Assalamualaikum... salam buat semua...
Menu iftar FnF yang sempoi hujung minggu yang lalu... Bila MrPapa tak pergi lab, automatik mood nak masuk dapur merudum... mana tak nye... anak2 bukan main buat perangai...melasak tak sudah macam nak pecah rumah... rumah pulak dah macam tongkang pecah bersepah dengan toys anak2... sampai mama nye jadi penat dan longlai nak ke dapur... Haishhh.. ni baru 2 orang... hehehe... Yang peliknya bila sang papa takde kat rumah elok je behave abang ngn adik ni... hmmmm...
Jadinya masak yang simple je untuk iftar... bakar ayam panggang dan goreng mee aje... buat gak sambal tumis bilis untuk makan ngn mee goreng... untuk manisan pulak tofu fa je... makan ngan air gula merah... tauhu lembut tu memang mudah didapati di mana2 supa mahupun kombini.
Memang berselera kami meratah ayam panggang. kena lak ngan sos Nandos bawa dari Msia. habis sekor ayam. part dada yang banyak isi tu je tak laku... tu pun sebab masing2 dah kenyang... kalo tak sure habis jugak tu...ops... lupa nak bagitau.. ayam ni cuma 1kg je berat nya... memang boleh habis sekali hadap anak-beranak...hehehe...
FnF guna resepi yang dikongsikan oleh Nani... berasal dari Wana, Ibundo dan Kak Nor secubit garam... terima kasih semua... memang sedap sangat... sape lum cuba rugi... hehehe ;)
1 ekor ayam (FnF guna ayam 1kg)
5-6 ulas bawang putih (4 ulas)
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia (1/2 inci)
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar (1/2 sb)
2-3 sudu besar gula perang (2 sb gula merah)
2 sudu kecil garam (1 sudu kecik)
sedikit perasa (1 kiub pati ayam)
2 sudu besar jus limau (1 sudu makan cuka jepun)
3 sudu besar olive oil ( 2 sb je)
5 biji kentang - skip
2 biji tomato - skip
6 biji baby carot - skip
sedikit mentega - untuk gliss masa membakar
1 sudu besar cajun - skip takde stok
Cara2
Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar
Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bekas besar dan perap beberapa jam.
Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang - skip
Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar - skip.
Sapukan sedikit butter pada ayam dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam... bakar sampai masak guna api atas bawah...
Tips dari Bundo - Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat...
adusss....... dah terliug ni
ReplyDeleteini bukan simple ni... menggoda.
ReplyDeleteSalam FnF.mmg sedap ayam panggang rosemary resepi asal dr Wana ni.....akkpun ingin nak buat lagi. kalau ayam bakar mmg laju meratah....
ReplyDeleteterbalik pula....kat rumah kalau ayah anak2 ada....mrk tak bising. bab sepah mainan...budak2 gitulah. apa akk buat dg anak2 cuba bagi bakul/bag sorang satu suruh kemas mainan sendiri....selagi tak kemas tak boleh main benda lain....
Tissue please!!! Can't stop salivating...confirm sedap ayam ni! Yummm :)
ReplyDeleteterliuuurrr )_(
ReplyDeleteSalam kak, sedapppnya!! Kita lama tak buat ayam panggang mcm ni dulu2 beli ayam sekor sampai skrg tak guna lg :D nanti2 mmg kena guna ayam sekor2 tu sbb anak2 kita pun mmg suke aym mcm ni :D
ReplyDeletesalam fidza
ReplyDeleteantara resepi kegemaran akk nie..aiishhh macam nk g cubit2 peha ayam tue:)melampau.
Adusss ....tergoda sungguh tengok ayam panggang tu...!
ReplyDeleteSaya tak penah buat ayam panggang sekor2 macam ni. Tidak berkeyakinan betul. Tapi yg tofu tu mcm taufu fa kan? Sedapnya.
ReplyDeleteLupa nak ckp. Kalau saya ada, part dada yg tak habis tu mesti saya yg makan. kekeke. Sbb feveret saya ialah part dada. Jenis pemalas nak korek daging kat celah2 tulang memang cenggini. Haha.
ReplyDeleteSalam fnf..tu dia ayam panggang sekor,mmg sedap dok meratah jer.tgk pon dah tau sedap ayam panggang tue...
ReplyDeleteSelalunya nampak saiz ayam panggang rosemary memang yang agak kecil.... he he he heh samalah tu FnF, kalau part dada tu, lambat sikit nak habis!
ReplyDeleteayoyo...ngidam tengok ayam sekor tu...sentap nak ratah je bila tgk segolek dalam pinggan..
ReplyDeleteKami pun sekor yg 1kg mmg habis 2x makan. Papa budak ni makan isi ayam, mamanya mkn tulang ayam. Hihi..
ReplyDeletemasuk list jugak..setakat ni iftar belum buat lagi menu camni..kami pun sama,1 kg tuk 2kali makan.hehe
ReplyDeletewow! seksi gitu ayam ni...memang sedap! ada jugak seketul dua yang nani goreng, makan dengan nasi lemak. memang best resepi ni.
ReplyDelete