Wednesday, April 25, 2012

Mango cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Actually FnF buat kek ni untuk makan-makan dengan adik2 FnF di sini... 

Hmmm...dari atas nampak cam lonjong lak kek ni ye... confuse...FnF tak de edit gambar pun...ke mata FnF je nampak lonjong... huhu
Kalau dulu bila ada jamuan makan2 terasa sangat meriah... ramai keluarga melayu...ada yang belajar, ada yang bekerja... bila berjumpa riuh-rendah dengan suara budak-budak... itu belum masuk lagi adik2 yang belum berkeluarga... sekali masak dalam 30 cawan beras juga lah... paling meriah bulan puasa...hampir setiap hari bertukar rumah berbuka puasa dan bertarawih...ikut turn gitu... meriahnya kalah berpuasa di Malaysia... 


Tahun ini dah ramai yang pulang ke tanah air... bagi FnF memang terasa sunyinya... kerana kami sangat rapat ibarat keluarga sendiri... 


Huhuhu...dah macam luahan perasaan pulak dah... abaikan aje ye... Berbalik kepada kek... resepi asal dari kak hana... FnF olah dengan menggantikan base biskut kpd sponge cake dan masukkan puree mangga ke dalam adunan krim keju... untuk resepi yang asal kak Hana boleh dapatkan disini... 


Bahan2 kek span vanila (loyang 9 inci)

5 biji telur size M
150g gula
15g ovalet
140g tepung halus*
1 sk baking powder* (* diayak bersama)
1sk esen vanila
70g minyak jagung
2 sudu besar susu segar

Cara2

Pukul telur, gula dan ovalet hingga betul2 kembang dan gebu.

Cara FnF (sesuai jika menggunakan hand mixer) - Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga meringue, dalam bowl lain pukul kuning telur bersama gula dan ovalet hingga kembang dan gebu... kemudian satukan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan tadi.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.  Kaup balik hingga sebati. Masukkan minyak jagung, esen vanila dan susu segar. Gaul rata.

Bakar pada suhu 170degree C selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan. Potong mendatar menjadi 3 keping kek. Ketepikan.

Bahan2 cheesecake

250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
15g gelatin + 60ml air panas
80g puree mangga (FnF guna mangga dalam tin blend tanpa air guna food processor)
potongan mangga secukupnya (potong kiub)

Cara2

Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.

Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. Boleh juga guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut atau microvawekan 1 minit - FnF guna microvawe.

Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan puree mangga. Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kiub. Gaul sebati.
Bahagikan krim keju ini kepada 3 bahagian sama banyak.

Topping

150g puree mangga
50ml air panas + 1sudu besar gelatin
Potongan mangga secukupnya

Cara2
Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree. Kacau sebati.

Cara assemble

Gunakan loose pan size besar sedikit dari size kek. Guna loyang yang sama pun ok. cantik juga...

Letak sekeping kek span vanila dalam loyang loose pan. Tuang satu bahagian cream cheese di atas kek tadi.
Letak sekeping lagi kek span. Tuang lagi 1 bahagian cream cheese. Letakkan 1 keping lagi kek span dan tuangkan cream cheese bahagian yang terakhir. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam.

FnF buat 2 lapisan sahaja. Baki 1 keping kek dan 1 bahagian mango cream cheese FnF buat dalam gelas ala-ala mango tiramisu... dapat 2 gelas... tak sempat nak ambil gambar... :(

Setelah cream cheese mengeras tuang topping atas kek yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan potongan mangga. Simpan peti ais sehingga topping mengeras 2-3 jam. Keluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.

19 comments:

  1. Salam kak! fuhhhhh! kaya dgn manggo! sedappppp! tak pernah buat lagi ciskek manggo, mesti buat blueberry sbb suami kita ni manis2 dia tak minat sgt sbb mangga kat sini manisssss sgt! besday dia nanti nk buatkan ciskek, kek paling senang nak buat hihihi...

    ReplyDelete
  2. wahh menariknya tgk kek ni...memang cantik dan semestinya sedap ni.lum pernah buat Cheese cake guna span kek lagi nanti boleh cuba:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt cuba ye... rasa dia dah ala2 kek tiramisu...lg pulak sebb ada yogurt dlm adunan cheese tu...

      Delete
  3. Oh tidak.... mangga lagi... I likeeeee... cantik dan sedap bangat nampaknya tu... i m drooling over here... cannot tahan lah, kalau mangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun selalu kecur liur tgk kek2 akak...cantik sgt semuanya

      Delete
  4. cantiknya kek.. elok jek potongan nyer tu. dah berkumpul hilang kejap ekrinduan keluarga di mesia ni kan. :-)

    ReplyDelete
  5. oishii sou!! kami dari awal dulu sampai la skrg mmg satu family je. hihi.. nasib baik ada anak2 penghilang rasa sunyi tu. tp masih seronok sbb adik2 ug ramai kat sini, so buat majlis apa2 still meriah. cuma nak tukar2 hidangan tu takde la sgt, bujang la katakan. takpe FnF sekali puasa je lg ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tu laaa...kita senasib... ilmi dok berkawan ngn abg2 ug je... dah masuk sekolah ni ok la... ramai kawan2 sekolah ;)

      Delete
  6. pagi2 dah nampak kek yg sedap ni... terliur dibuatnya...

    ReplyDelete
  7. sangat menggoda selera mata dan anak tekak.. kaler pun cantik :)

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnye...kecur n tliur dibuatnya...haritu mmg ade beli mangga dekat 2 kilo kot...tp xjmpa2 lg resepi yg sesuai...ape lg terus bedal habiskan la buah mangga tu...sekali bleh pulak kuar resepi ni...aduhhh dah kena carik lg buah mangga...nk simpan resepi ni yer...tq

    ReplyDelete
  9. salam fnf
    kat umah baru leh komen nampakya..ha haha dh 2 kali post komen tp x lepas2..net slow kt opis tu agaknya..asal cantikkk sangat nie dik..bagi akk sepotong boleh..akk dh amik resepi nie..nnt nk buat..he hee

    ReplyDelete
  10. Selamat malam FnF,
    suke sangat tengok kek tu...mesti enak banget...adoiii..tergoda gue..

    ReplyDelete
  11. sedapnye...................
    NaK3x.
    nape dah xpost kat fb? sini selalu terlmbt ikut perkembangan. :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...