Sunday, February 5, 2012

Caramel Cheesecake dan Chocolate Mousse Cheesecake

Assalamualaikum wbt...salam Maulidur Rasul buat semua. Hari ni FnF nak share resepi cheesecake yang sangat sedap. Resepi asal dari Yani myresipi. FnF ubah sedikit cara membuatnya iaitu mengasingkan putih dan kuning telur. Putih telur dipukul bersama gula sehingga merique sebelum dicampur ke dalam adunan. Hasilnya kek sangat lembut, dan gebu.


Bahan2 (9 inci)


Lapisan bawah
100g biskut marie/graham/biskut keju
50g butter (cairkan)

Lapisan krim
250g cream cheese (lembutkan)
3 biji kuning telur
60g gula
200ml fresh cream
200ml plain yogurt
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Bahan merique
3 biji putih telur
60g gula

Bahan caramel
50ml fresh milk
80g gula

Cara2

Kisar biskut guna food processor hingga halus. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul.
Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi. Simpan peti sejuk.

Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Karamel akan membeku. Jgn risau, guna api kecil, kacau selalu sehingga karamel mencair. Ketepikan.

Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula diikuti esen vanila, yogurt, kuning telur, tepung jagung, fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.

Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula. Pukul hingga merique dan berkilat. (jika terbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak jatuh)

Kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan cream cheese.

Tuang ke dalam loyang yang ada base biskut tadi.

Bakar selama 40 minit pada suhu 170C dan turunkan suhu kepada 160C. Letak karamel. Bakar lagi selama 20 minit.

Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

Kebetulan pula FnF guna loyang kecil. Jadi terdapat lebihan adunan cheese. FnF bakar dan layerkan dengan chocolate mousse...jadi le chocolate mousse cheesecake...


Bahan2 chocolate mousse
70g fresh cream
100g cooking chocolate (FnF guna chocolate jepun)
150g fresh cream
1 sudu besar gula
4g gelatin (larutkan dengan 30ml air panas)


Cara2
Larutkan gelatin dengan air panas. ketepikan...FnF guna microwave je.


Pukul kental 150g freash cream dengan 1 sudu besar gula. ketepikan.


Panaskan fresh cream secara double boil. Masukkan cooking chocolate. Kacau sehingga semua cooking chocolate cair dan sebati dengan fream cream.


Masukkan gelatin tadi.


Masukkan adunan coklat ini ke dalam fresh cream yang dah dipukul kental tadi. kacau sebati.


Tuang atas cheesecake yang dah disejukkan terlebih dahulu.


Simpan dalam peti ais selama 4 jam sehingga mousse mengeras.


Keluarkan dari loose pan. Sedia untuk dihidangkan. Potong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap kering untuk mendapat potongan yang cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...