Tuesday, February 14, 2012

Fruit Tart


Buat kulit tat sesuatu yang mengasyikkan. Bila takde kerja...sambil2 tengok TV... FnF suka tekan2 doh tat dalam acuan tat...haaaa...pelik lah FnF ni... 


Bila dah siap, FnF simpan dalam bekas kedap udara... salah satu tat kegemaran FnF adalah fruit tart. Biasanya FnF letak buah peach, kiwi dan strawberi...kali ni takde pula stok stoberi, FnF pun letak je laaa laici dalam tin...sedap juga...bukan senang nak dapat laici dalam tin kat Jepun ni...heeee...


Kulit tart (dari blog masam manis)

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.


Pastry cream (dari myresipi- resepi Fruit Tart Mat gebu)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
peach dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart (FnF xguna pun)

Bahan Pastry Cream 
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak) - FnF guna tepung jagung
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

UNTUK PASTRY CREAM :
Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

UNTUK FRUIT TART
Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat. Buat hingga siap. Hias dengan buah2an, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. 


Tujuan coklat cair tu utk elakkan kulit tart lemau bila kena custart. FnF x letak pun sbb kt jepun cooking chocolate tu mahaiii...kedekut laaa FnF ni...hihihi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...