Wednesday, May 2, 2012

Tropical fruit crumble cheese tart

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Minggu ni FnF sangat2 lemau nak update blog... blog walking pun dengan iphone aje... bersempena golden week... Ilmi cuti sekolah seminggu sehingga Jumaat... kami takde ke mana2 pun...domestic cat...dok rumah diam2 sudaaa... masak dan makan mcm biasa... 


Cheese tart ni pun sebenarnya lama dah FnF buat... masa makan malam dengan adik2 FnF...FnF buat cheesetart dengan mango cheesecake... punya la lama punya cerita... bila makan2 dengan adik2 FnF kat Chiba nih memang la FnF akan buat dessert yang best2 untuk makan ramai2... lagipun disini pilihan kek2 halal terhad... jadi FnF buat setakat yang mampu...sekurang2nya bila tengok kat kedai tu xde la telan air liur aje kan... lagi best bila berkumpul makan ramai2... kek bantat pun jadi sedap...heeeee...


Bila buat cheesetart yang ada crumble macam ni lebih sesuai guna tart mold yang saiznya agak besar dan dalam. Jika saiznya terlalu kecil dan cetek dibimbangi filling cheese tu nanti akan jadi kering disebabkan tempoh masa pembakarannya  yang lebih lama berbanding cheese tart biasa. Kalau tengok filling cheese FnF kat atas tu still moist kan... seyes sedap...gigit2 crumble yang garing dan rangup kena lak ngan filling cheese yang lembut dan moist.


Untuk shell dan filling FnF guna resepi Dari Dapur Azita dan masam manis.  

Bahan2 kulit tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart yang agak besar dan dalam

Cara2

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Bahan2 crumble
80g tepung gandum
35g gula
35g butter sejuk

Cara2
Ramas2 gula, mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk crumble. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk.

Bahan2 Filling creamcheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

1 tin buah2an tropica, buang air

Cara2

Keluarkan cream cheese 20 ke 30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Untuk memudahkan FnF masukkan dalam piping bag dan picitkan filling ke dalam shell tadi 2/3 penuh.
Tabur buah2an tropica.
Tabur crumble tadi sehingga penuh (melimpah pun xpe...lg byk crumble lagi sedap)

Bakar selama 15 minit pada suhu 190degree C sehingga crumble agak garing.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara agar crumble kekal rangup.

FnF masukkan balik kulit tart dalam acuan tart baru masukkan filling dan crumble then bakar. FnF guna non-stick tart mold...

yang suka makan tart shell mama... mcm mkn biskut butter... 



10 comments:

  1. Salam kak! eeeeeee...sedapnyerrrr! kita pun lama betul tak buat tart, malas nak buat shellnyer tu ajerr ehehe... kalau dah ada depan mata kejap jer siap.. masuk list dulu, list dah berderet dah tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun kes tgk entry ika hari ni yang ada kukis atas cheesecake...terus teringat akan kejadian crumble atas cheesetart yg akak buat... dah lebih seminggu kot ;)

      Delete
  2. hehehe. anak2 sya pun suke mkan shell tu. mcm biskut jek kan. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je... kalau buat 30 biji, 15 bj diorg mkn... last2 kena uli lagi...mana cukup belen 15 bj nk buat cheesetart makan ramai2 kan.

      Delete
  3. sedappppnya nak join je adik kecik tu gigit tart shell

    ReplyDelete
    Replies
    1. ler...ingatkn budak2 je suka makan tart shell...ehehe

      Delete
  4. salam fnf
    makan sambil tgok tv sedap nie..tgok si kecik tu gigit..kecurr..:)

    ReplyDelete
  5. Salam sis,
    menu yg masih x kesampaian hajat nak membuatnya....x tau la bila....huhuhu...

    ReplyDelete
  6. salam fnf.. uwahh!!!! nmpk sgt sedap! mmg bila letak byk2 crumble kat atas tu yg jd extra sedap tu kan..

    ReplyDelete
  7. FnF..mieza suka cistat..apa-apa jenis cistat pun mieza suka..tapi belum pernah wat cistat ni..mesti sedap !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...