Thursday, January 31, 2013

supermoist eggless chocolate cake with cheese & chocolate mousse... dan pohon persimmon...

Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua...

Ohhhh... semakin liat nak update blog skrg... supermoist eggless chocolate cake with cheese & chocolate mousse... dah lamapun FnF buat... 


dari musim buah persimmon lagi... skrg dah habis musim... diganti musim buah strawberi... aduhaiii...

Persimmon, peach dan budou...
Bercakap pasal persimmon... ini le rupa pokoknye... berbuah lebat dan masak ranum semasa musim luruh... tengok gambar yang MrFnF ambil ni... 


masa ni daun2 pokok persimmon semua dah luruh... hanya ada buahnye yang menguning dan masak ranum...


Okeh... patah balik ke kisah kek autumn FnF nih... terpesona dengan keindahan deco kek Juwita... berbakat sungguh... leh tgk sini hasil seni beliau... tq juwita for sharing the recipe... resepi asal eggless moist choc cake dari dapurku sayang @ dayangjack disini... Act FnF dah pernah buat kek ni beberapa kali... antaranya kat sini untuk versi bakar layer ngn cream cheese... sangat mudah dan kompem jadik punye... hehe... kali ni FnF buat versi kukus pula... 


Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara2

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Bahan Lapisan Keju

250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air

Cara2


Panaskan air dalam periuk pengukus.
Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan. Kukus lagi selama 15 minit.
Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap 
(FnF tutup loyang dgn aluminum foil).
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.

Chocolate mousse

200 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas

Cara2

Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.

Cara meletakkan chocolate mousse

Setelah kek siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam (guna loyang yang boleh dibuka dari bawah)

Ganache

200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji - FnF guna 4 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- optional
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah, FnF tak letak

cara2

Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup (jika perlu)

setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.

Cara menghias

Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.
Jika nak lorek2 dgn garfu, tunggu ganache pekat sedikit baru tuang atas kek...  biar seketika hingga ganache keras sedikit baru dilorek dgn garfu yg dicelup ngn air panas dan dilap kering.


Psstttt...  

simple kan menu famili FnF... asam pedas daging + tulang + tetel feveret MrFnF... sbb anak2 tak makan asam pedas, FnF buat sayur lemak kacang pnjg + nanas + udang... 
Now at 30weeks of pregnancy, MrsFnF dah tak serajin zaman2 berbadan ringan... tak larat... lenguh pinggang dan kaki nak berdiri lama2... masak pun simple2 aje... sekadar satu hidangan lauk, satu hidangan sayur... takde nye bersusun 4-5 jenis lauk atas meja... makan di luar? hmmmm... tak berapa reti nak cari hidangan halal disini... T.a.M.a.T...




Sunday, January 20, 2013

winter illumination - winter holiday I

Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua...


First entry 2013...lama tak lama ler FnF bercuti kan... baru berkesempatan nak update kisah2 percutian FnF sempena musim sejuk 2012/2013...


Destinasi: Tokyo Doitsumura
Tarikh: 23 December 2012


Bila masuk musim sejuk 2 benda wajib pergi... first main snow... second tengok winter illumination... 

piknik dulu baah pohon tak berdaun makan bekal potluck yg dibawa
winter kali ni FnF dan rakan2 geng Chibadai ke Tokyo Doitsumura untuk tengok lampu2 yang dihias sangat cantik...


Taman dibuka untuk Illumination jam 3 petang... Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 1.30 tgh hari... 


planning nak sampai ke destinasi tepat2 jam 3 then terus piknik dengan bekalan bentou potluck yang kami bawa dari rumah...


Selain dari carrot cake dan sugar cheese bun entry disini, FnF buat gak udon goreng sempoi  bersama sambal kicap untuk dibawa berpicnic makan ramai2... Antara menu bentou potluck kami - nasi lemak ayam goreng berempah, tauhu sumbat kuah kacang, kuih cara (guna acuan takoyaki), roti2 bun dan jajan2...


lampu2 mula dipasang pada jam 4 petang... pukul 4.30pm dah gelap dah musim sejuk ni... 


Cuaca mlm tersgtlaaaa sejuk... suhu below 5 degree masa ni... ditambah lagi dgn angin mlm yg bertiup... menyucuk2 ke tulang... 


tp mmg best sgt ler melihat seluruh taman dilimpahi cahaya lampu pelbagai warna... nihonjin love illumination sooo much... mmg ramai betul yg berkunjung mlm tuuu... 



Tokyo Doitsumura akan terus dibuka untuk winter illumination sehingga 31 Mac 2013 dari jam 4 ptg sehigga 8 malam. Bayaran masuk adalah 2000yen/kereta...makanya lagi ramai disumbat dalam kete lagi untung le... hehehe... 



Kami bertolak pulang jam 8 malam, tiba di rumah jam 9.30malam, perut pun dah lapar balik terus ke rumah adik2 bujang minum kopi panas celup roti dan habiskan makanan2 potluck... sambil layan TV jepun... pulang ke rumah dah tgh malam...pheww...

illumination candy for the kids
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...