Assalamualaikum...salam buat semua...
Hmmm naik jemu dah dok pos entry kuih-muih je... nak buat cmane kan... bulan puasa ni FnF memang tak kemana-mana pun... belum sempat lagi shopping mopping mahupun iftar di luar atau membeli makanan di PaRam belakang rumah FnF (ada ke...iyea kan je laaa...haishhh)
Menu kuih tersama lak ngn Asmara Life nun jauh di Yamagata. Kuih JLo As memang menarik seh...masak guna microwave... As guna beras pulut Jepun, FnF pula guna beras pulut Thai... tak sure versi microwave ni leh apply ke ngn pulut Thai.
FnF siap kol ibu di kampung cara2 buat kuih lopes. Ibu FnF kata masak beras pulut ni tak boleh terlebih air...nanti kembang tak sedap... Ibu FnF bagi 2 kaedah memasak. Cara pertama versi tanak. Didihkan dulu air baru masak pulut cam biasa. Versi kedua kukus... yang versi microwave tu mak FnF tak sempat nak belajar dulu2.. jadi tak leh nak turunkan ilmu...
Bahan2
4 cawan beras pulut (rendam dengan air campur pewarna hijau selama 3 jam)
1sk garam
4 cawan santan cair (FnF letak agak2 je seperti yang diajar ibu... )
sedikit air daun pandan (tak de, guna pewarna hijau perisa pandan)
kelapa parut digaul sedikit garam secukupnya
Cara2
Cuci beras pulut yang telah direndam tadi
Masukkan dalam loyang dan kukus sekejap lebih kurang 20 minit, gemburkan
Masukkan garam dan perisa pandan kedalam santan cair
Masukkan santan cair (sama level ngn beras atau lebihkan sikiiit je dengan butir beras...) ke dalam loyang tadi.
Kukus lagi sehingga masak. Gembur sekali sekala agar masak sekata... (picit2 ngn jari nak check pulut dah masak dan lembut).
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
p/s:
untuk perantau bolehlah gunakan kelapa kering, masukkan sedikit demi sedikit air panas sehingga kelapa betul2 kembang
Bahan Untuk Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan disimpul.
Cara2
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
FnF guna sushi mould untuk bentukkan bulat... then balut daun pisang
Sejukkan dulu... then baru potong bulat2... potong tebal2 sket dan leperkan ... salut kelapa parut elok cantik sama besar kuih lopes tu nanti |
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan disimpul.
Cara2
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
tanjat aii! sama lak kuih kite ye. hihi.. fidzah beli kat ne beras pulut thai? sebab tak pernah beli, jumpa kat supa tu yg try, first time buat jd lembik tu yg tnya kamalia sbb dia pakar dan selalu masak guna beras pulut jepun. byk versi jugak, guna periuk nasi pun boleh kan. asalkan pulutnya sedang elok masak. yg penting tang air tu kan kene betul. hehe..
ReplyDeletewah fidzah punya lg sedap ni balut guna daun pisang. act saya guna botol mayonis bulat panjang tu, korbankan penutup dia, elok padat2kan dan senang jugak dia keluar. kalau guna acuan onigiri 3 segi tu dah rupa lopes Msia kan. hihi..
As...saya buat gak bentuk onigiri tu untuk budak2... buat 2 ketul je...yg lain semuanya guna sushi mould ni... bila potong petang tu harum bau daun pisang dia hehehe... Mak saya pun guna penutup botol je kalo nak bentuk bulat.
Deletesedapppp nyer!
ReplyDeleteTerbaeekkk..!!!
ReplyDeletesedapnyer kak..terliur time pose nie..selalu mase akak buat entry time tak pose takde la rase pape..tengok n baca resepi je..huhu.. Insha Allah nak try satu hari nanti.. =)
ReplyDeletehehe tu la baru nak cakap sama dengan kak as..hihihi..tp saya bab kuih muih tradisional dahulu kala ni mmg fail sungguh..huhuhu
ReplyDeleteKA suka juga but x boleh ambil nyk sebab manis
ReplyDeletesedap nie...!
ReplyDeleteSalam kak! kakak lopes in da houseeee :D sedap3!! kuih yg tak pernah jemu di makan tak kira waktu :D kita malas betul nak masak ari nii nak buat kuih bodo2 jerr cepat siap :D
ReplyDeleteWahhhh rajinnya akak masak kuih nih. Sedap sedap ;')
ReplyDeletetengok gambar pun dah rasa nak mengalir airliur.kalau ada depan2.memang tak tunggu lama lah..terus ngap =D
Ha ah, sama menu dgn Asmara Dayana. Kretif gak bleh guna sushi mould untuk dptkan bentuk bulat. Tapi senang ke nak cari daun pisang dan kelapa parut kat Jepun?
ReplyDeleteDaun pisang ada jual. tapi mahal dan koyak2 lak tu...kalo nak buat kuih koci (feveret hubby tu)atau kuih muih yg balut daun pisang memang sakit ati je...
Deletewahh i like jlo tapi tak berapa geti (reti) nak buat, mcm ssh je, sushi mould tu kat daiso ada tak eh, nanti nk try cari.
ReplyDeleteHanis, Memang beli kat Daiso pun ;)
Deleteassalm fnf
ReplyDeletefeberet ketika bulan puasa ni, sama cam mak akak balut daun pisang tp mak akk rebus dulu baru potong
awal puasa dah plan nk wat dgn mak tp tak jadi bila pak akak kena tahan wad hu hu kempunan ni
mintak sikit ye he he dah telan air liur ni
oh ye ke mamasara... nak kena berguru gak ni ;) semoga ayah akak cepat sembuh
Deletetu dia..jlo jugak ek. xsalah saya, yg saya belajar masak pulut guna microwave ni, dia xguna pun beras pulut nihon.dia guna beras pulut thai jugak. tapi,pastikan air tu kena pandai sukat la kot..
ReplyDeleteSuka tengok gambar yg pertama tu...nak belajar amik gambar ngan Fidzah la...boleh?
ReplyDeletekuih kegemaran ni...sedapnya, puas makan kalau buat sendiri kan..dah tak ingat berangin ke ape ke..hehe
ReplyDeletebelum jemu lagi...suka..suka...kenyang mata kita nengok hah hihihi
ReplyDeletewah dah lama tak buat kuih JLO ni suka suka ,sushi mould tu akak beli buat tukun je hhehehe tak pernah guna pun
ReplyDelete