Sunday, September 2, 2012

Chocolate mousse cake

Assalamualaikum... salam rindu buat semua...


Lamanya FnF menyepi... Actually FnF baru je balik cuti2 raya selama 5 hari 4 malam di Nara-Osaka-Kobe-Kyoto-Nagoya... penat travel tak habis lagi...huhu... esok Ilmi akan start masuk sekolah semula setelah puas bercuti selama 6 minggu (cuti musim panas). 


Cuti2 raya bukanlah the main reason FnF menyepikan diri... 


Since seminggu sebelum raya lagi MrsFnF dah mula tak sihat... morning sickness... Alhamdulillah tahun ni dapat puasa penuh... keadaan sekarang yang selalu pedih ulu hati, angin, loya, pening kepala dan tak tahan bau2an... bau sabun mandi-sabun basuh kain pun dah pening... apatah lagi bau hanyir ikan-ayam-daging... tumis-menumis semer... haishh... hidup diperantauan... tak masak tak makan le kan... makanan diluar sgt terhad yang halal... jadinye kena laa masak juga... setakat yang termampu je laaa...


Chocolate mousse cake... dah lama buat baru nak share kat sini... Utk mkn2 sekeluarga aje. Gabungan resepi dari Kak Rima di sini dan di sini.



Bahan2 Kek coklat

5 biji telur
75g gula
1/2 sudu besar ovalet
70g tepung kek
30g serbuk koko
40g coklat masakan hitam
50g mentega-cairkan

Cara2

Panaskan oven 170degree C
Caikan mentega. Masukkan coklat masakan yang telah dicincang kasar kedalam mentega cair. kacau hingga sebati. Ketepikan
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalet. Pukul hingga gebu.
Ayak tepung dan serbuk koko...(FnF masukkan 1/4 sudu kecil baking powder, ayak sekali)...masukkan ke dalam batter...kaup balik hingga sebati.
Akhir sekali masukkan coklat masakan yang dilarutkan dengan butter cair tadi. kaup balik sebati.
Bakar dalam loyang 18cm selama 30minit (hingga masak). 
Sejukkan dan potong 2 mendatar.

Nota: FnF asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga maringue. Then, kaup balik kedalam adunan kuning telur dan ovalet yg telah dipukul kembang.

Bahan2 mousse coklat

70g fresh cream
100g dark chocolate (FnF guna dark chocolate Meiji)
150g fresh cream tawar
1 sudu besar gula
4g gelatin (larutkan dengan 30ml air panas)

Cara2

Larutkan gelatin dengan air panas. ketepikan.
Pukul kental 150g freash cream dengan 1 sudu besar gula. ketepikan. 
Panaskan 70g fresh cream secara double boil. Masukkan dark chocolate. Kacau sehingga semua chocolate cair dan sebati dengan fream cream. Masukkan gelatin tadi.
Masukkan adunan coklat ini ke dalam fresh cream yang dah dipukul kental tadi. kacau sebati.


Bahan2 Sirap kopi


1 sk nescafe
1 sb gula
70g air panas - larutkan nescafe bersama gula

Chocolate Ganache


200ml fresh cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu besar golden syrup (FnF lebihkan)

Cara2

Double boil fresh cream jangan sampai mendidih, masukkan coklat masakan, kacau rata.
Tambahkan golden syrup 
Kacau rata
Angkat dan sejukkan
Biar ia likat sedikit ala2 susu pekat manis

Cara melapis kek

Sediakan loose pan yang ngam2 sama size ngn kek
Letak sekeping kek coklat tadi.

Sapu sirap kopi rata-rata atas kek. Kemudian tuang mousse ke atas kek yang dah disapu sirap kopi tadi.
letak sekeping kek lagi. Sapu sirap kopi.

Simpan dalam peti ais selama 4 jam sehingga mousse mengeras.
Keluarkan dari loose pan. 
Curahkan ganache coklat ke atas kek.
Sedia untuk dihidangkan. Potong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap kering untuk mendapat potongan yang cantik. 



Saturday, September 1, 2012

Kereta Bomba Jepun

Seminggu selepas raya barulah FnF ade masa untuk berjalan. Sebelum nie (25-26/8) Mr FnF asyik busy dengan demonstration kat NHK. Sabtu ahad pun kene buat demonstration. Demonstration ini di buat kat NHK rescue park kat shibuya. Ade pelbagai attraction especially dari bomba dan ambulan.

