Sunday, July 22, 2012

Iftar Day 1 bersama Geng Chibadai... non-baked peach cheesecake soooo yummy

Assalamualaikum wbt...salam hujung minggu buat semua...


Semalam FnF berpeluang berbuka puasa bersama adik2 FnF di Kaikan Hall (Dewan International House, Chiba University)... 


Macam2 menu adik2 FnF masak... kami berbuka puasa dengan kurma, murtabak dan air bandung cincau... sedap tauuuu murtabak adik2 FnF niii... hilang rindu murtabak Malaysia... terbaek lah... rasa2 FnF murtabak pasar Ramadhan pun tak leh celen...ehehehe... seyes tak tipuuuu....


Selepas berbuka ala kadar kami solat maghrib berjemaah dan solat hajat sempena minggu peperiksaan yang akan bermula esok selama tiga minggu... Selesai solat baru kami makan sungguh2...ngeee... 


Main menu kami semalam nasi minyak, ayam masak merah dan sayur goreng... Juadah sampingan... pengat pisang...



Peach cheesecake... semua dibuat oleh adik2 FnF...hebat mereka ni memasak...


FnF bawa apam pisang coklat dan cookie-dough chocolate cheese brownies sebagai juadah tambahan...


Menurut adik FnF peach cheesecake ni mereka jenguk didapur ABM scent of kitchen disini... resepi asal dari CMG dapur tanpa sempadan... Terima kasih buat penyumbang resepi...


Resepi asal guna mangga... adik2 FnF gantikan dengan peach... pun sedap... FnF nak share resepi disini untuk rujukan FnF dimasa akan datang... ;)


Jom kita tengok resepi peach cheesecake yang sangat sedap niii... edisi adik2 FnF adalah edisi ABM yang telah diubah suai sedikit mengikut bahan yang ada di Nihon... base menggunakan biskut Ritz... loyang 18cm...

Bahan2 base

40 keping biskut ritz
50g butter - dicairkan
1 genggam kepingan badam - digoreng tanpa minyak

Bahan2 peach cheesecake

200g creamcheese - dilembutkan
60g gula kastor
1 biji buah mangga - dikisar menjadi puree - ganti yellow peach
beberapa hirisan dadu buah peach dalam tin - untuk hiasan
1 1/2 sudu besar gelatin halal
110ml air panas@suam
200ml whipping cream

Cara2 

Base

Kisar biskut dan badam didalam food processor, masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati kemudian, letakkan didalam loyang 18cm (yg boleh ditanggalkan). Tekankan biskut tersebut sehingga mampat dan rata. Letakkan didalam peti ais sementara membuat cheesecake nya.

Peach cheesecake

Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putar sebati. Kemudian, masukkan puree mango (ganti puree peach)  kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
Kemudian, masukkan gelatin kedalam adunan dan gaul sebati. Setelah itu, masukkan kedalam loyang yg ade base biskut tadi. Ratakan dan simpan didalam peti ais sehingga kek membeku. Lebih kurang 3-4 jam. Bila dah siap, bolehlah dihias dengan potongan mango dalam tin tu kat atas cheesecake tadi.


18 comments:

  1. yumyum..terliur.hehehe;)
    kak, selamat berpuasa untuk akak sekeluarga..=)

    ReplyDelete
  2. sedapnye nampak macam akak nk buat je tak lama lagi heee cantik dan menarik lah FnF...

    ReplyDelete
  3. Kami pun semalam berbuka kat kaikan. Alhamdulillah dpt menjamu adik2 yg nak exam ni. fengsan masak byk2. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... tu laaa... As jamu adik2 berbuka... kami pula dijamu oleh adik2 yang nak exam nih... terbalik kan... lepas habis exam ni diorang cuti summer tinggal le kita beraya diperantauan kan As.

      Delete
  4. Sedapnya! Best betul buka puasa di sana ye FnF.... menu pun macam-macam yang terhidang!

    ReplyDelete
  5. makanan semua sooooo sedap ,alhamdulillah bestnya dapat berbuka bersama-sama

    ReplyDelete
  6. Bestnya cheesecake tu...dapat sepotong pon jadilah...hehehe

    ReplyDelete
  7. Seronoknya berkumpul dan makan-makan. Mengimbau kembali kenangan bundo semasa berada di tempat orang berbuka puasa dengan rakan-rakan berlainan negara.
    nampak sedap cheesecake tu.

    ReplyDelete
  8. besnye cis kek...huhu..saya kalau buat cis kek non baked ni mmg cis cis la tak jadik...huhuhu

    ReplyDelete
  9. meriah sgt org di sana berbuka puasa
    omg cis cake lagik
    tutup mater sebab baru2 ni dah buat cheese tart takut nak makan cheese lagi
    perut berlayer dah ni ngeeee

    ReplyDelete
  10. amboi.. KA tgk smpai terliuq siang2 ni hehe

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa F&F... sedap tgk kek tu sume..menyelerakan :)

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa fnf sekeluarga
    seronok berbuka beramai2 meriah
    menu2 yg menyelerakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...