Thursday, April 18, 2013

chocolate mousse cake dan juadah soubetsukai 2013

Assalamualaikum... salam buat semua... Alhamdulillah MrsFnF telah selamat melahirkan puteri comel Nur Adhwa Azzalea pada 3 April yg lalu. Both mommy n baby sihat...



Entry tertunggak lama giler... Huhu...Kek ni FnF buat special for our soubetsukai 2013 dinner...penghujung February kalo x silap...



FnF hanya sediakan 2 juadah desserts... chocolate mousse cake & apple crumble pie...


Here is the recipe...

Bahan2 kek span coklat

10 bj kuning telur
5bj putih telur
100g gula halus
80g tepung halus (FnF guna tepung kek jepun yang sangat halus)
20g tepung jagung
30g cocoa powder
15g ovalet
130g butter cair atau minyak jagung
1/2 sk baking powder

Cara2

Pukul gula, telur, ovalet sehingga gebu dan kental ( FnF pukul asingkan putih dan kuning telur...pukul putih telur hingga merigue...ovalet, gula, pukul sekali ngn kuning telur...then baru satukan)

Ayak tepung, tepung jagung, coco powder dan baking powder. Kaup balik campuran tepung ke dalam batter sehingga sebati.

Masukkan butter cair atau minyak jagung, adun sebati.

Masukkan adunan ini di dalam loyang 9 inci… bakar selama 30 minit atau hingga masak pada suhu 175C. Sejukkan dan potong mendatar 3 bahagian.


Chocolate Mousse (resepi asal dari blog masam manis disini)

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin
30 ml air
120 gm coklat gelap

Cara2

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
Kemudian panaskan dengan kaedah doube boil hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boil juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.

Ganache Coklat
200 ml fresh cream
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla

Cara2


Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter dan esen vanilla.
gau rata.


Cara Assemble

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras.



Juadah2 lain untuk menu soubetsukai kami semuanya disediakan oleh adik2 FnF... hebat kan mereka ;)


kek pelangi ala-ala ombre cake... berbakat kan adik2 FnF...



Nasi baryani, acar dan stew daging ala singapore... popiah...


Ayam golek pun ada... rasa dia macam ayam tandori pun ada gak...


oreo cheese cupcake yang best... siap topping dengan oreo cookies...


Mana satu abang, mana satu adik nih...


yang ni adik...


FnF kids ... ilmi ridwan dan ilmi rayyan... 



Friday, March 15, 2013

Apple crumble pie... Peach crumble cheese pie...

Assalamualaikum... salam Jumaat buat semua...


FnF amat menggemari apple crumble pie resepi dari kak Rima... resepinya mudah... namun hasilnya... memang puas hati...


FnF buat 2 versi... guna pie mould bulat dan juga empat segi panjang... of course le untuk makan beramai2 dengan geng2 Chiba...



Bahan2 pie crust

190g tepung gandum
40g gula
1/4 sk garam
120g butter
1 bj kuning telur

Filling

5 bj epal hijau (kupas kulit, potong dadu)
2 sb butter
100g gula 
40g kismis
1/2sk cinnamon powder
2 sb tepung gandum

crumble

150g tepung gandum
40g gula
1/4 sk garam
75g butter

Cara2 Pie crust

Masukkan tepung, gula, garam. Gaul dengan butter sampai jadi serbuk
masukkan kuning telur, uli hingga jdi doh.
Sejukkan dalam peti ais.

Filling

Cairkan butter dan gula dalam pan...guna api sederhana.
Masukkan epal yang telah dipotong dadu tadi
Masukkan juga kismis
Masak atas api sederhana hingga lembut
Masukkan cinnamon powder dan tepung.
masak hingga sebati. Sejukkan.

Crumble

Gaulkan tepung, gula dan garam bersama butter sehingga menjadi serbuk crumble.

Apple crumble Pie

Gelek doh dan tekan ke dalam acuan pie. Trim dan kemaskan sisi pie .
Masukkan filling epal dan tabur crumble di atasnya.
Bakar pada suhu 180degreeC selama 25 ke 30 minit.



Selain tu ada kerajinan juga FnF buat peach crumble cheese pie... boleh resepi resepi disini...




Wednesday, February 20, 2013

Jom belajar main ski

Musim sejuk kali ni paling bermakna buat Ilmi sebab for the first time Ilmi dibenarkan main ski... iaitu pada usia dia 7 tahun... winter vacation sebelum ni dapat main sledge je dua beradik tuuuu... rasa menyesal pulak tak ajar dia main dari awal menetap disini... tengok le aksi Ilmi di ajar oleh instructor tak bertauliah... hehehe... 


instructor tu main snowboard pun asyik jatuh tergolek... ngeee... 


Mama...jom buat snowman...

snowman.... in the making...


Yatta... dah siap... percaya ke adek yang buat tuuuu...


kepulangan snowboarder... ahaks...


We all main snow dari pukul 12 tgh hari... dan pulang ke hotel jam 9 malam... whoaaaa... 







Sunday, February 17, 2013

Mt Naeba Ski Resort - winter holiday II... dan kuih bakar pandan

Assalamualaikum wbth... salam sejahtera dan salam rindu buat semua...


Lama nya FnF tak bersiaran... hmmmm... super busy semenjak beberapa minggu ni... baru ni nak update sambungan winter holiday FnF end of year 2012... 

Winter holiday II
Lokasi: Mt. Naeba Ski Resort, Niigata
Tarikh: 28-30hb Dec 2012

Info boleh rujuk di sini...


