Showing posts with label Biscuits and tartlet. Show all posts
Showing posts with label Biscuits and tartlet. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Femes ames kukis feveret FnF sekeluarga

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Aduhaiii...rindunya FnF nak baking2... dah kerja ni memang tak menang tangan dibuatnya... lagi pula baby Nur Adhwa Azzalea masih menyusu badan sepenuhnya... FnF bangun seawal jam 5.30 pagi untuk buat stok ebm, sebelum tido malam pun kena pam susu juga... kat ofis memang wajib la kan... kiranya satu hari FnF perlu sediakan stok lebih kurang 15oz untuk keperluan Nur Adhwa di taska... Alhamdulillah, syukur masih mampu memberikan khasiat terbaik buat si manja Adhwa... ujian nya bukan sedikit... syukur juga dikurniakan suami yang sangat sangat sangat memahami... sentiasa membantu dan memberi sokongan... thanks so much my darling... kisses n hugss...


Amboi3... ngeee... 

Tuko topic... okeh jom cuba resepi chocolate chip cookies sis Rima yang sangat sedap nih... Resepi dari sini...

Bahan2

250g butter
200g brown sugar
1/2sk coffee oil
1 biji telur
1sk vanilla extract
1/4 cawan nestum, kisar kasar atau ramas
1/4 cawan almond nibs, kisar kasar atau ramas
1/2 cawan hazelnut dipanggang, dan dicincang halus
1 cawan chocolate chips atau chocolate chunks (FnF letak coklat chip)
300g tepung naik sendiri (FnF guna plain flour + 1/2 sk baking powder)

Cara2

Pukul telur + vanilla extract + coffee oil, rehatkan sekurang2nya 2 jam.
Panas kan oven pada suhu 160 degree C.
Lembutkan butter, masukkan gula, pukul butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur tadi, diikuti nestum, almond dan hazelnut yang telah dicincang kasar.
Masukkan tepung. Gaul rata... 
Gunakan sudu dan letakkan 1 sudu kecil adunan ke dalam loyang yang telah digris.
Jarak2kan adunan sebab ia akan mengembang bila dibakar
Bakar 15 ke 20 minit sehingga masak.
Biskut akan lembut sedikit selepas dibakar dan akan mengeras bila dah sejuk.


Actually kan... FnF buat dua versi... sebab anak2 FnF, Ilmi dan Rayyan suka yang versi coklat... untuk chocolate chips kukis versi coklat FnF guna resepi Chef Amer di sini... dah ramai yang cuba... memang sedap dan rangup...



Bahan2

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur

Bahan Diayak

300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

Bahan Lain

60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats (FnF ganti dengan nestum)
250 gm cip coklat

Cara2

Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.
Gaulkan hingga sebati dan rata.
Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.


Selamat mencuba... ;)


Monday, August 19, 2013

cornflakes madu yang crunchy

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Papentah... dah dekat 2 minggu raya... baru nak post entry biskut raya... dah habis dah pun sebenarnye... hmmmm... cornflakes madu nih memang best... rangup lak tu... tak sedar boleh habis sebalang... tq Mrhubby for helping me masukkan kukis nih dalam paper cup... part tu memang leceh gak ler... ada baby lagi kan... hihi...


Jom salin resepi... FnF guna resepi kak Yatiememories...

Bahan A

125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B

1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang /gajus- di pakar sebentar dan sejukkan

Hiasan

Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara2

Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, March 15, 2013

Apple crumble pie... Peach crumble cheese pie...

Assalamualaikum... salam Jumaat buat semua...


FnF amat menggemari apple crumble pie resepi dari kak Rima... resepinya mudah... namun hasilnya... memang puas hati...


FnF buat 2 versi... guna pie mould bulat dan juga empat segi panjang... of course le untuk makan beramai2 dengan geng2 Chiba...



