Usah ditangisi perpisahan...sebaliknya tangisi lah pertemuan...kerana tanpa pertemuan tiadalah perpisahan...
Mood sedih setiap kali March menjelang... dikesempatan ini FnF nak ucap tahniah buat rakan2 seperjuangan yang telah berjaya...Dr. Razali, Dr. Addie, Dr. Ruhizan dan Calvin...selamat berbakti kpd tanah air... juga buat Fairuz dan keluarga yang akan berhijrah ke Nara...
Carrot cake untuk jamuan soubetsukai (majlis perpisahan) Perantau Chiba...
Tanpa hiasan...sekadar topping cream cheese frosting
versi cupcake...kes terlebih adunan...
FnF bawa blueberry cheese tart juga...guna fresh blueberry sebab lagi murah dari blueberry filling...next entry nant FnF post resepi nya...carrot cake yang terlindung di sebalik puding tuuu...
Resepi memang dah lama FnF simpan...cuma tak sampai seru nak buat...resepi dari kkida@1001resepi... resepi bawah ni versi FnF.
Bahan2
Bahan A
2 cwn tepung halus*
2sk baking powder*
11/2 sk soda bicrbonate*
1sk garam*
2sk serbuk kulit kayu manis*
*ayak sekali
4 biji telur size A
2 cawan gula
11/2 cawan minyak jagung
Bahan B
21/2 cawan grated carrot (perah air nya)
1 cawan nanas dalam tin (cincang dan perah air nya)
3/4 cawan pecans/walnut (bakar dan cincang kasar)
1/2 cawan desicated coconut (kelapa kering) - optional
Bahan2
Bahan A
2 cwn tepung halus*
2sk baking powder*
11/2 sk soda bicrbonate*
1sk garam*
2sk serbuk kulit kayu manis*
*ayak sekali
4 biji telur size A
2 cawan gula
11/2 cawan minyak jagung
Bahan B
21/2 cawan grated carrot (perah air nya)
1 cawan nanas dalam tin (cincang dan perah air nya)
3/4 cawan pecans/walnut (bakar dan cincang kasar)
1/2 cawan desicated coconut (kelapa kering) - optional
Cara2
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan minyak dan pukul perlahan.
Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil terus pukul perlahan hingga sebati.
Masukkan bahan C satu persatu, kaup balik hingga sebati.
Masukkan adunan dalam loyang yang dah di gris.
Bakar 60-90 minit @ 180C hingga masak.
Bahan topping cream cheese
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Cara2
Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus putar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana. Boleh tambah susu jika adunan terlalu likat. Sapu atas kek dan hias ikut suka.
FnF guna resepi cream cheese frosting yang ini ye...
Bahan cream cheese frosting
250g cream cheese
100g butter
150g gula icing (ayak)
2 cawan fresh cream (pukul kental)
Cara2 cream cheese frosting
Pukul cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan gula icing, terus memutar hingga gebu dan halus. Masukkan fresh cream yang dah dipukul kental. Gaul sebati. Sedia untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment