Hari ni FnF nak share resepi blueberry tiramisu yang sangat
sedap…FnF tak guna biskut sebaliknya guna kek span coklat yang dipotong
mendatar 3 keping… kemudian disapu sedikit syrap blueberry di atas kek sebelum
diletakkan filling blueberry cream cheese… ulang proses ini utk ketiga2
kepingan kek…last sekali sebagai topping…kita letakkan blueberry filling… Jom
kita intai resepi kek blueberry tiramisu cara FnF…semoga bermanfaat…
Resepi kek span coklat
Bahan2
10 bj kuning telur
5bj putih telur
100g gula halus
80g tepung halus (FnF guna tepung kek jepun yang
sangat halus)
20g tepung jagung
30g cocoa powder
15g ovalet
130g butter cair atau minyak jagung
1/2 sk baking powder
Cara2
Pukul gula, telur, ovalet sehingga gebu dan kental ( FnF
pukul asingkan putih dan kuning telur...pukul putih telur hingga
merigue...ovalet, gula, pukul sekali ngn kuning telur...then baru satukan)
Ayak tepung, tepung jagung, coco powder dan baking powder
Kaup balik campuran tepung ke dalam batter sehingga sebati
Masukkan butter cair atau minyak jagung, adun sebati
Masukkan adunan ini di dalam Loyang 9 inci atau 22cm… bakar
selama 30min pada suhu 175C
Sejukkan dan potong mendatar 3 bahagian
Resepi blueberry
cream cheese filling (FnF guna resepi dari
blog hanamemories)
Bahan2
250g cream cheese
200ml fresh cream
150g yogurt plain
90g gula
15g gelatin halal
60ml air panas
50g buah blueberry segar
2 sudu besar blueberry filling
Syrap blueberry secukupnya untuk disapu atas kek
Topping:
blueberry filling secukupnya (FnF letak 1 s/k
gelatin dilarutkan dgn sedikit air panas)
Cara2
Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin atau microwavekan je…FnF selalu larutkan gelatin guna microwave)
Pukul cream cheese dan gula sehingga gula hancur dan
gebu. Masukkan yogurt dan juga fresh cream. Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan blueberry filling. Kacau
sebati.
Bahagi adunan 3 bahagian sama banyak.
Potong kek menjadi 3 lapisan mendatar.
Letak 1 lapisan kek di dasar acuan loose pan… kalau takde boleh
bentukkan acuan guna aluminium foil. Buat tinggi sikit agar boleh tampung ketinggian
kek dan creamcheese nanti.
Sapu syrap blueberry…jgn le sapu sampai lencun pula kek tu ye...
Tuang 1/3 bahagian adunan blueberry cream cheese. ratakan.
Letak lapisan kek kedua di atas adunan cream cheese tadi. Sapu
syrap blueberry.
Tuangkan 1/3 bahagian adunan bluberry cream cheese lagi
dan ratakan.
Lakukan proses yang sama utk lapisan ketiga.
Dinginkan dalam peti ais 3-4 jam sehingga blueberry
creamcheese tadi mengeras.
Ratakan topping blueberry atas kek. Dinginkan.
hebat... masa my besday ari tu ade gak makan kek macam yg 1st pict, selain kek yg abg hashim n kak nurul celebrate.. from la bahome jusco.. tapi keras keknya..xfresh.
ReplyDeleteBoleh la try buat kek nie. Fresh ;p
Delete