Thursday, February 2, 2012

Peach Roll Cake



Tak tahu dah berapa puluh kali baking peach roll cake ni. Ini resepi yang selalu FnF guna:


BAHAN2 kek span *dapat 2 gulung kek*

5 biji telur size M
150 g gula
140 g tepung kek* ( FnF guna tepung kek jepun yang sangat halus)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 sudu kecil esen vanilla 
2 camca besar susu segar/cair

Cara2:

Satukan telur, ovalatte, gula dan esen vanila. Pukul hingga kembang dan gebu. 

Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata. 

Tuang dalam loyang swissroll yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 10 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.

p/s: kalo guna electric hand whisker mcm FnF boleh la diasingkan putih dan kuning telur. Pukul kuning telur, gula, ovallete, esen vanilla hingga kembang. Then, kaup balik putih telur yg dah dipukul merigue ke dalam batter kuning telur tadi.


Bahan2 krim / filling

1 tin peach saiz sederhana buang air, potong dadu
200ml fresh cream 
2 sudu besar gula

Cara2

Pukul fresh cream dan gula hingga kembang, putih dan gebu. Jangan over mix yer...

Sapukan filling ke atas kek. Tabur buah peach yang dah dipotong2 kecil.

Kemudian gulung dengan kemas. 


Ini loyang yang selalu FnF guna utk membaking kek gulung...size nye kalau tak silap, 24 x 24 cm...malas nak ukur...hehehe... selamat mencuba.

4 comments:

  1. upload le gmbr2 makanan yg sebelum ni byk2.. comei..

    ReplyDelete
  2. aritu nampak kat kedai kek macam ni, trus teringat fidzah nye kek hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun popular sgt ngn roll cake...tapi susah nak jumpa yang halal kan D.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...