang for breakfast... resepi ibu Mrs FnF... FnF buat tak ikut sukatan...resepi campak2 gitu...

hmmm...standard udang jepun... tak ada kepala...
After breakfast FnF join geng Chibadai main badminton di court berbayar... dari pukul 11 pagi hingga 1 tgh hari... 220yen /person... lepas main lapar le kan...terus lunch sushi...kat kedai...

banyaknye FnF mkn...hehe
Dah kenyang FnF ke Ones Mall shopping complex... mencari kelengkapan sekolah Ilmi...bersempena musim panas, sekolah Ilmi (rasanya semua sekolah kat Jepun) buat aktiviti sukan swimming untuk pelajar... semua pelajar kena join... kecuali yg ada reason mcm sakit dan sebagainya... jadi parents perlu sediakan peralatan sukan renang seperti yang telah disenaraikan oleh sekolah... 

lebih kurang pukul 5 petang baru tiba rumah... ingatkan nak skip dinner... tak larat nak masak... biasanya kami makan malam jam 6 petang... 

Actually buat roti nasi ni untuk breakfast la konon... buatnya mudah...semua bahan timbang dan campak je dalam bread maker... kecuali nasi kena blend dulu...pilih setting loaf... after 4 hours roti pun siap dibakar di dalam BM...

roti ni panas lagi baru keluar dari BM... roti panas2 memang sedapppp... kerak2 habis diratah...

we all dinner roti sapu butter dan kaya je... pukul 9 malam gitu... empat2 orang makan dengan lahapnye... tomorrow...no more roti for breakfast... T_T ... 

Resepi cucur udang

Bahan2


4 cawan tepung gandum
1 sb yis mauripan (larutkan dengan air hingga yis berbuih)
1/2 biji bawang besar - hiris2 nipis
daun bawang dan daun kucai - cuci dan hiris... nak letak taugeh pun ok (kali ni FnF tak letak sayur...habis stok)
1 biji telur
segenggam ikan bilis - tumbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 st garam - agak2
Air secukupnya
20 ekor udang

Cara2

Masukkan tepung, yis, telur, garam, ikan bilis, serbuk kunyit, instant yeast, bawang besar dan gaul sebati. 
Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat - agak2
Masukkan sayur2an... gaul sebati dan perap 30 minit... nampak gelembung2 sikit pada permukaan adunan tu.
Panas kan minyak dalam kuali. Panaskan juga senduk bulat (senduk sup) saiz sederhana dalam minyak panas. 
Ceduk bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh. 
Letak seekor udang, tekan sikit atas cucur udang tadi dan rendam dalam minyak panas. 
Biar sekejap dan tanggalkan dari senduk dengan menggunakan sudip.
Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. 

Bahan2 Sos cucur udang cara ibu Mrs FnF

sesenduk sos cili (FnF guna sos cili Thai maggy yg mmg ada jual di Baticrom Jepun...ibu Mrs FnF suka sos cili Aminah Hassan)
2sb gula pasir 
4 biji cili api - potong kecil - optional
1/2 biji bawang besar - hiris nipis - optional
Air panas secukupnya

Cara2 sos cili

Masukkan sos, gula, bawang dan cili api. Bancuh dengan air panas hingga gula larut dan sebati. Sos tu jangan bancuh cair sangat... kadar kelikatan dia mcm sos keropok tu...

Roti nasi (resepi Ros @ jintanmanis.com) - resepi di bawah merupakan 1 1/4 adunan dari resepi asal dan campur sedikit tepung gandum

Bahan2

100 gram nasi putih
100 ml air (boleh kurangkan kuantiti jika takut doh lembik)
250 gram tepung roti
50g gram tepung gandum
80 ml susu segar
6 gram dry yeast
2 sudu besar gula
30 gram butter
1/2 sudu kecil garam

Cara2

Aktifkan dry yis dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. kalau nak skip step ni pun boleh *

Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

Masukkan yis, nasi yang telah diblender, butter, gula dan garam ke dalam tepung 

Uli hingga tepung tak melekat pada tangan. *
Rehatkan doh selama 1 jam, tumbuk doh keluarkan angin. *
Terap doh memanjang dan lipat 3... nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh). *
Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit. *


Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan.