Bahan2 pie crust

190g tepung gandum
40g gula
1/4 sk garam
120g butter
1 bj kuning telur

Filling

5 bj epal hijau (kupas kulit, potong dadu)
2 sb butter
100g gula 
40g kismis
1/2sk cinnamon powder
2 sb tepung gandum

crumble

150g tepung gandum
40g gula
1/4 sk garam
75g butter

Cara2 Pie crust

Masukkan tepung, gula, garam. Gaul dengan butter sampai jadi serbuk
masukkan kuning telur, uli hingga jdi doh.
Sejukkan dalam peti ais.

Filling

Cairkan butter dan gula dalam pan...guna api sederhana.
Masukkan epal yang telah dipotong dadu tadi
Masukkan juga kismis
Masak atas api sederhana hingga lembut
Masukkan cinnamon powder dan tepung.
masak hingga sebati. Sejukkan.

Crumble

Gaulkan tepung, gula dan garam bersama butter sehingga menjadi serbuk crumble.

Apple crumble Pie

Gelek doh dan tekan ke dalam acuan pie. Trim dan kemaskan sisi pie .
Masukkan filling epal dan tabur crumble di atasnya.
Bakar pada suhu 180degreeC selama 25 ke 30 minit.



Selain tu ada kerajinan juga FnF buat peach crumble cheese pie... boleh resepi resepi disini...




Thursday, July 5, 2012

Fruit tart

Assalamualaikum... salam sejehtera buat semua...

Buat fruit tart untuk kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin di rumah FnF pada malam Jumaat minggu lepas... huhu...dah abes baru nak buat tayangan kat sini...


FnF paling gemar fruit tart... gabungan pastry rangup bersama custard filling yang enak dihiasi buah2an segar...fuhhh... bila makan memang boleh lupa masalah sekejap...ngeee... over sudaaaa...


Terima kasih jugak buat kak Mieza dan Saba Dubai kerana tayang fruit tart yang canteksss... terus hati nih meronta2 nak makan... hmmm...maknanye kena buat sendiri lah kan... Kira rezeki adik2 geng Chibadai lerrr... dapat makan fruit tart masa kenduri tempohari... 


Macam biasa FnF guna resepi dari dapur Azita untuk tart shell... dah hafal dalam kepala resepinya... jadi laju aje menguli....


Bahan2 (bergantung acuan yg korang guna...FnF dapat 32 biji tart size sederhana... )

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2

Pukul marjerin dan gula. Jangan putar lama sangat (FnF guna electric hand whisker)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170degC sehingga masak (FnF bakar 18minit je dan ok... bergantung oven masing2)




Untuk resepi custard filling kali ni FnF guna resepi CMG. Terpikat untuk mencuba resepi ni sebab hanya guna susu segar dan sedikit gula dan tepung custard... resepi sihat kan... makan banyak pun takpe...ngeee... terus lupa diet... hmmmm....haishhh...


TQ CMG for sharing marvelous-super-duper-delicious recipe... tumpang share kat cni pulaaa...

Bahan Kastard 

1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
secubit garam

Hiasan

Buah2an kegemaran secukupnya, hiris (FnF guna stoberi, seedless grape, kiwi, peach)
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah - tak letak ponnn... tak sempat ler... petang lepas siap masak lauk pauk kenduri baru buat projek fruit tart nih...
Croquant secukupnya ~  tak letak jugak sebab tak der...

Cara2 Penyediaan Kastard 


Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit... Masukkan dalam piping bag.

Cara2 penyediaan fruit tart

Buah2an dipotong2 / hiris ikut suka (nak dadu boleh, nak hiris nipis2 pun boleh jer...)

Ambil kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. 
Susun buah2an tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati-hati tabur croquant disekeliling tart. 
Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah-buahan segar tadi. Boleh hidangkan. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

Nota tambahan...

FnF triplekan adunan custard filling... baru cukup untuk 32  tart shell tadi... kalau buat untuk famili, 1 adunan dah cukup... baki tart shell boleh guna utk projek lain pula...

