Lemang (segera jugak) dan rendang...
Kuah kacang... antara juadah santapan Perantau Chiba di malam menjelang Syawal...
Kami berkumpul, buka puasa, solat magrib dan Isyak berjemaah bersama2 di rumah FnF... yang tinggal pun 9 orang je (plus 2 org anak2 FnF)... Selesai solat isyak berjemaah kami menunggu pengumuman raya dari TV Malaysia sambil makan kuih raya. Waktu Jepun dah kul 9 lebih masa tu... dah komfirm esok raya baru lah kami bertakbir... gilir2 otoko2 Perantau Chiba bertakbir menyerlahkankan bakat2 terpendam masing2 ^_^
Juadah kuih raya di malam raya... Malaysia mari hehehe... |
Antara juadah berbuka puasa dan santapan malam raya FnF dan perantau Chiba... |
Actually hari last puasa tu befday Ilmi... so FnF sambut sekali masa jamuan kuih raya tu... kek aiskrim BR. FnF tak buat kek pun sebab Ilmi request nak eskrem BR...
Selamat ulangtahun kelahiran Irumi kun... moga menjadi anak soleh kebanggaan mama dan papa... |
BR icecream cake pilihan Irumi kun |
Pagi raya 1 Syawal kami ke Embassy Malaysia di Tokyo untuk sama2 solat Aidilfitri... 2 biji kereta je rombongan dari Chiba kali nih... terasa meriah bila jumpa ramai Msian di embassy.
Embassy Malaysia di Tokyo, Jepun |
Suasana di dalam dewan solat (otoko)... belum ramai lagi masa ni |
Antara juadah santapan di pagi 1 Syawal... mee goreng, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan sambal jawa... juga pelbagai juadah kuih raya dan kek...
Tahun ni terasa bilangan Msian yang datang beraya di Embassy sedikit jumlahnya berbanding tahun 2010 dan 2011. Almaklumlah ramai yang ambil kesempatan pulang ke tanah air sempena cuti summer.
Alhamdulillah dapat juga menyambut Aidilfitri dalam suasana yang sangat sederhana. Hari raya kedua dan seterusnya aktiviti harian FnF kembali seperti sedia kala... kecuali Ilmi masih berbaki cuti sekolah 2 minggu...
Semalam (raya kedua) walaupun tiada sambutan raya FnF masih makan nasi impit, kuah lodeh dan rendang... saja nk feel raya je... ngee... hari ni raya ketiga dah start masak nasi macam biasa...
T.a.M.a.T ...
balang kuih raya kita sama. hihi.. lamanya ilmi cuti, kat sini dah start sekolah dah. huhu..
ReplyDeleteselamt ulangtahun Ilmi! moga menjadi anak yang soleh dan berguna. Ameen..
2009-2010 saya raya kat embassy. tak jumpa kita 2010 ek. hehe..
Tahun 2010 tu tak jumpa kat embassy. kita jumpa kat rumah kak Emi ;)
Deletecop! jumpa kat rumah kak Amy kan! hihi..
ReplyDeleteHa ah la As. Jumpa di rumah Kak Emi raya kedua kan
Deleteselamat hari raya dari kami di Malaysia.. Walau segera tapi yg penting meriah..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri dari kami di Chiba. Tahun ni paling tak meriah hehehe
Deleteassalam FnF..selamat hari raya..meriah jugak sambutan raya disana kan..masak macam2 sama macam di sini.
ReplyDeleteselamat hari lahir buat ilmi
Salam Aidilfitri dr Malaysia...Wah bleh tahan meriah gak kat sana yek.
ReplyDeletesimple je kan sambutan Aidilfitri kita perantau2 ni...hehehehe
ReplyDeleteSlmt hari raya FNF.betul tu bila berkumpul ramai2 dg org Msia terasa meriah sikit beraya.samalah di sini thn ni kurang separuh yg berkumpul sbb ramai balik cuti Msia.
ReplyDeleteirumi-chan. heheh.mmg nama jepun jd irumi ke? klu rayyan jd ape plak?
ReplyDeleteRion... maksudnya singa...hehehe... sbb katakana jepun takde huruf L
DeleteSalam lebaran fidzah n family bestnyaa g embassy teringin tp tak pernah ada peluang g sn huhu, tapi lg teringin nk jmpa fidzah :)
ReplyDeleteselamat hari raya lambat saya bagi ucapan raya..hehe apapun raya tetap sebulan...selamat beraya...
ReplyDeleteselamat hari raya FnF..
ReplyDeleteSeronoknye ada pengalaman beraya di rantauan..
selamat hari raya, maaf zahir batin ye fidza..banyak nya masak.best jugak ek beraya kat taishikan.
ReplyDeletesalam lebaran..n happy birthday buat boy..
ReplyDeleteKira okay la jugek, ada jugak juadah ketupat dan lemang walaupun segera. Karipap mini pun ada. [Org pahang panggil epok2].
ReplyDeleteEskem BR tu nampak sgt sedap.
Salam Aidilfitri...
ReplyDeletemeriah juga raya di perantauan.. mcm2 xtvt & juadah yg terhidang...
selamat hari raya maaf zahir batin fnf sekeluarga
ReplyDeletemeriah jg kan,hidangan pun mcm kat Malaysia
sedap2 belaka
hb buat besday boy, sama ank sulong akak besdaynya 28 syawal he he
oop silap 28 ramadan
DeleteWalaupun jauh diperantauan tapi suasana raya tetap meriah....selamat raya!
ReplyDelete