FnF skip *... guna BM. Pilih setting loaf, tunggu hingga roti siap dibakar dalam BM 

Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

Thursday, May 24, 2012

Cheesy maguro bolognese roll bun

Assalamualaikum...salam buat semua...

Roti nih terjadi gara2 nak habiskan left over maguro bolognese... kebetulan menu lunch sekolah Ilmi spaghetti bolognese... maka dengan kreatifnya FnF buat spaghetti maguro bolognese untuk bento Ilmi.... 


Kalau nak tahu rupa ikan maguro nih boleh tengok di blog kkida 1001resepi disini... Rasa ikan maguro nih tersangatlah sedap... macam rasa daging ayam... ia juga dikenali sebagai the sea chicken... harga agak kemahalan mengikut jenis maguro dan bahagian ikan tersebut. 



Jom semak resepi maguro bolognese roll bun... adunan doh roti dari dapur tanpa sempadan CMG...as usual...hehehe...

Bahan2

250g tepung roti
50g gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softerner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g butter lembut
125 ml air suam

Inti

1/2 cawan maguro bolognese (ambil isi sahaja...sos bolognese cukup sekadar sapuan atas doh)...resepi maguro bolognese di sertakan...
1/2 cawan keju mozarella

Cara2

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik 2 kali ganda.

FnF guna bread maker

Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh roti, tunggu hingga siap.

Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat)
Sapu dengan sos maguro bolognese atas doh yang telah dicanai tadi.
Tabur isi maguro bolognese dan mozarella cheese rata2....

Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Isi setiap potongan dalam paper cup... kali nih FnF guna acuan cupcake aluminum macam dalam gambar...alas dengan parchment paper.
Buat hingga siap dan perap 45 minit.
Sapu permukaan doh denan lebihan telur.
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 ke 25 minit.


Resepi maguro bolognese (guna 1/2 cawan sahaja untuk inti roll bun)

1 biji bawang besar - dadu halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
300g maguro -  potong dadu 1-2cm, saute dengan minyak zaitun bersama sedikit garam dan lada sulah
1 botol sos bolognese
sedikit cendawan butang dalam tin, toskan dan hiris nipis
1 biji tomato, dadu
1/2 st herba oregano
1/2 st herba basil
garam secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis

Cara2

Panaskan minyak zaitun, saute maguro yang telah dipotong dadu dan dilumur sedikit garam dan lada sulah. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun hingga layu. 
Masukkan sos bolognese. Gaul rata dan tambah sedikit air. 
masukkan cendawan butang, diced tomato dan sauted maguro.
Masak hingga sedikit pekat.
Tambah garam, herba oregano serta basil, gaul rata dan masak hingga pekat. Jika rasa ok, boleh matikan api.

Sos bolognese ni boleh diganti asari (lala) dan seafood2 lain jika sukaaa.... sedapppp...boring pula kalo asyik spagheeti beef atau chicken bolognese aje... aiseh... gambar spaghetti maguro bolognese FnF tak de... roti nih pun dah tinggal 2 ketul baru teringat nak amek gambar...


Thursday, May 17, 2012

Home made beef burger for dinner

Salam buat semua... jom layan menu dinner FnF... simple je... beef burger... tapi leceh le jugak... sebab beef burger buat sendiri...roti burger pun buat sendiri juga... begini lah hidup di perantauan... huhuhu... kat Msia tak de maknanye nak buat... beli je roti burger cap gardenia... burger cap ramly... ngeee ^^


Sempat je amek gambar sebelum ngap...sorang satu je... Bismillah dulu...


FnF buat 2 jenis ...salut bread crumb ngan tak salut... salut breadcrumb tu best...rangup... yg tak salut breadcrumb tu sedap makan ngan sos blackpepper dan keju... FnF buat awal dan bekukan dlm freezer... gambar pun yang dah beku punyer...heeee


Resepi beef burger dari myresipi dan roti burger dari dapur tanpa sempadan CMG


Resepi beef burger


Bahan2

2 cawan daging cincang
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1 labu bawang besar-saiz kecil
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 sudu besar worcestershire sauce
garam dan gula secukupnya

Cara2

Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.

FnF salut breadcrumb

2 biji telur dikocok
1 cawan bread crumb

Cara2

Celup burger tadi dalam bancuhan telur then salut breadcrumb keseluruhan burger. 