Saturday, May 26, 2012

Tat telur... untuk bento

Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua...



Tat telur ni FnF buat untuk bento Ilmi...senang aje sbb tart shell mmg selalu ada di rumah... tinggal nak buat filling aje... kali ni FnF buat tart shell kecik2...mcm saiz biskut raya...acuan tart tu bawa dari Malaysia.. Doh tat FnF guna resepi Pn Azita yang biasa FnF buat manakala filling tu FnF guna resepi Portuguese egg tart dari myresipi...suka sgt dengan hasilnya... permukaan tat tu jadi berkilat je... 


Bahan2 doh


170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart size kecil

Cara2


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan. 
Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. 
Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Bahan-bahan filling

1/4 cawan gula halus
1/4 cawan susu cair atau susu segar
1/4 cawan whip cream
3 biji kuning telur
1/4 sudu kecil esen vanila

Cara2

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Tapis dan ketepikan.
Isikan filling ke dalam kulit tat tadi... 

Resepi asal guna puff pastry yang dipotong bentuk bulat dan dimasukkan ke dalam muffin tin.

Bakar pada suhu 180degC selama 15-20 minit sehingga masak. Biar sejuk selama 10 minit sebelum dikeluarkan.



Bento Ilmi...bihun goreng cover ngn telur, roti sosej salut breadcrumb, banana dan egg tart... buat bento untuk papa Ilmi juga...sama mcm ni tapi ada tambahan udang tempura 2 ekor...



Friday, May 11, 2012

Apple crumble tart

Assalamualaikum...salam pagi jumaat buat semua...

Actually FnF tak plan nk buat apple crumble tart pun... projek ni terjadi disebabkan sedih melihat kulit tart yang dah banyak hari dok diam dalam tupperware... Ilmi dan adek yang suka makan kulit tart nih pun dah naik jemu...


Last2 FnF decided to bake apple crumble tart since apple pun ada 3-4 biji dalam esbok... Buat for breakfast lagik tuh bersama Famili Chiba...ada  dalam 15 orang kot... tat nih sebagai pemanis mulut aje... main course nasik lemak... disebabkan 2x bakar kulit tart tuh jadi agak garing sikit tapi tak hangit ye... rangup gituw...


Resepi asal apple crumble pie from Sis Rima. But since kulit tat tuh FnF guna yang sedia ada lebihan buat cheese tart, maka FnF guna resepi filling aje...Best sangat filling nih... manis pun sedang2 gitu...


Bahan2 pie crust (FnF guna resepi kulit tart dari sini)

190g tepung gandum
40g gula
1/4 sk garam
120g butter
1 bj kuning telur

Filling

5 bj epal hijau (FnF ganti epal fuji yg besar 3 1/2 bj) - kupas kulit, potong dadu
2 sb butter
100g gula (FnF letak 80g sebab guna epal fuji)
40g kismis
1/2sk cinnamon powder
2 sb tepung gandum

crumble

150g tepung gandum
40g gula (FnF letak 60g)
1/4 sk garam
75g butter

Cara2

Pie crust

Masukkan tepung, gula, garam. Gaul dengan butter sampai jadi serbuk
masukkan kuning telur, uli hingga jdi doh.
Sejukkan dalam peti ais.

Filling

Cairkan butter dan gula dalam pan...guna api sederhana.
Masukkan epal yang telah dipotong dadu tadi
Masukkan juga kismis
Masak atas api sederhana hingga lembut
Masukkan cinnamon powder dan tepung.
masak hingga sebati. Sejukkan.

Crumble

Gaulkan tepung, gula dan garam bersama butter sehingga menjadi serbuk crumble.

Apple crumble Pie

Gelek doh dan tekan ke dalam acuan pie. Trim dan kemaskan sisi pie .
Masukkan filling epal dan tabur crumble di atasnya.
Bakar pada suhu 180degreeC selama 25 ke 30 minit.






