Assalamualaikum... salam Jumaat buat semua...
Lusa dah nak raya...
Kari ikan |
Bagi FnF sekeluarga sambutan Syawal tahun ini sangat sederhana. Memandangkan 1 Syawal mungkin jatuh pada hari Ahad (cuti) maka kami sekeluarga akan ke Embassy untuk solat sunat Aidil Fitri. Jika 1 Syawal jatuh pada hari Isnin maka sambutan mungkin di rumah sahaja kerana Mrhubby perlu ke lab seperti hari2 biasa... tak boleh ambil cuti kali ni sebab pada hari Jumaat hingga Ahad (raya ke 6 hingga ke 8) hubby sibuk shooting robot2 mungil dengan stesen TV NHK... so robot2 mungil kena practice3x everyday...haishhh fofular seh robot2 mungil tu dah byk kali masuk TV Jepun...
Lala masak 3 rasa |
Persiapan raya??? Tahun ni FnF recycle baju raya 2 tahun lepas aje... anak2 pula tak dapat berbaju melayu sebab baju melayu anak2 tahun lepas dah tak muat...
Sayur tumis |
Pastu terasa...oh Ramadhan...please don't go... Yupp... we'll be missing Ramadhan di perantauan cos sambutan nya lebih meriah dari sambutan Syawal...
sambal goreng in the making... kalo ada kacang tanah goreng dan tempe alangkah nikmatnye... |
sambal belacan yang takde belacan... FnF ganti ikan bilis |
Iftar FnF setiap hari biasa2 sahaja... tiada pasar ramadhan untuk memenuhkan juadah berbuka di atas meja... FnF hanya sediakan juadah yang simple untuk keluarga... sering kali juga dapat berkumpul untuk iftar dan moreh beramai2... Alhamdulillah...
Juadah iftar yang FnF abadikan di entry ini antara juadah iftar terakhir di Ramadhan tahun ini... sekadar nasi putih, kari ikan, lala masak 3 rasa, sambal goreng, sayur dan sambal belacan...
Kuih seri muka pula sebagai pemanis mulut... seri muka FnF kurang berseri sebab beraya di perantauan lagi buat tahun ketiga...huhuhu...
Guna loyang springform ikut cara chef Hanieliza... panas2 lagi FnF dah keluarkan dari loose pan kes tidak sabar... |
Resepi seri muka FnF gunakan dari chef Hanieliza disini... InsyaAllah next time nak cuba resepi seri muka ibu FnF pula... tapi tu laaa... resepi mak selalu main agak2... susah seh nak main bajet2...
Kuih Seri Muka
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara2
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci (FnF guna loyang springform so abaikan je lapik plastik ni).
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Cara2
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.
Berdoa moga kita semua bertemu lagi dengan Ramadhan terindah di tahun hadapan... Amin... Di kesempatan ini FnF sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri... maaf zahir dan batin...
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci (FnF guna loyang springform so abaikan je lapik plastik ni).
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Cara2
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.
Berdoa moga kita semua bertemu lagi dengan Ramadhan terindah di tahun hadapan... Amin... Di kesempatan ini FnF sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri... maaf zahir dan batin...
FnF selamat hari raya. Harap2 raya jatuh hari Ahad ye dok? Boleh la FnF sambut. Kat Malaysia, mmg dah tetap. Nampak ke tak nampak anak bulan, mmg dah kena ikut kalendar. Tak tau la ngape camtu.
ReplyDeleteKira okay la jugak. Ada jugak sambal goreng. Rendang ayam taknak buat ke? Ketupat atau lemang bleh rebus guna plastik. Heheh.
InsyaAllah esok buat nasi impit, kuah kcg, kuah lodeh ngan rendang untuk berbuka... kira sambut raya gak le ngn Msian Chiba yg masih tertinggal di bumi chiba. jepun pun ikut msia gak kalo tak nmpk anak bulan sebab msia negara islam terdekat ;)
Deleteselamat hari raya bua fnf n family yer..maaf zahir batin jika ada tterlanjur kata akk yer..:) 0-0
ReplyDeletesalam aidilfitri maaf zahir dan batin... 0-0 ;)
DeleteAduh.. Lala masak 3 rasa yg FnF prepare tu sungguh menyelerakan lah.. anyway, you have a very interesting blog site.. I am looking forward to read more.. dengan ini ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan Aidilfitri buat FnF sekeluarga..
ReplyDeleteSalam kenal dan salam aidil fitri ;)
Deleteselamat hari raya aidilfitri fnf
ReplyDeleteSalam aidil fitri maaf zahior dan batin kak ;)
DeleteSalam Fidzah...
ReplyDeletesemuanya sedap2 ...Serimuka tu pon peberet akak..nampak lemak berkrim gitu...
Salam kak Nita... alahai. masak simple2 je kak ;)
DeleteSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat FNF sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap . Sama kita beraya di perantauan bersama rakan taulan ....moga dapat menyambut Syawal dengan ceria dan bahgia
ReplyDeleteHehe sama le kita... salam aidil fitr maaf zahir batin Mamasya ;)
DeleteMmmmm sedap tu..M suka sangat...
ReplyDeleteMasak biasa2 je M ;)
DeleteAs salam FnF,
ReplyDeleteMeriahnya gambar2 tu..pandai FnF shoot pics! Khelaaasss.... Samalah kita pun xbalik gak...
Di kesempatan ini Marya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Lebaran... Ampun maaf jika ada salah & silap...Taqabbalallahu minna wa minkum... :))
Kami first time beraya diperantauan :)
FnF salam aidilfitri mohon maaf zahir batin! Jemput beraya kat rumah. Hehe.. Kami pun recycle baju raya taun lepas. Sian gak kat bajuntu setaun mmg sekali je pakai. Hihi..
ReplyDeletesedapnya kuih seri muka fnf..pulut tu dari jepun ek??suami saya suka kueh ni..
ReplyDelete