Wednesday, September 18, 2013

Femes ames kukis feveret FnF sekeluarga

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Aduhaiii...rindunya FnF nak baking2... dah kerja ni memang tak menang tangan dibuatnya... lagi pula baby Nur Adhwa Azzalea masih menyusu badan sepenuhnya... FnF bangun seawal jam 5.30 pagi untuk buat stok ebm, sebelum tido malam pun kena pam susu juga... kat ofis memang wajib la kan... kiranya satu hari FnF perlu sediakan stok lebih kurang 15oz untuk keperluan Nur Adhwa di taska... Alhamdulillah, syukur masih mampu memberikan khasiat terbaik buat si manja Adhwa... ujian nya bukan sedikit... syukur juga dikurniakan suami yang sangat sangat sangat memahami... sentiasa membantu dan memberi sokongan... thanks so much my darling... kisses n hugss...


Amboi3... ngeee... 

Tuko topic... okeh jom cuba resepi chocolate chip cookies sis Rima yang sangat sedap nih... Resepi dari sini...

Bahan2

250g butter
200g brown sugar
1/2sk coffee oil
1 biji telur
1sk vanilla extract
1/4 cawan nestum, kisar kasar atau ramas
1/4 cawan almond nibs, kisar kasar atau ramas
1/2 cawan hazelnut dipanggang, dan dicincang halus
1 cawan chocolate chips atau chocolate chunks (FnF letak coklat chip)
300g tepung naik sendiri (FnF guna plain flour + 1/2 sk baking powder)

Cara2

Pukul telur + vanilla extract + coffee oil, rehatkan sekurang2nya 2 jam.
Panas kan oven pada suhu 160 degree C.
Lembutkan butter, masukkan gula, pukul butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur tadi, diikuti nestum, almond dan hazelnut yang telah dicincang kasar.
Masukkan tepung. Gaul rata... 
Gunakan sudu dan letakkan 1 sudu kecil adunan ke dalam loyang yang telah digris.
Jarak2kan adunan sebab ia akan mengembang bila dibakar
Bakar 15 ke 20 minit sehingga masak.
Biskut akan lembut sedikit selepas dibakar dan akan mengeras bila dah sejuk.


Actually kan... FnF buat dua versi... sebab anak2 FnF, Ilmi dan Rayyan suka yang versi coklat... untuk chocolate chips kukis versi coklat FnF guna resepi Chef Amer di sini... dah ramai yang cuba... memang sedap dan rangup...



Bahan2

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur

Bahan Diayak

300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

Bahan Lain

60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats (FnF ganti dengan nestum)
250 gm cip coklat

Cara2

Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.
Gaulkan hingga sebati dan rata.
Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.


Selamat mencuba... ;)


15 comments:

  1. Anak2 sy mmg suka kukis ni...x pnah mis buat bila raya...tp resepi lain...nnti nak try yg resepi ni plak...share ye...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc... sila2... saya pun suka gak try resepi2 choc chip kukis yg lain... semer sedap2 n rangup2 belaka ;)

      Delete
  2. wah sedapnya.. tapi coffee oil tu macam tak penah jumpa je kat sini huhuhu

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Fnf

    kalau kukis pasti anak2 sukakan
    Fnf dah mula kerja mmg busy kan...tambah dg baby...moga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. baru berangan nak buat choc chip cookies ... tapi malasnya yg amat ;-)

    ReplyDelete
  5. sedapnya nmpak kukis tu..smlm ada buat pnat bater kukis...tp sbb byk sgt derhaka ...tak jadi rangup..hahahah

    ReplyDelete
  6. suka.. suka.. suka.. baru aje drop by kat Phong Hong Bakes., pun ada choc chip gak.. ada lagi tak..? nak mintak sikit..

    ReplyDelete
  7. I prefer hok kuning. Heheh. Sebab tgk ingredients nya lai sedap.

    15 oz utk adhwa? Luth hanya setakat ni hanya 12oz je. Tapi rasa macam nak kena tambah jadi 16 kot.

    ReplyDelete
  8. Oishii sou...terlioq ok
    Rajinnnn tera dok keja ader bb still blh baking bagai

    ReplyDelete
  9. fav akak juga nih....rajin sungguh dok buat 2 version walaupon sibuk dgn baby.......

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Memang sedap biskut ni..anak2 tak berhenti makan :-):-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...