Resepi roti burger (dah pernah share kat sini)

Bahan2

400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)

Cara2

Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit menguli jika guna tangan).
Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam.

(FnF lebur semua dalam bread maker...tunggu hingga breadmaker siap menguli)

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar.
Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi.
Buat hingga siap.
Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit.

Friday, April 20, 2012

garlic butter pizza roll bun

Assalamualaikum...salam buat semua...


Garlic butter pizza roll bun... actually ini menu breakfast FnF last Monday ke Tuesday eh...ingat2 lupa... dah berhari2 baru nak masukkan di sini... FnF buat untuk habiskan lebihan sos beef bolognese dan garlic butter...


Masih menggunakan resepi doh roti dari dapur tanpa sempadan CMG... menghasilkan roti yang lembut... bila gigit terasa keenakkan roti dengan sapuan sos beef bolognese, melted mozarella cheese serta hirisan2  daging ayam dan sosej...bertambah best lagi sebab ada sapuan garlic butter dipermukaan roti.


Bahan2

250g tepung roti
50g gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softerner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g butter lembut
125 ml air suam

Inti

sos pizza secukupnya (FnF guna lebihan sos spaghetti beef bolognese)
3 batang sosej ayam, rebus, lap kering dengan towel tissue dan potong nipis2
sedikit hirisan ayam, saute bersama sedikit garam dan lada sulah
1/2 cawan keju mozarella
3 sudu besar mentega, suhu bilik *
2 ulas bawang putih, cincang halus *
1/2 sudu kecil lada hitam kisar kasar* (*gaul rata menjadi garlic butter)

Cara2

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik 2 kali ganda.


FnF guna bread maker

Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh roti, tunggu hingga siap.


Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat).
Sapu dengan sos bolognese atau sos pizza rata2 atas doh yang telah dicanai tadi.
Tabur hirisan ayam yang telah disaute terlebih dahulu, kemudian tabur sosej dan mozarella cheese rata2.... 

(boleh tabur segala khazanah topping pizza...since dalam sos bolognese FnF tu dah ada daging kisar, cendawan butang dan carrot cincang, FnF hanya tambah sosej dan ayam je...then terus tabur keju)

Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper.
Buat hingga siap dan perap 45 minit. 
Sapu permukaan doh dengan garlic butter. Boleh juga ditabur keju mozarella di atas permukaan doh.
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 ke 25 minit. 


Tuesday, April 17, 2012

Garlic butter bun

Assalamualaikum... Salam buat semua... 


Garlic butter bun... hampir semua org yg sudah mencuba roti ini memuji kesedapan nya... memang lembut dan sedap sangat. Ini kali kedua FnF buat. Versi pertama FnF buat bentuk finger bun hasil tunjuk ajar Izah di Izah muffin lover... buat untuk makan ramai2 dengan adik2 FnF di sini... Mr FnF tak sempat nak merasa...so FnF buat lagi untuk makan malam kami...


FnF gandingkan dengan menu dibawah... spaghetti bolognese (beef)... alahai...simple aje dinner FnF... 


Yang pasti roti garlic ni akan dibuat lagi... Resepi FnF intai dari Asmaralife yang telah diubah jumlah sukatan air dan menggunakan tepung roti... 



Bahan A

500g tepung roti
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional *ganti water roax
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B

250ml air *As letak 230ml (FnF pun letak 230ml)
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C

80g margerine - FnF guna butter

Cara2:

Gaul sebati bahan A
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

atau
Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
Bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia.
Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

Ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @ canai doh menggunakan penggelek.
Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.
Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti.
Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. 

Kali ni FnF buat bun biasa...bulat2kan saje dan susun dalam loyang.


GARLIC SPREAD
sumber: kak Yatie @ kak Madihaa

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus2
pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.




Wednesday, April 4, 2012

Breakfast Burger Ramli @ Nihon...

