Apam pisang coklat ni sangat sedap. Sangat lembut dan gebu. FnF buat kecil2 je...saiz cekodok pisang...sebiji apam sekali ngap je...hehehe...Resepi asal dari noorana myresipi.
2 cwn tpg gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder(semua bahan diatas diayak bersama)
1 sudu teh garam
1 cwn pisang emas dilecek
1 cwn minyak masak
1 1/2 cwn gula perang
2 biji telur dipukul
Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan bahan yg tlh diayak tadi. Kemudian masukkan pisang, minyak, dan garam, kacau sebati.
Panaskan kukusan.
Masukkan adunan dlm cawan kecil dan kukus selama 1/2 jam. (FnF kukus 10 minit je dah masak).
Pastikan air kukusan betul2 panas dan didih.
No comments:
Post a Comment