Wednesday, May 9, 2012

Japanese Roll cake

Japanese roll cake merupakan kek span yang digulung bersama fresh cream dan buah-buahan pilihan (strawberi, kiwi dan peach etc) dan ianya amat popular di Jepun. Ia mudah didapati di mana2 kombini atau supa dengan harga yang murah... Di Jepun kek gulung ini dikenali sebagai roll cake manakala di sesetengah negara lain dikenali sebagai swiss roll.



Kebanyakan roll cake yang dijual di kombini / supa diragui kehalalannya kerana mengandungi nyukazai (emulsifier) yang tidak diketahui dari sumber haiwan atau tumbuhan. 



FnF guna resepi kek span feveret FnF dan menghasilkan 2 biji roll cake menggunakan loyang roll cake 24 x 24cm.

Bahan2 kek span

5 biji telur size M
140g gula
15g ovalet
140g tepung halus*
1 sk baking powder* (* diayak bersama)
1sk esen vanila
70g minyak jagung
2 sudu besar susu segar

Bahan2 krim

300ml fresh cream
3 sudu besar gula

Buah2an pilihan (FnF guna strawberi, peach dan kiwi)

Cara2

Pukul telur, gula dan ovalet hingga betul2 kembang dan gebu.

Cara FnF (sesuai jika menggunakan hand mixer) - Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga meringue, dalam bowl lain pukul kuning telur bersama gula dan ovalet hingga kembang dan gebu... kemudian satukan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan tadi.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kaup balik hingga sebati. Masukkan minyak jagung, esen vanila dan susu segar. Gaul rata.

Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang roll cake 24 x 24 cm yang telah di gris dan dialas dengan baking paper.

Bakar pada suhu 180degree C selama 12 minit sehingga masak (lightly brown). Bakar 1/2 bahagian adunan lagi - menghasilkan 2 keping kek span.

Keluarkan kek span dari loyang dan terbalikkan... Tanggalkan baking paper dari kek span. Suamkan atas wire rack. 

Alaskan kek span atas parchment paper yang baru dengan brown side disebelah atas.

Pukul fresh cream dan gula dalam mangkuk yang kering dan bersih. Pukul hingga kembang. Jgn over beat.

Potong dadu buah2an pilihan.

Sapu permukaan kek (brown side) dengan krim. Susun buah2an pilihan di atas krim. Tinggalkan 1 inci di kedua2 hujung kek tanpa buah.

Gulung kek menggunakan parchment paper (macam buat sushi roll)

Sejukkan dalam peti ais.

Potong menggunakan pisau yang telah dicelup dalam air panas dan dilap kering. Ulang teknik ini setiap kali memotong untuk dapat potongan yang cantik.


16 comments:

  1. wah sgt comeii...nmpk lembut sgt tu...gulungan pon cantik...sedap

    ReplyDelete
  2. kek kt nihon mmg best kan....kalo kombini tuh sure rambang mata...kite mmg rindu sgt222 nak2 castella...waaduhhhhh lepas pantang sure nk balas dendam balik buat ni ehhee..cantik gulungan akak...

    ReplyDelete
  3. wah...sngt sedap didlm itu ada buah buahan....
    terasa sdap je kat tekak bila mknnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... Rollcake ada buah2an mmg best kan.

      Delete
  4. QH & sabar dubai... saya gulung cam wat sushi roll tu...Alhamdulillah senang nak gulung.

    ReplyDelete
  5. Memang dah lama teringin nak buat japenese roll cake ni.. ade yg panggil taiwan roll cake.. elizabeth roll ke aper nama dia.. tak pasti lagi.. tks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Elizabeth roll pun ada gak ye...Kak Rima selalu travel mesti tahu byk nama2 kek yg pelik2 kan ;)

      Delete
  6. Cantiknya kek gulung ni..suka tengok..

    ReplyDelete
  7. SAlam my dear.. huaaa inilah yang sedap! i like,...:))) ada resipe nanti nak cuba bolehkan??? nampak menarik, sedap dan huaaaaa... nak semuaaaaaa..:)) psst boleh ke?? cakap berbisik ni heheheh

    ReplyDelete
  8. Salam FnF,
    Nampak sungguh cantik dan lembut, kalau dapat sepotong alangkah bahagianya...

    ReplyDelete
  9. cantikk!! suka tgk tang buah2 kat dlm tu. tun dh lama teringin nk buat, tp xterbuat2 lagi. huhu

    ReplyDelete
  10. Suka sgt kek2 yg bergulung mcm ni, tp tgn ku keras kejong...huhu...tak berani buat.
    Cantik la gulungan FnF tu...

    ReplyDelete
  11. Dah lama bangat tak buat swiss roll... tengok FnF punya, rasa terajak pulak nak buat.... Tapi, ntah bila agaknya ya...

    ReplyDelete
  12. yg best buah2 fresh kt dalam tue..dh lama berangan nk buat swiss roll..tggu masa jer nie..:)nampak gebu jew..:)

    ReplyDelete
  13. salam FnF..tq mai visit dapur akak..waahh kt sini pun menu hebat2..i loikke! swissroll x pernah berani akak cuba sbb ngeri takut x jd gulungan tu..hehe!

    ReplyDelete
  14. kek yang sedapppp!!!! sangat!! confirm nak cuba! tq dear!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...