Thursday, May 24, 2012

Cheesy maguro bolognese roll bun

Assalamualaikum...salam buat semua...

Roti nih terjadi gara2 nak habiskan left over maguro bolognese... kebetulan menu lunch sekolah Ilmi spaghetti bolognese... maka dengan kreatifnya FnF buat spaghetti maguro bolognese untuk bento Ilmi.... 


Kalau nak tahu rupa ikan maguro nih boleh tengok di blog kkida 1001resepi disini... Rasa ikan maguro nih tersangatlah sedap... macam rasa daging ayam... ia juga dikenali sebagai the sea chicken... harga agak kemahalan mengikut jenis maguro dan bahagian ikan tersebut. 



Jom semak resepi maguro bolognese roll bun... adunan doh roti dari dapur tanpa sempadan CMG...as usual...hehehe...

Bahan2

250g tepung roti
50g gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softerner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g butter lembut
125 ml air suam

Inti

1/2 cawan maguro bolognese (ambil isi sahaja...sos bolognese cukup sekadar sapuan atas doh)...resepi maguro bolognese di sertakan...
1/2 cawan keju mozarella

Cara2

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik 2 kali ganda.

FnF guna bread maker

Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh roti, tunggu hingga siap.

Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat)
Sapu dengan sos maguro bolognese atas doh yang telah dicanai tadi.
Tabur isi maguro bolognese dan mozarella cheese rata2....

Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Isi setiap potongan dalam paper cup... kali nih FnF guna acuan cupcake aluminum macam dalam gambar...alas dengan parchment paper.
Buat hingga siap dan perap 45 minit.
Sapu permukaan doh denan lebihan telur.
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 ke 25 minit.


Resepi maguro bolognese (guna 1/2 cawan sahaja untuk inti roll bun)

1 biji bawang besar - dadu halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
300g maguro -  potong dadu 1-2cm, saute dengan minyak zaitun bersama sedikit garam dan lada sulah
1 botol sos bolognese
sedikit cendawan butang dalam tin, toskan dan hiris nipis
1 biji tomato, dadu
1/2 st herba oregano
1/2 st herba basil
garam secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis

Cara2

Panaskan minyak zaitun, saute maguro yang telah dipotong dadu dan dilumur sedikit garam dan lada sulah. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun hingga layu. 
Masukkan sos bolognese. Gaul rata dan tambah sedikit air. 
masukkan cendawan butang, diced tomato dan sauted maguro.
Masak hingga sedikit pekat.
Tambah garam, herba oregano serta basil, gaul rata dan masak hingga pekat. Jika rasa ok, boleh matikan api.

Sos bolognese ni boleh diganti asari (lala) dan seafood2 lain jika sukaaa.... sedapppp...boring pula kalo asyik spagheeti beef atau chicken bolognese aje... aiseh... gambar spaghetti maguro bolognese FnF tak de... roti nih pun dah tinggal 2 ketul baru teringat nak amek gambar...


20 comments:

  1. salam fizah.. macam2 menu yang best2.. sedap nampak bun ni.. ita pun baru nak update blog balik kalau tak bersawang blog

    ReplyDelete
  2. Salam... wahhh sedap ni... dapat makan sebuku... teringat sampai bawak ke mimpi cantik! mana nak dapat ikan maguro tu hehehe sini manalah ada... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha...resepi asal che mat gebu guna tuna dalam tin...maguro tu ikan tuna cuma yg dlm tin tu lain sgt rasa dia compare dengan yg fresh

      Delete
  3. oishii sou rajin nyer buat bun
    maguro mmg sedap antara fav ai jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan. buat masak sweet sour pun sedap...tekak melayu hehehe

      Delete
  4. aisshhh sedapnya...sha..ikan tue kt jb ada kan..he hehhee he jgn perasan yer..jom kita duk jepun ..best pulak kan FNF:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...so far so good di Nihon...cuma rindu ibubapa kat malaysia...T_T

      Delete
  5. tun ingatkan guna puff pastry td. cantik je kaler dia.. maguro tu ikan tuna ye.. mesti kawan2 ilmi terliur tgk nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ikan Tuna...yg fresh tu sedap sgt mcm daging ayam jika dimasak

      Delete
  6. Replies
    1. ahaks...mmg ada belen 2 ketui dalam gambar tu...FnF bagi...amek le...hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. FnF suka guna resepi doh roti CMG. kalau nak buat byk FnF guna resepi basic dough...pun lembut sgt roti nye

      Delete
  8. Salam Kenal Fizah.dtg kunjungan balas.menariknya bun tu...letak inti ikan. dah tangok rupa ikan maguro..ikan tuna rupanya...besar saiz ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal mamasya...mmg besar...yg kat blog kkida tu kira kecik...

      Delete
  9. cantik bun tu ,macam guna pastry puff

    ReplyDelete
  10. kalau time mlas mmg selalu jadi mackerel bolognese la. hehe.. tupun guna yg dlm tin, senang jugak, pastu pandai2 la tambah kani ke, sosej ke bdk2 suka je mkn. ;D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum fizah...
    Rajinnya... Kalau akak mmg x berapa reti meroti nie... Cantik kejadian bun tu... Mcm nak capai jer seketul tau.. Geram akak tgk.. Nak makan masa minum ptg nie... :)

    ReplyDelete
  12. roti berinti... alahai sedap nyer kalau ptg2 begini dpt seketul hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...