Showing posts with label The journey. Show all posts
Showing posts with label The journey. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

winter holiday III - percutian musim sejuk yang tak dapat dilupakan

Ini kisah percutian musim sejuk pada Januari 2013... beberapa bulan yang lepas... sekarang di Jepun sedang mengharungi musim panas yang dah nak sampai ke penghujung... tak lama lagi dah nak masuk musim luruh... rindu dengan kesejukan di Jepun...


Selepas percutian di kaki Gunung Naeba disini, FnF sekeluarga turun pula ke arah selatan Chiba di kaki Gunung Fuji... gunung tertinggi di Jepun, terletak di wilayah Shizuoka...kira-kira 200km dari Chiba...


Kali ni lebih meriah sebab FnF bawa sekali twin MrsFnF from Malaysia... seronok le anak2 sliding atas snow lembut di kaki Gunung Fuji ngan mak sedara diorang yang sporting dan kaya... hehehe... jangan marah ye Acik cimah... manja terlebih terutama Rayyan yang ala2 confuse ngan mama sendiri... tido malam tarik rambut acik cimah... haaaaa... Rayyan ni memang manja terlebih dengan Acik cimah... sampai sekarang walaupun jarang2 jumpa... sesekali jumpa memang melekat dengan Acik cimah...


Hari pertama dan kedua FnF di kaki Gunung Fuji cuaca sangat cerah... mentari bersinar dengan jayanye...chewah... Pemandangan FujiSan dari kawasan tasik sangat terang... Subhanallah cantiknye... amek gambar pun cun sangat dah ala2 poskad gitu... 

Tasik Kawaguchiko di kaki Gunung Fuji
Kami habiskan masa pada hari pertama percutian di FujiTen Snow Resort bermain snowboard dan ski serta main sliding... tak puas gak le main snow sebab siang sangat pendek pada musim winter... pukul 4.30 petang dah masuk waktu maghrib...


Nampak je cuaca macam terik tapi sebenarnye sejuk... Permukaan Tasik Kawaguchiko di kaki Gunung Fuji ni membeku... siap boleh berjalan lagi atas tasik...

Berjalan di atas permukaan Tasik Kawaguchiko di kaki Gunung Fuji
Percutian hari kedua FnF menuju ke Gunung Hakone bersebelahan Gunung Fuji... FnF akan story mori dalam next entry ye... sebab banyak FnF nak share episod percutian ke Hakone ;)


Hari ketiga... hari yang sepatutnya kami bergerak pulang ke Chiba... hujan salji turun dengan lebatnye... seluruh Pulau Honshu diselaputi salji... 

Hujan salji...ohhh...
Excited giler kot... belum tahu lagi dugaan yang bakal kami tempuhi... selesai sahaja solat subuh, FnF bergegas keluar dari bilik hotel... nak main salji lebat... best nye... Subhanallah... indah sungguh bumiMu Ya Allah... puas FnF golek2 atas salji lembut... 


Subuh belum habis lagi masa ni... hari pun masih gelap lagi... 


Tak sejuk ke? memang sejuk ler, tapi jika dilengkapi dengan pakaian yang bersesuaian... kiranya tak de masalah buat kami... Alhamdulillah kami boleh tahan ... tapi kalau sejuk macam kat Hokkaido tu... alamatnye berkurung dalam rumah je laaaa... ngeee

Pepohon yang memutih diselaputi salji




Hari ke tiga tu sepatutnya kami plan nak ke Gotemba... namun memandangkan salji semakin lebat dan tebal, kami terpaksa cancel plan dan decided nak terus pulang ke Chiba... sebelum memulakan perjalanan, kami dinasihati oleh staff hotel untuk memakai tyre-chain sebab salji sangat tebal... malangnya tyre-chain kami tertinggal kat rumah. 


MrFnF bergegas ke stesen minyak terdekat... isi minyak full... dan tanya staff stesen minyak tu jika ada jual tyre-chain... malang jugak... setelah di ukur tayar kereta kami... saiz yang sesuai takde... Alhamdulillah juga kereta kami dilengkapi dengan snow tyre... boleh bergerak di atas salji... tapi agak tak selamat jika salji terlalu tebal...

Memulakan perjalanan pulang sekitar jam 11 pagi
Disebabkan hujan salji yang semakin lebat, semua highway ditutup demi keselamatan pengguna jalan raya... jalan licin dan merbahaya... maka option yang ada... ikut jalan dilereng2 banjaran gunung... boleh imagine tak... jalan dia kecik... dengan salji tebal lagi... licin giler... kecut perut bila sekali sekala tayar kereta tergelincir dari laluan ais... masa tu terasa nak cepat2 je sampai Chiba... huhu...