Cuti2 Geng Chibadai bersempena tahun baru... lokasi kami kali ini di kawasan pergunungan kira-kira 3 jam perjalanan ke utara Chiba. Aktiviti wajib kami tentulah bermain snowboard / ski... Anak2 FnF pula sampai je hotel terus main sledge... tak sempat nak salin baju dulu...


Tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam... dan kereta-kereta sebelum dan selepas melalui proses snow-wash... lembut seh snow kat kawasan pergunungan ni...


tak sah ler kalo takde snowman kan... 


Shock jugak le dua beradik ni jumpa snow kan setelah setahun x main... Adek tu mula2 jumpa salji tak nk pakai glove... Tak puas pegang snow bila pakai glove tebal...


Akibatnye... dua kali kena frost bite... Nangessss... Alhamdulillah sekarang dah tau kena pakai glove bila nk main snow... Takde masalah frost bite lagi...


Sliding... yeahhh...


FnF sempat mendaki gunung Naeba tau... ngan gondola ler tapi nye... hehehe... memang cantik sangat pemandangan dari atas gunung... tak boleh digambarkan dengan kamera FnF ni... tapi sejuk nye ya amatttt... sekejap je kami kat atas... terus turun balik... ngan gondola ler jugak... Makyung takkan nak meluncur kottt... ngeeee...seram je bunyiknye... Bagi snowboarders / skiers tegar haruslaaa turun meluncur kan... 30 minit je adik2 FnF meluncur dengan ketinggian gunung hampir 2000m... hebat kan...  



Untuk kudap2an kami... alaaa... FnF buat yang simple2 jer... eggless yogurt chocolate moist cake... resepi dah pernah dikongsikan kat sini... yang ni takde topping pun... leceh le nak masuk bentou box melekit2 ngan topping tu nanti...


Juga kuih bakar pandan resepi dari blog popular... Dapur tanpa Sempadan... memang best resepi CMG ni... cuma versi FnF colour dia kurang menyerlah... agak pucat... kurang hijau gitu... huhu.. tapi rasa dia memang kena ngan tekak FnF... 


FnF kongsikan resepi kuih bakar pandan disini pula ye... 

Bahan2

2 cawan tepung gandum

3 biji telur gred A
600 ml pati santan dari 1 biji kelapa (atau guna santan kotak)
250 ml jus pandan (250 ml air kisar dengan 4-5 helai daun pandan tua)
1 cawan gula
1/4 camca teh pewarna hijau
1/4 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, cair dan sejukkan
Bijan secukupnya, untuk ditabur

Cara2

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar tinggi lebih sedikit dari ukuran tin. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan, kacau sebati dengan whisk atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan. Tapis dan tuang dalam tin tadi.
Tabur bijan rata2 atasnya dan bakar selama 40 - 50 minit atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan yang berkerak, tukar fungsi oven pada api grill dan bakar 5 minit lagi. Sejukkan kuih sebentar sebelum dikeluarkan dari tin.
Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.


Suasana malam di kaki gunung Naeba.... yang tinggi tu Naeba Prince Hotel & Resort... 5 star... betul2 bawah kaki gunung... 


Thursday, January 31, 2013

supermoist eggless chocolate cake with cheese & chocolate mousse... dan pohon persimmon...

Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua...

Ohhhh... semakin liat nak update blog skrg... supermoist eggless chocolate cake with cheese & chocolate mousse... dah lamapun FnF buat... 


dari musim buah persimmon lagi... skrg dah habis musim... diganti musim buah strawberi... aduhaiii...

Persimmon, peach dan budou...
Bercakap pasal persimmon... ini le rupa pokoknye... berbuah lebat dan masak ranum semasa musim luruh... tengok gambar yang MrFnF ambil ni... 


masa ni daun2 pokok persimmon semua dah luruh... hanya ada buahnye yang menguning dan masak ranum...


Okeh... patah balik ke kisah kek autumn FnF nih... terpesona dengan keindahan deco kek Juwita... berbakat sungguh... leh tgk sini hasil seni beliau... tq juwita for sharing the recipe... resepi asal eggless moist choc cake dari dapurku sayang @ dayangjack disini... Act FnF dah pernah buat kek ni beberapa kali... antaranya kat sini untuk versi bakar layer ngn cream cheese... sangat mudah dan kompem jadik punye... hehe... kali ni FnF buat versi kukus pula... 


Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara2

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Bahan Lapisan Keju

250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air

Cara2


Panaskan air dalam periuk pengukus.
Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan. Kukus lagi selama 15 minit.
Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap 
(FnF tutup loyang dgn aluminum foil).
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.

Chocolate mousse

200 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas

Cara2

Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.

Cara meletakkan chocolate mousse

Setelah kek siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam (guna loyang yang boleh dibuka dari bawah)

Ganache

200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji - FnF guna 4 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- optional
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah, FnF tak letak

cara2

Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup (jika perlu)

setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.

Cara menghias

Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.
Jika nak lorek2 dgn garfu, tunggu ganache pekat sedikit baru tuang atas kek...  biar seketika hingga ganache keras sedikit baru dilorek dgn garfu yg dicelup ngn air panas dan dilap kering.


Psstttt...  

simple kan menu famili FnF... asam pedas daging + tulang + tetel feveret MrFnF... sbb anak2 tak makan asam pedas, FnF buat sayur lemak kacang pnjg + nanas + udang... 
Now at 30weeks of pregnancy, MrsFnF dah tak serajin zaman2 berbadan ringan... tak larat... lenguh pinggang dan kaki nak berdiri lama2... masak pun simple2 aje... sekadar satu hidangan lauk, satu hidangan sayur... takde nye bersusun 4-5 jenis lauk atas meja... makan di luar? hmmmm... tak berapa reti nak cari hidangan halal disini... T.a.M.a.T...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...