Wednesday, May 2, 2012

Tropical fruit crumble cheese tart

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Minggu ni FnF sangat2 lemau nak update blog... blog walking pun dengan iphone aje... bersempena golden week... Ilmi cuti sekolah seminggu sehingga Jumaat... kami takde ke mana2 pun...domestic cat...dok rumah diam2 sudaaa... masak dan makan mcm biasa... 


Cheese tart ni pun sebenarnya lama dah FnF buat... masa makan malam dengan adik2 FnF...FnF buat cheesetart dengan mango cheesecake... punya la lama punya cerita... bila makan2 dengan adik2 FnF kat Chiba nih memang la FnF akan buat dessert yang best2 untuk makan ramai2... lagipun disini pilihan kek2 halal terhad... jadi FnF buat setakat yang mampu...sekurang2nya bila tengok kat kedai tu xde la telan air liur aje kan... lagi best bila berkumpul makan ramai2... kek bantat pun jadi sedap...heeeee...


Bila buat cheesetart yang ada crumble macam ni lebih sesuai guna tart mold yang saiznya agak besar dan dalam. Jika saiznya terlalu kecil dan cetek dibimbangi filling cheese tu nanti akan jadi kering disebabkan tempoh masa pembakarannya  yang lebih lama berbanding cheese tart biasa. Kalau tengok filling cheese FnF kat atas tu still moist kan... seyes sedap...gigit2 crumble yang garing dan rangup kena lak ngan filling cheese yang lembut dan moist.


Untuk shell dan filling FnF guna resepi Dari Dapur Azita dan masam manis.  

Bahan2 kulit tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart yang agak besar dan dalam

Cara2

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Bahan2 crumble
80g tepung gandum
35g gula
35g butter sejuk

Cara2
Ramas2 gula, mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk crumble. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk.

Bahan2 Filling creamcheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

1 tin buah2an tropica, buang air

Cara2

Keluarkan cream cheese 20 ke 30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Untuk memudahkan FnF masukkan dalam piping bag dan picitkan filling ke dalam shell tadi 2/3 penuh.
Tabur buah2an tropica.
Tabur crumble tadi sehingga penuh (melimpah pun xpe...lg byk crumble lagi sedap)

Bakar selama 15 minit pada suhu 190degree C sehingga crumble agak garing.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara agar crumble kekal rangup.

FnF masukkan balik kulit tart dalam acuan tart baru masukkan filling dan crumble then bakar. FnF guna non-stick tart mold...

yang suka makan tart shell mama... mcm mkn biskut butter... 



Thursday, April 19, 2012

Biskut donut / snow white kukis

Assalamualaikum...salam buat semua...


Di Jepun, biskut-biskut yang halal tersangatlah limited... ingredient biskut cap Jepun ni kebanyakannya mengandungi bahan2 yang meragukan seperti shortening, margarine dan emulsifier yang tidak diketahui sumber nya samada dari haiwan atau tumbuhan... maka bila dah boring makan biskut yang sama je, kenalah FnF buat biskut untuk kudapan anak2... selalunya bila FnF buat biskut memang tak sempat nak ambil gambar... 1 hari je boleh habis...huhuhu... budak 2 orang ni memang suka makan biskut berbanding kuih-muih, kek hatta nasik sekalipun... nasib baik mama nye tak berapa rajin nak mengukis... (^o^)


Resepi asal biskut donut ni dari resepi citarasawan. Sumber FnF pula dari dapur Kak Ita masam manis. Memang best biskut ni... 


Bahan A

150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B

200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum ~ dikisar
3 sudu besar susu tepung

Hiasan

Coklat masakan putih (FnF guna dark cooking chocolate...boleh pakai ke nama snow white cookie tu? ehehe ... )
Manik berwarna warni (tak letak pun...)

Cara2

Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.

Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut. Guna cookie cutter pun ok.

Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna.

Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Celupkan sebelah permukan biskut. Taburkan manik. Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .

Zoom bunga disebalik donut cookie... ;p



Tuesday, April 10, 2012

Chocolate cheese tart

Assalamualaikum dan selamat pagi... 