Burgers and scrambled eggs for breakfast... tapi burger kali ni special sebab import from Malaysia... Burger Ramli lagiiii...hahahaha... gembiranya dapat makan burger Ramli kat Nihon... ^U^

Actually masa balik cuti2 Malaysia tempohari FnF sempat beli burger Ramli daging & ayam... bungkus elok2 dengan newspaper...sorok2 dalam beg baju...hihi... ;P

Untuk roti burger kali ni FnF guna resepi dari Ros@Jintanmanis yang sememangnya terkenal dengan resepi2 roti yang gebu dan lembut. FnF buat versi ala2 roti John (panjang2)... letak 2 keping burger daging Ramli... scramble eggs pula memang moist sgt sebab FnF masak secara double boil... 



Bahan2

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara2 

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. (Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap. - FnF guna BM

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Monday, April 2, 2012

Roti Loaf Hokkaido @ Chiba

Di Chiba@Japan ni jarang sangat FnF beli roti... hampir tiada kot... Syukur kerja2 membuat roti menjadi mudah dengan bantuan bread maker (BM). Yang best nya untuk membuat roti loaf.. semua bahan FnF masukkan je dalam BM... dan BM akan buat kerja dari menguli sampai lah membakar... tau2 je roti dah siap... taraaa...


Resepi roti loaf Hokkaido FnF peroleh dari dapur tanpa sempadan di sini. FnF letak resepi disini untuk rujukan FnF... Rotinya sangat lembut dan putih... Cuma bab potong roti loaf ni FnF mmg fail... kurang kemas dan tak sama tebal... 

Bahan2

2 cawan tepung roti (high protein flour)
1/4 cawan tepung kek
30 g telur (1 biji telur, dikocok, kemudian timbang 30 g)
1/2 cawan susu segar
70 ml whipping cream
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca besar gula halus
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*

Cara2

Satukan tepung roti, tepung kek, susu tepung, bread improver, bread softerner, garam dan gula halus, gaul rata. Buat lubang ditengah2 tepung.

Satukan susu segar bersama yeast, kacau hingga larut, tuang dalam tepung bersama2 telur tadi. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah whipping cream dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (elestik). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling. Biar 45 minit hingga doh jadi 2 x ganda.

Cara CMG @ DTS

Masukkan semua bahan di atas ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga doh siap.

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian gulung seperti swissroll (ikut saiz loaf tin masing2)
Alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega pada dasar dan tepi tin. Mat guna loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit - 1 jam.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Cara FnF

Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk loaf... breadmaker FnF ada 3 setting untuk size loaf; small, medium, large...FnF pilih setting medium size.

Tunggu hingga roti loaf siap dibakar di dalam breadmaker... lebih kurang 4 jam...

Friday, March 9, 2012

Pizza...Bila malas masak

Hari ni dah masuk hari ke 4 kami bercuti2 di Malaysia... Cuaca di sini sangat panas pada sebelah siang...malam pula hujan lebat mencurah2...bila hujan di sebelah malam, siang memang panas lebih. Dengan cuaca macam ni mood masak2 tak muncul2...mentang2 Acu (adik bongsu Mrs fnF) tgh cuti semester kan...amek kesempatan le ;p

Kalo kat Malaysia...bila malas masak mmg tak masuk dapur langsung lah... layan je kemalasan itu... buat perangai malas camni kat Chiba...jawab nye semua orang kelaparan...

Nak tau apa FnF selalu masak di Chiba bila kemalasan melanda?

Tadaaaaa...


Memang senang sangat... utk doh roti pizza main lebur je bahan2 dalam breadmaker...tunggu hingga doh siap...  sos pizza pula biasanya FnF buat lebih dan simpan dalam freezer. Bila nak guna masuk je microwave utk nyah beku...mudah kan.

Untuk resepi sedap nih... sumber asal dari sini. FnF ubah bahagian sos pizza... topping ikut suka...selalunya tabur sosej atau ayam yg telah di saute dan lada benggala atau nanas shj...sbb dlm sos pizza FnF dah letak daging cincang, cendawan butang, tomato dll...(mcm kuah sos spagetti bolognese tapi agak kering)


Bahan-bahan (pizza size large)

Doh pizza
200g tepung gandum (FnF guna tepung roti)
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli

Sos pizza
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak zaitun
1/2 tin sos bolognese
2 sb sos tomato
1/2 cawan daging kisar
1 st oregano
garam & gula

Topping (ikut suka)
sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas

Keju untuk pizza

Cara-cara

Doh pizza

Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.

Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.

Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

FnF lebur semua bahan dalam bread maker. Tunggu hingga doh siap diuli.

Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. 

FnF bakar dulu 10 minit. kemudian baru sapu sos pizza.

Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.

Parutkan 1/3 keju. Taburkan bahan topping.

Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

Sos pizza

Tumis bawang hingga naik bau. Masuk daging kisar. Tunggu hingga empuk. Masukkan bahan2 yang lain. Masak sampai pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

Sapu atas doh pizza tadi (tak perlu habiskan...) Baki boleh simpan freezer.

Sos pizza ala sos spageti bolognese memang best sangat...permukaan pizza tak kering, nampak berkilat and juicy...sebab selepas dibakar,  minyak dari sos pizza tu akan keluar...

Tuesday, February 21, 2012

Roti Burger

Hari ni famili FnF bersarapan burgers & chips...amboiii...pagi2 dah breakfast burger...kalah mat saleh...heeee...edisi nak cepat sebab Mr. FnF kena keluar awal pagi ... ada shooting dengan stesyen TV NHK di Odaiba, Tokyo... Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...

Roti burger memang tak jumpa lagi yang halal di Chiba..jadi FnF buat sendiri... 



Daging burger pula...ada yang halal...


FnF suka rasa roti burger yang agak tawar sikit...memang ngam bila dimakan bersama daging burger yang rasa dia agak masin2 gitu... 


Sumber dari blog CMG dapur tanpa sempadan.


Bahan2

400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)

Cara2


Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit menguli jika guna tangan). 
Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. 


(FnF lebur semua dalam bread maker...tunggu hingga breadmaker siap menguli)


Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar. 


Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi. 


Buat hingga siap. 


Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda. 


Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit.


p/s:FnF suka2 hati je tabur blackpaper kasar dan juga bijan...pas tu...kes terlupa...FnF sapu doh dengan telur kuning sekali...tu nampak permukaan roti burger warna kuning...tapi rupa dia still menawan...heee...

Monday, February 13, 2012

Roti sosej berkeju perisa bawang putih

Idea asal roti ni FnF dapat dari blog CMG juga di sini. FnF tukar sikit2 ikut gerak hati FnF...hehehe ;) Doh asas roti memang FnF guna resepi CMG. Memang best...lembut je roti dia...Rasa roti ni sedap sangat... terutama sebab ada rasa garlic butter yang FnF buat sendiri...heeee... 



Bahan2

250g tepung roti
50g gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softerner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g butter lembut 
125 ml air suam

Inti

3 batang sosej ayam, rebus, potong nipis
keju mozarella parut secukupnya
3 sudu besar mentega, suhu bilik *
1-2 ulas bawang putih, cincang halus *
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam * (*gaul rata menjadi garlic butter)


Cara2

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). 
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik 2 kali ganda.


FnF guna bread maker
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh roti, tunggu hingga siap.


Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. 
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). 
Sapu dengan mentega yang telah digaul dengan bawang putih dan lada hitam (garlic butter) - tinggalkan sikit untuk sapu atas doh. 
Tabur sosej dan keju rata2. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.

Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper.
Sapu nipis permukaan doh dengan lebihan garlic butter tadi.
Buat hingga siap dan perap 45 minit. 
Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 
Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega untuk nampak berkilat permukaan roti.

Friday, February 10, 2012

Roti cinnamon roll

Di Chiba ni roti halal tersangat lah susah nak dapat...even roti putih seven eleven pun di sapu minyak lard pada permukaan roti untuk kilatkan roti tu... so nak tak nak FnF memang kena buat roti sendiri...

Resepi  doh roti FnF guna dari blog Mat gebu di sini. Resepi di bawah yang FnF guna ikut apa yang ada di dapur FnF...



Bahan2

250g tepung roti
50g gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softerner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g butter lembut 
125 ml air suam

Inti

1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
2 camca besar gula perang* 
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis* (gaul sekali)

Cara2

Doh
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). 
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik 2 kali ganda.


FnF guna bread maker (wajib le kan...musim sejuk doh tak nak naik...hehe...)
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.


cinnamon roll
Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. 
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). 
Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis  rata2. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.

Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper (FnF kehabisan paper cup size 4 inci...guna yg besar...letak 2 roll dalam 1 papercup).
Buat hingga siap dan perap 45 minit. 
Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 
Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...