Kek Span Pandan (FnF guna resepi mat gebu)
5 biji telur (FnF guna size M)
130g gula
140g tepung kek jepun*
1 sk baking powder* (*ayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 sk paste pandan + 1sk pewarna hijau
2sb susu segar
Kastard Pandan (FnF guna resepi dari blog masam manis di sini)
Bahan A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
1/2sk garam
Bahan B
400 ml santan pekat (FnF guna 80g santan powder bancuh jdkan 500ml santan)
100 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam
Cara2 Kek (acuan bulat 22cm atau 4 segi)
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata. (FnF pukul asingkan putih ngn kuning telur sbb guna hand mixer)
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila dah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
Cara2 kastad pandan
Campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan adunan ini kedalam aduan (A). Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
Bahagi 3 bahagian sama byk.
Cara2 melapis pandan layered kek
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita. Guna acuan tinggi sikit supaya dapat tampung tinggi kek ngn kastad pandan tu nnt. (FnF guna aluminium foil je sbb takde loyang loose tin yg tinggi...)
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuang 1 bahagian kastad. Ratakan.
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad. Ratakan. Letak lapisan ketiga dan tuang lagi kastad.
Hentak2kan agar kastad padat dibahagian bawahnya.
Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda. (yg ni FnF tak letak...)
Trim sisi kek bg nmpk comey sket... ;)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum :)
ReplyDeleteSaya copy resepi dari sini ye. Hehe. Terima kasih :)