Chocolate cheese tart... gabungan pastry coklat dari dailydelicious disini...dan chocolate cheese filling dari kak wan @ citarasawan disini....


Teruja untuk mencuba setelah melihat di blog zachoes aku.zack disini... FnF share resepi yang telah diolah dari blog tersebut ;)


Cuma bezanya FnF buat dua versi...versi pertama filling chocolate cheese... versi kedua resepi filling cheese disini... chocolate ganache diletak sebagai inti...  


Bahan2  Pastri Coklat 

110g butter (suhu bilik)
75g gula kastor
190g tepung gandum*
20 serbuk koko* diayak bersama
1 biji telur Gred A


Cara2

Pukul butter dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur, kemudian masukkan campuran tepung gandum dan serbuk koko yang diayak.

Gaul guna tangan hingga adunan nampak seperti bread crumbs, uli perlahan-lahan hingga adunan membentuk doh.

Balut dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk paling kurang 1 jam.

Tekankan doh ke dalam acuan tart yang telah disapu sedikit butter.

Cucuk2 dasar pastri dengan garfu. 
Simpan dalam peti sejuk untuk 10 min. Panaskan oven pada suhu 160C.

Bakar pastri yang disejukkan tadi selama 15-20 minit hingga masak. 
Sejukkan atas redai.

Bahan2  Chocolate cheese filling Versi 1

Chocolate Ganache:
25ml @ 25g UHT whipping cream / fresh cream
40g coklat masakan - cairkan
 
125g cream cheese (suhu bilik)
30g gula aising
30g butter (suhu bilik)
1/2 biji telur Gred A @ 1 biji telur Gred C/D

Cara2

Chocolate ganache - Cairkan whipping cream@fresh cream bersama coklat masakan secara double-boiler / microwave. Kacau sebati. Ketepikan.

Pukul cream cheese, gula aising dan butter hingga sebati. Masukkan chocolate ganache tadi dan telur. Pukul sebati. Tuangkan adunan ke dalam piping beg. Sedia untuk digunakan.

Bahan2 cheese filling versi 2

Chocolate Ganache:
25ml @ 25g UHT whipping cream / fresh cream
40g coklat masakan - cairkan


125g cream cheese (suhu bilik)
40g gula
10g butter
1/2 biji telur Gred A @ 1 biji telur Gred C/D 
20g fresh cream
10g tepung gandum

Cara2
Chocolate ganache - Cairkan whipping cream@fresh cream bersama coklat masakan secara double-boiler / microwave. Kacau sebati. Ketepikan. 

Pukul cream cheese, gula dan butter hingga berkrim dan halus. Masukkan telur, pukul sebati. Masukkan fresh cream, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung, gaul sekata. Masukkan cream cheese filling ke dalam piping beg.

Chocolate cheese tart

Versi 1
Paipkan filling ke dalam kulit pastry dan bakar lagi 170 degree C selama 10 minit. Tart dah masak bila disentuh filling dengan hujung jari ia tak melekat. Sejukkan di atas redai sebelum tart disimpan di dalam peti sejuk.

Versi 2
Paipkan chocolate ganache ke dalam kulit tart... seterusnya paipkan cheese filling dan lorek sedikit dibahagian atas sebagai hiasan. Bakar lagi 170 degree C selama 10 minit. 

TIP from zachoes
Pastri coklat jenis ini seperti biskut iaitu rangup. Simpan dalam bekas kedap udara jika tidak mahu membuatnya pada waktu itu juga. 

Chocolate cheese tart yang sudah masak seeloknya disimpan dalam peti sejuk di dalam bekas bertutup.

Thursday, April 5, 2012

Blueberry crumble cheese tart

Assalamualaikum dan selamat malam semua... hari ni agak busy buat FnF kerana 1 hari shopping barang2 keperluan sekolah Ilmi yang akan mula sesi persekolahan minggu depan... 


