Friday, March 2, 2012

kek kukus coklat kopi putih telur

Ini kes nak menghabiskan stok putih telur dalam esbok. FnF buat kek kukus ni untuk jamuan makan2... tinggal 3 keping je kat rumah...yg lain dah dibawa ke majlis jamuan makan2. Memang sangat sedap...lembut, gebu...rasa lemak2 santan bergabung pula dgn rasa kopi dan coklat... memang ngam dengan tekak FnF yg suka coklat dan kopi...hehe...resepi asal dari blog citarasawan di sini. FnF ubah sikitttt je dari resepi yg asal. 


Bahan2

Bahan A
450ml putih telur
300g gula pasir
1sb ovalet
1sk garam
1sk baking powder

Bahan B
250g tepung halus (FnF guna tepung kek Jepun - ayak)
50g santan serbuk

Bahan C
100ml santan pekat (kara)
1sk esen vanila
90g butter (dicairkan)

Bahan D
1 sb serbuk koko atau coklat emulco
1sk coffee emulco

Cara2
Putar putih telur hingga berbuih. kemudian masukkan semua bahan A dan pukul lagi hingga kental (merique) dengan kelajuan tinggi.
Masukkan bahan B. Kaup balik hingga rata.
Masukkan bahan C. Kaup balik hingga rata
Bahagi 3 bahagian sama banyak. 1 bahagian letak esen vanila. 1 bahagian letak sebuk koko atau coklat emulco. 1 bahagian lg letak coffee emulco. Kaup balik hingga sebati setiap bahagian
Gris dan alas loyang 4 segi 9 inci. Tuang adunan coffee. Kukus 10 minit. Kemudian tuang adunan coklat, kukus lagi 10 minit. Last sekali tuang adunan asal, tutupu loyang ngan aluminum foil, kukus 20 minit hingga masak.
Sentiasa lap tutup pengukus untuk elak air menitis atas kek.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...