Disebabkan semua kenderaan menggunakan jalan yang sama... trafik jem teruk... jalan raya pula menjadi semakin sempit sebab dipenuhi salji... selepas 3 jam lebih bergerak... pukul 2.40pm kami masih dilokasi sekitar kaki Gunung Fuji... aduhaiiii... kura2 lagi laju...


Tak larat nak tempuh jem...kami try jalan kampung... macam terer.. hahaha... dengan kereta tak pasang tyre chain lagi... takpe2...kereta kami dilengkapi snow tyre... ececece... Dan akhirnye... kereta kami terbenam dalam salji ada setebal empat kaki kot... betul2 depan rumah Nihonjin...


Nasib kami baik masa tu... Tuan rumah tu tengah dok mencangkul salji... Nihonjin tu dengan beberapa orang jiran beliau datang tolong tolak kete kami yang terbenam... Alhamdulillah...

Ni gambar kereta yang telah berjaya di tarik selepas terbenam dalam salji setebal 4 kaki kot... 
Selepas kereta berjaya di tarik keluar,  MrFnF menapak ke kedai aksesori kereta yang jaraknya kira-kira 1 km untuk beli tyre chain...Berjalan kaki 1 km di atas salji yang sangat tebal adalah sangat mencabar... Ada kot sejam misi pencarian tyre chain... Alhamdulillah kali ni ada size yang sesuai... tu pun tokey kedai kena order dari kedai lain sebab kedai dia dah habis stok... Hari pun dah malam... penat... berenti makan malam dulu kat Restoren Gasuto... 


Actually kan Restoren Gasuto ni jaraknya dalam 30km je dari hotel penginapan kami... haaaa... maknanye the whole day tu dari pagi sampai ke malam kami tak pi mana2 pun... dok pi mai pi mai tang tu je... wakakaka... lawak pun ada... Chiba masih jauh... ohhh... 

keras tangan mama lukis Anpanman atas penkek...kikiki
Sambil makan sempat le gugel2 kot2 ada highway yang dah buka... Alhamdulillah... malam tu dah ada highway yang dibuka... itu pun trafik jem teruk jugak... akibat terlalu penat kami berhenti tidur di hentian RnR Ebitsu dekat Yokohama... 


Pagi lepas breakfast FnF sambung semula perjalanan melalui terowong highway di bawah dasar laut merentasi laut Teluk Tokyo melalui Tokyobay Aqualine... Terowong di bawah dasar laut ni menghubungkan Kawasaki, Yokohama ke Kisarazu, Chiba tanpa perlu memasuki Kota Tokyo metropolitan.  


Terowong ni merupakan terowong bawah dasar laut yang terpanjang di dunia... Panjang highway ni lebih kurang 14km... dimana 9.6 km daripadanya adalah terowong yang dibina di bawah dasar laut, kemudian tembus semula kat jambatan atas laut...

Ilmi tengah tunjuk laut dibelakang dia tu... bawah laut tu laaa terowong yang kami lalu... kagum dengan orang Jepun boleh bina terowong bawah laut terpanjang di dunia... dah le negara selalu kena gempa bumi ye tak...
Kat tengah2 laut tu juga dibina RnR dengan nama Umi hotaru... Umi Hotaru ni tersangat lah unik sebab terletak ditengah2 laut... siap dengan shopping mall dan ada banyak kedai2 jual barangan dan cenderahati... so bolehlah rehat2 sambil shopping... banyak gak restoren kat situ...  

Umi Hotaru
Puas hati dapat lalu highway canggih buatan Jepun... dari Kisarazu, Chiba kami teruskan perjalanan ke Inage, Chiba... iaitu daerah rumah kami... tak jauh dah... sekitar tengah hari sampai...Kat area rumah kami pun salji tebal jugak... lapo... singgah makan nasik dulu baru balik rumah... 

wallaaa... sedapnye... udang laut besar camni susah nak carik kat Msia kan...
Sampai je rumah... terus carik tilam dan bantal dan... zZzZZzz... hehehe... home sweet home...


Lepas solat maghrib... malam tu kami sambung lagi jalan2... ke diver city plaza dekat Odaiba pulak...