Back to the dessert yg FnF nak share hari ni... Actually FnF menggunakan resepi dari blog Juwita Fariz disini. resepi asal dari Yani myresipi menggunakan mangga...Juwita guna peach...FnF pula guna fresh blueberry... 


Bahan2
Lapisan Dasar (boleh guna mana2 resepi base yang disukai)
284 gram tepung gandum
45 gram Gula kastor
180 gram mentega

Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2  

Filling
250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
fresh blueberry secukupnya  


Cara2

Base (sapukan tangan dengan tepung untuk mudah ditekan ke loyang)
Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh
Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu 
Bakar selama 20 minit dgn suhu 160 degree C

Crumble

Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
Keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit demi sedikit kiub2 kecil
Gaul dengan hujung jari... Tak perlu habiskan mentega jika sudah menghasilkan crumble yang cantik.

Filling
Dengan menggunakan mixer pukul cream cheese dan gula hingga sebati. 
Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.

Blueberry crumble pie
Panaskan oven ke 200 degree C (FnF guna 180degree C shj)
Tuang filling ke atas base yang telah dibakar tadi.
Taburkan fresh blueberry rata2.
Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan dalam peti ais tadi.
Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit (FnF bakar 180degree selama 30minit.)
Keluarkan dari oven. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

Wednesday, February 29, 2012

Fresh blueberry cheese tart untuk jamuan soubetsukai 2012

Still in soubetsukai mode...


Blueberry cheese tart ni FnF guna fresh blueberry...harganya lebih murah dari blueberry filling...rasa dia pula lebih sedap...


Resepi kulit cheese tart dari blog masam manis disini...boleh belajar juga cara2 nak melorek cheese tart jika menggunakan blueberry filling.


Kulit tart


Bahan2 (FnF doublekan adunan untuk 60 biji kulit tart size sederhana)

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Cara2
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.



Filling cheese pula FnF guna resepi di bawah. Dapat 50 biji cheese tart. Baki 10 biji kulit tart anak2 FnF makan (^_^)


Bahan2
400g cream cheese (philadelphia)
80g gula
40g butter
2 biji telur size M
40g fresh cream
20g tepung gandum
buah blueberry segar secukupnya


Cara2
Pukul cream cheese, gula dan butter hingga berkrim dan halus
Masukkan telur, pukul sebati
Masukkan fresh cream, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung, gaul sekata
Masukkan batter cream cheese ke dalam piping beg
Paipkan ke dalam kulit tart
Tabur buah blueberry segar
Bakar lagi 10 ke 12 minit pada suhu 175C (jika disentuh permukaan cream tak melekit di jari, maka tart dah masak)
Simpan di dalam bekas kedap udara, dan masukkan dalam peti ais.








Tuesday, February 14, 2012

Fruit Tart


Buat kulit tat sesuatu yang mengasyikkan. Bila takde kerja...sambil2 tengok TV... FnF suka tekan2 doh tat dalam acuan tat...haaaa...pelik lah FnF ni... 


Bila dah siap, FnF simpan dalam bekas kedap udara... salah satu tat kegemaran FnF adalah fruit tart. Biasanya FnF letak buah peach, kiwi dan strawberi...kali ni takde pula stok stoberi, FnF pun letak je laaa laici dalam tin...sedap juga...bukan senang nak dapat laici dalam tin kat Jepun ni...heeee...


Kulit tart (dari blog masam manis)

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.


Pastry cream (dari myresipi- resepi Fruit Tart Mat gebu)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
peach dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart (FnF xguna pun)

Bahan Pastry Cream 
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak) - FnF guna tepung jagung
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

UNTUK PASTRY CREAM :
Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

UNTUK FRUIT TART
Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat. Buat hingga siap. Hias dengan buah2an, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. 


Tujuan coklat cair tu utk elakkan kulit tart lemau bila kena custart. FnF x letak pun sbb kt jepun cooking chocolate tu mahaiii...kedekut laaa FnF ni...hihihi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...