Jom layan dinner FnF...anak2 makan nasi dengan sup sayur je... ahaks...
Resepi cupcakes FnF gunakan dari Blog Curlybabe's satisfaction disini. Resepi asal dibuat untuk kek. FnF pula buat versi cupcake.
Bahan2:
1 cawan tepung gandum-FnF guna tepung superfine
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sdt soda bikarbonat
1/4 sdt garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan brown sugar - FnF kurangkan 1/4 cawan
65 g mentega
1 biji telur besar
1 sdt esen vanila
1/4 cawan buttermilk
1/2 cawan air suam
Cara2:
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam. Ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan ayak tadi.
Selang seli dengan buttermilk dan air suam dalam tiga bahagian.
Masukkan esen vanila.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak pd suhu 170C... FnF buat acuan cupcakes.
Cream Cheese Frosting:
120g Philadelphia cream cheese
60g mentega
1/2 cawan gula icing-ayak
1 sdt esen vanila
jus lemon
Cara2
Pukul cream cheese dan mentega hingga creamy, tambah gula aising dan jus lemon....pukul sebati.
Chocolate Ganache (FnF x buat)
200ml double cream
250g cooking dark chocolate -cincang
sedikit garam
Cara2
Double boil fresh cream jangan sampai mendidih. Tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan dulu baru sapukan cream cheese frosting, tuangkan coklat ganache diatas....FnF paipkan cream cheese frosting je...
Resepi lambchop yang selalu FnF guna...selalunya FnF masak dalam pressure cooker dulu hingga separuh empuk, sbb lamb rib kat Jepun ni imported from Australia...frozen punyer...mmg tak fresh...kalau ada yang fresh tu, boley terus grill...
Bahan2
4 keping lamb rib chop (sekeping dalam 200g)
1/2 biji bawang besar (guna sebiji jika saiz kecil)*
4 ulas bawang bawang putih*
1/2 ibu jari halia*
1 1/2 kiub pati ayam*
serbuk lada hitam banyak2*
1 sudu besar kicap pekat manis* (just nak hitamkan bahan marinate)
Cara2
Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air hingga hancur.
Perap lamb rib 3-4 jam dengan bahan marinate.
Optional - masak separuh empuk daging bersama bahan marinate dalam pressure cooker.
Jika taknak empukkan (ada yang suka lamb chop yang agak raw dalam dia...), boleh terus grill...
Renjis2 bahan marinate semasa menggrill.
Sos lada Hitam
Masukkan lebihan bahan marinate dalam periuk. Masukkan air, sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Curah atas lamb chop yang siap dipanggang.
No comments:
Post a Comment