Wednesday, April 4, 2012

Breakfast Burger Ramli @ Nihon...

Burgers and scrambled eggs for breakfast... tapi burger kali ni special sebab import from Malaysia... Burger Ramli lagiiii...hahahaha... gembiranya dapat makan burger Ramli kat Nihon... ^U^

Actually masa balik cuti2 Malaysia tempohari FnF sempat beli burger Ramli daging & ayam... bungkus elok2 dengan newspaper...sorok2 dalam beg baju...hihi... ;P

Untuk roti burger kali ni FnF guna resepi dari Ros@Jintanmanis yang sememangnya terkenal dengan resepi2 roti yang gebu dan lembut. FnF buat versi ala2 roti John (panjang2)... letak 2 keping burger daging Ramli... scramble eggs pula memang moist sgt sebab FnF masak secara double boil... 



Bahan2

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara2 

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. (Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap. - FnF guna BM

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

10 comments:

  1. memang tersandar kekenyangan kalau dapat satu set dlm pinggan tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. set utk 2 orang nih...kurang sikit nk basuh pinggan ;)

      Delete
  2. wahhh puas ati betul klu dapat gigit sikit..tghari mcmnie mmg menari2 perut nie..minta makanan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati sebab dapat makan burger Ramli...padahal kat Msia tak teringin pun... ;)

      Delete
  3. Salam kak! dulu2 kan masa sebelum kita tahu kewujudan burger ramly kat sini, kita pun bwk balik dr mesia, bungkus ngan surat khabar byk2 lapis patu balut dgn towel tebal2 hihihi... even sosej pun kita bwk dr mesia, masa tu mmg tak tahu lagi ada byk jugak sosej2 halal kat sini, skrg dah malas nak bwk sbb dah jumpa yg halal kat sini ehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kat cni pun ada je burger yang halal...tapi burger Ramli lagi sedap... sosej akak x bw balik cos sosej halal kt cni ok je sedap... ^_^

      Delete
  4. Wah syoknya dpt burger msia. Lama x mkn burger tepi jln. Hehe.. Lg sedap kdg dr kat fastfood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... ada gerai2 burger yg sgt sedap esp area campus... masa zaman2 study kat msia dulu selalu beli burger double decker lagi...boleh tambah slice cheese ngn telur...syedappp... agak2 skrg ni brp ringgit la seketul ye...

      Delete
  5. Salam singgah,sioknye kalau dapat buat bugger yang tingkat punya...hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...