Assalamualaikum... salam buat semua...
Apam puteri ayu resepi kak Ummi / Azita Zain nih mmg best dan lembut sangat... alahai gebusss... part kelapa ada kureng sbb kelapa kering je yang available kat Chiba... FnF dapat dalam 50 biji... kami makan berbuka puasa setakat 5-6 ketul je... selebihnya buat hidangan moreh...
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
270gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan (FnF letak 1 sudu teh esen pandan)
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara2
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Dalam dok mengukus apam... tangan ni terajin pula menguli roti... memang dah lama teringin nak buat roti John... tertunda2 disebabkan kemalasan meroti di bulan puasa ni... resepi adunan roti untuk roti John boleh refer di entry lama FnF di sini.
Cerita pasal moreh...adek2 onna bawa keropok lekor home-made satu bekas besar untuk digoreng buat hidangan moreh kami ... time2 exam adik2 menguli ikan dan tepung buat keropok lekor... sampai nih dok teringat-ingat kesedapan keropok lekor adik2 FnF... FnF pun sempat buat cekodok pisang selepas bertadarus utk menambah juadah moreh kami... no pics for keropok lekor n cekodok pisang... haishhh... yg sempat posing puteri ayu ngn roti john je...hehehe
Resepi roti John FnF refer cara Hasue di sini. mantap roti John Hasue tau. terliur tengok time puasa nih...ehehehe... FnF nye so-so je ler... janji ada rupa roti john. amek gambar pun sementara nak tunggu waktu berbuka...
Bahan2
250gm daging kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)
Cara2
Blend bawang dan bawang putih
Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
Masukkan daging kisar dan letakkan garam secukupnya hingga masak
Belah dua roti jangan sampai putus
Masukkan telor dalam daging cincang
Pukul sebentar telor+daging
Panaskan butter dlm kuali
Tuang inti atas pan mengikut sukatan roti dan telangkupkan roti di atasnya,biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti.
Terlangkupkan atas kuali
Terbalikkan roti jika telah masak dan biarkan sebentar
Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
Hiaskan dengan sos, mayonis dan sayur2an jika suka
terbaik ini.. rajin betul ye
ReplyDeleterajin nyer...
ReplyDeleteSalam kak, alahaiiii sedapnyer puteri ayu, sama kes kat sini kak, paling lemah part kelapa parut tuuu, kat sini kita tak jumpa lagi kelapa parut yg cantek2 tak tahu ler dia org ni jual kat mana, kalau kat pasar tu dia org jual kelapa parut yg jenis utk ambik santan jdnyer kelapa parutnya paham2 ajer lah campur2 dgn itam2 dia tu, mmg tak cantek sbb tu ler malas sgt nak buat puteri ayu ni :D mengidam betul nak mkn puteri ayu :D roti john akak tu pun sedapnyerrr, kita roti john suke beli kat pasar malam pernah buat 2 kali kot tp terus malas nak buat hihihi..
ReplyDeleteAssalamualaikum FnF
ReplyDeleteputeri ayu yg semmg nya ayu dn cun gitu...roti john nampak
sedap...menyelerakan bila tengok tu...hehehe.
cheq sue suka sangat puteri ayu ni, tapi so far belum pernah lagi buat sendiri... ^^ bila nak sampai serunya ni...
ReplyDeletefnf..sungguh ayu putri ayu tue..ijau epal..gebuss lg:)
ReplyDeleteSalam Fnf. nampak gebu puteri ayu itu.akkpun guna kelapa kering sbb susah nak dpt buah kelapa.tp biasa kalau kelapa kering utk kuih akk kacau dulu sg sedikit air panas, barulah kelapa dikukus sebelum digunakan utk kuih. dan roti John sudah semestinya sedap.rajin Fnf nguli roti sendiri....
ReplyDeletehahah saya penah cuba buat roti john..john omputeh ke mana, joyah melayu pon tak jadik..hahaha
ReplyDeletealahaiiiii ayunya puteri ayu tu...gebuss sungguh. Dulu sebelum puasa selalu gak buat ....tapi bulan puasa ni tak rajin la pulakkk...
ReplyDeleteuwaa.. bestnya meriah la kat sana kan. kat sini weekend je dpt kumpul. tp minggu ni dah takde org, semua dah pulang. tinggal kami je la. hukhuk.. cedih.
ReplyDeleteCntik betul...kalernya pun cantik....pendek kate kita suka kuih tu :-)
ReplyDeletebestnya fidza..dah lama sungguh tak makan puuteri ayu ni. nak buat acuan takdo,nak buat guna bekas lain nnt dah tak ayu pulak kuih tu jadinya..hehe
ReplyDeletekak yan tu dr uthm kan?
kuih puteri ayu mmg sedap kan...manis2 n terasa masin sikit kat kelapa...suka sgt masa kecik2 dulu sarapan ni..tapi skrg nk buat malas la pulak..huhu
ReplyDeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
syedapnye..
ReplyDeleteApsm ayu puteri is my fav kuih. Roti john fav anak2.
ReplyDeleteBaru beli roti john kat bazaar smlm. Nasib baik sedap...most of d time beli mmg x sedap..
Rajinya.. roti pun buat sendiri. MasyaAllah. Jelesnya la. Bila la nak rajin mcm ni.
ReplyDeletetak pernah tk pengsan kalau dtg sini, teringin nk jd terel cam fidzah
ReplyDelete