Saturday, May 5, 2012

Bentou nasi goreng pattaya spongebob

Assalamualaikum...selamat hujung minggu...

Kaum2 ibu bangsa Jepun tersangatlah kreatif dalam seni menbuat bentou menyebabkan FnF turut tertarik untuk cuba2 untuk bentou Ilmi...kira slow2 baru masuk gear 1 nih sebenarnya... Biasanya makanan disusun rapat2 dalam bentou box agar susun atur makanan tidak berubah sehinggalah tiba waktu makan. Di Jepun bentou tools amat mudah diperolehi dan harganya sangat murah... onigiri cutter, sandwic cutter, bentou box, bentou cup, bentou bottle for kechup and sauce even bentou picks (pencucuk makanan) semuanya sangat comel dengan pelbagai design dan tema.... comel sangat tengok onigiri dan sandwic cutter berbentuk burung, rabbit, kereta dan macam2 design lagi...

Sila sengetkan kepala anda untuk melihat gambar ini ;)
Actually bentou nasi goreng pattaya nih FnF buat on last day sekolah Ilmi before cuti golden week. Since menu lunch sekolah on that day nasi goreng so FnF pun bekalkan nasi goreng, ayam merah ala2 paprik tapi tak letak sayur sbb Ilmi tak makan, dan udang tempura 2 ekor. Buah nye pula pisang 2 potong. FnF guna putih telur untuk mata spongebob, sosej untuk tie dan seaweed untuk mulut, mata dan bulu mata... guna mayonis untuk lekatkan...sempoi aje sebenarnya...


Actually FnF just stay in Chiba during golden week holiday... specialnya golden week tahun ini kami dikunjungi oleh teman2 dari Yamagata (utara Chiba - 4 jam perjalanan) dan Nara (Selatan Chiba - 9 jam perjalanan) ... Sahabat dari Yamagata... Asmara sekeluarga bersama ibu bapa As dari Malaysia (Muar) yg bercuti2 Tokyo...terima kasih kerana sudi singgah ke teratak FnF walaupun schedule cuti2 Tokyo mereka sgt padat... terharu kami... Dari Nara... Aini sekeluarga dan Liyana serta suaminya Zul yang bercuti 4 hari until tomorrow di Chiba... gembira sangat atas kunjungan teman2 ke teratak sempit FnF di Chiba... 


Sebelum berundur FnF mohon maaf buat rakan2 maya kerana belum sempat buat kunjungan balas ke rumah maya kalian...will visit back after golden week... InsyaAllah ;)

6 comments:

  1. mmg kreatif, tak sampai hati pulak nk mkn sponge bob tu....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruja tgk bentou2 org jepun yg comel2...;)

      Delete
  2. FnF..wahhh cantik sesangat nasi goreng tu..sooo kreatif! nak makan pun sayang wooooo..tak sanggup! rasa nak simpan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat cite spongebob...sayang nk makan burger sampai berulat spongebob simpan burger tuh...hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...