Gundam @ Tokyo DiverCity Plaza
Huh... penat tak penat... tapi bab berjalan... wajib ikut...hehe... 


Kat depan Tokyo Divercity Plaza tu ada robot Gundam yang yang besar... Gundam ni kiranya katun anime yang sangat popular kat Jepun... lagi best... malam tu siap ada light show... menyala2 lampu robot tu siap ada smoke effect lagi... 


Sempat gak menikmati angin pantai dari Odaiba seaside park... 

Tokyo @ night... view from Odaiba seaside park
Fuhhh... penat... walaupun penat bagi FnF perjalanan tempuh salji tebal dari Fujiyama ke Yokohama... kemudian merentasi laut Teluk Tokyo melalui terowong bawah dasar laut untuk sampai ke Chiba akan kekal menjadi kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup kami... 

Saturday, July 13, 2013

Delicacies before Ramadhan

Alhamdullah. It has been 3 years since FnF fast in Malaysia. It feels great with the majority of Malaysian committed to fasting. FnF misses fasting with family members and also the 'Ramadhan market'. Hehehe. Happy fasting.

Ok. This post isn't about fasting but what we ate before Ramadhan. Hehehe. Mr FnF likes to try new halal food. Last time he had our friends in Chiba buy and cook whale meat. Have I mention it before? Maybe in another post. This time its horse meat. Where? Hehehe read on.

_________________________________________________________________________________

Last Sunday we went back to MrFnF home town in Malacca. His father treated us to lunch at the Serama Herbal BBQ Restaurant situated near the Air Keroh Tol Plaza. Here we were fortunate enough to see some unusual menus.


The menus include basil chicken (ayam selasih), Turkey, Ostrich, Horse and others. Here you can see some of the food serve here. Quite expensive if I may add. But here is the only place I know were you can find horse meat.


We have ordered a lot of food. Interesting food. This I will tell later. While waiting for the food to be served, Mr FnF and the kids (including his niece) went for a walk near the restaurant. In one corner, there were some monument which were made to depict the animals which is used in their food made by metal. It  looks real.


Beside the restaurant, situated a long canopy which housed numerous species of poultry.  There are price tags hanging near the cage. I quests its for sale. Some of the poultry cost more then RM500/=.


The kids enjoyed seeing all the poultry. To tell the truth so did I. Some unusual poultry is housed here.




A few minutes in the Serama Park, the food is served. One of the dishes that was ordered is Horse Meat Rendang. The taste to me is similar to cow meat.


Smoked duck dish (I'm not sure what it is called in English but in Malay it is called 'kerabu salai itik'). If your were ever to visit here, you have to get this dish. Its delicious.


We also ordered Tom-yam Serama Chicken and some greens. The tom-yam is very spicy.


And finally, the buttered prawn.


For some after meals desert, we ordered Durian Popia. Mouth watering.


According to the staff (I think it was the owner), the restaurant open daily from Monday to Friday from 6pm- 9pm 11pm. Saturday and Sunday, the restaurant opens twice daily. Once for lunch from 12pm to 3pm and the second is from 6pm to 9pm 11pm. 

If you happen to visit Melacca, try to visit this restaurant. How many star's? For me, I'll give it 3.5/5.0. I've been here only once and only for lunch. So, take my word with a grain of salt.

Sunday, June 23, 2013

Baby in the house...


Alhamdulillah, Allah has grant us a new member of the family. The flower among the beetles (no thorns here hehehehe. If you catch my drift). 

Born on the 3rd April 2013, she was named Nur Adhwa Azzalea aka Wawa (Our second son could not pronounce her name well). May Allah bless us.



Now she is almost 3 month. I wonder how she would look with a head cover hehehe :P



Wednesday, February 20, 2013

Jom belajar main ski

Musim sejuk kali ni paling bermakna buat Ilmi sebab for the first time Ilmi dibenarkan main ski... iaitu pada usia dia 7 tahun... winter vacation sebelum ni dapat main sledge je dua beradik tuuuu... rasa menyesal pulak tak ajar dia main dari awal menetap disini... tengok le aksi Ilmi di ajar oleh instructor tak bertauliah... hehehe... 


instructor tu main snowboard pun asyik jatuh tergolek... ngeee... 


Mama...jom buat snowman...

snowman.... in the making...


Yatta... dah siap... percaya ke adek yang buat tuuuu...


kepulangan snowboarder... ahaks...


We all main snow dari pukul 12 tgh hari... dan pulang ke hotel jam 9 malam... whoaaaa... 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...