Friday, March 9, 2012

Pizza...Bila malas masak

Hari ni dah masuk hari ke 4 kami bercuti2 di Malaysia... Cuaca di sini sangat panas pada sebelah siang...malam pula hujan lebat mencurah2...bila hujan di sebelah malam, siang memang panas lebih. Dengan cuaca macam ni mood masak2 tak muncul2...mentang2 Acu (adik bongsu Mrs fnF) tgh cuti semester kan...amek kesempatan le ;p

Kalo kat Malaysia...bila malas masak mmg tak masuk dapur langsung lah... layan je kemalasan itu... buat perangai malas camni kat Chiba...jawab nye semua orang kelaparan...

Nak tau apa FnF selalu masak di Chiba bila kemalasan melanda?

Tadaaaaa...


Memang senang sangat... utk doh roti pizza main lebur je bahan2 dalam breadmaker...tunggu hingga doh siap...  sos pizza pula biasanya FnF buat lebih dan simpan dalam freezer. Bila nak guna masuk je microwave utk nyah beku...mudah kan.

Untuk resepi sedap nih... sumber asal dari sini. FnF ubah bahagian sos pizza... topping ikut suka...selalunya tabur sosej atau ayam yg telah di saute dan lada benggala atau nanas shj...sbb dlm sos pizza FnF dah letak daging cincang, cendawan butang, tomato dll...(mcm kuah sos spagetti bolognese tapi agak kering)


Bahan-bahan (pizza size large)

Doh pizza
200g tepung gandum (FnF guna tepung roti)
2 st yis segera
1/2 st garam
1 st gula
2sb minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli

Sos pizza
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak zaitun
1/2 tin sos bolognese
2 sb sos tomato
1/2 cawan daging kisar
1 st oregano
garam & gula

Topping (ikut suka)
sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas

Keju untuk pizza

Cara-cara

Doh pizza

Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.

Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.

Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

FnF lebur semua bahan dalam bread maker. Tunggu hingga doh siap diuli.

Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. 

FnF bakar dulu 10 minit. kemudian baru sapu sos pizza.

Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.

Parutkan 1/3 keju. Taburkan bahan topping.

Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

Sos pizza

Tumis bawang hingga naik bau. Masuk daging kisar. Tunggu hingga empuk. Masukkan bahan2 yang lain. Masak sampai pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

Sapu atas doh pizza tadi (tak perlu habiskan...) Baki boleh simpan freezer.

Sos pizza ala sos spageti bolognese memang best sangat...permukaan pizza tak kering, nampak berkilat and juicy...sebab selepas dibakar,  minyak dari sos pizza tu akan keluar...

4 comments:

  1. Pizzza nihon kene buat kt msia jugak nih. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu tak jumpe button komen la..hehe samalah saya kalau malas buat pizza sendiri, puas ati kan?? bes bes balik msia..makan abis2 tau kasik berat naik cam kami muahahahahha :P

      Delete
    2. plan nk buat takoyaki...brg2 sume dah ada bw dari nihon termasuk pan takoyaki...tp ntah bila nk membuatnya...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...