Nie kete bomba yg boleh tiup angin. Kuat sangat....



Keter bomba yang lain tak ambil gambar... tak unik. Semua negara ada. Ramai kanak2 yg datang. Pelbagai aktiviti yg boleh mereka buat. Antaranya ialah spray air guna hose dari kereta bomba... dan main pelampong besar nie...



dan main guli turun papan .... dll...



Oh ya. Ade satu lg kenderaan bomba yg menarik. Lori bertukar menjadi base station. Lori ini boleh kembangkan sisi dia agar jd lebih besar...



Selesai projek demo di NHK keesokan harinya kami bergerak ke Nara... cuti2 raya di perantauan... (Bersambung Hehehe)

Tuesday, August 21, 2012

Sambutan Syawal Perantau Chiba

Ketupat (segera)... kuah lodeh...



Lemang (segera jugak) dan rendang...



Kuah kacang...  antara juadah santapan Perantau Chiba di malam menjelang Syawal... 


Kami berkumpul, buka puasa, solat magrib dan Isyak berjemaah bersama2 di rumah FnF... yang tinggal pun 9 orang je (plus 2 org anak2 FnF)... Selesai solat isyak berjemaah kami menunggu pengumuman raya dari TV Malaysia sambil makan kuih raya. Waktu Jepun dah kul 9 lebih masa tu... dah komfirm esok raya baru lah kami bertakbir... gilir2 otoko2 Perantau Chiba bertakbir menyerlahkankan bakat2 terpendam masing2 ^_^

Juadah kuih raya di malam raya... Malaysia mari hehehe...
Antara juadah berbuka puasa dan santapan malam raya FnF dan perantau Chiba...
Actually hari last puasa tu befday Ilmi... so FnF sambut sekali masa jamuan kuih raya tu... kek aiskrim BR. FnF tak buat kek pun sebab Ilmi request nak eskrem BR...

Selamat ulangtahun kelahiran Irumi kun... moga menjadi anak soleh kebanggaan mama dan papa...
BR icecream cake pilihan Irumi kun
Pagi raya 1 Syawal kami ke Embassy Malaysia di Tokyo untuk sama2 solat Aidilfitri... 2 biji kereta je rombongan dari Chiba kali nih... terasa meriah bila jumpa ramai Msian di embassy.

Embassy Malaysia di Tokyo, Jepun
Suasana di dalam dewan solat (otoko)... belum ramai lagi masa ni

Antara juadah santapan di pagi 1 Syawal... mee goreng, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan sambal jawa... juga pelbagai juadah kuih raya dan kek... 


Tahun ni terasa bilangan Msian yang datang beraya di Embassy sedikit jumlahnya berbanding tahun 2010 dan 2011. Almaklumlah ramai yang ambil kesempatan pulang ke tanah air sempena cuti summer.


Alhamdulillah dapat juga menyambut Aidilfitri dalam suasana yang sangat sederhana. Hari raya kedua dan seterusnya aktiviti harian FnF kembali seperti sedia kala... kecuali Ilmi masih berbaki cuti sekolah 2 minggu...


Semalam (raya kedua) walaupun tiada sambutan raya FnF masih makan nasi impit, kuah lodeh dan  rendang... saja nk feel raya je... ngee... hari ni raya ketiga dah start masak nasi macam biasa... 
T.a.M.a.T ... 

Friday, August 17, 2012

BerSeri muka di penghujung Ramadhan ^_^

Assalamualaikum... salam Jumaat buat semua...

Lusa dah nak raya... 

Kari ikan
Bagi FnF sekeluarga sambutan Syawal tahun ini sangat sederhana. Memandangkan 1 Syawal mungkin jatuh pada hari Ahad (cuti) maka kami sekeluarga akan ke Embassy untuk solat sunat Aidil Fitri. Jika 1 Syawal jatuh pada hari Isnin maka sambutan mungkin di rumah sahaja kerana Mrhubby perlu ke lab seperti hari2 biasa...  tak boleh ambil cuti kali ni sebab pada hari Jumaat hingga Ahad (raya ke 6  hingga ke 8) hubby sibuk shooting robot2 mungil dengan stesen TV NHK... so robot2 mungil kena practice3x everyday...haishhh fofular seh robot2 mungil tu dah byk kali masuk TV Jepun...

Lala masak 3 rasa
Persiapan raya??? Tahun ni FnF recycle baju raya 2 tahun lepas aje... anak2 pula tak dapat berbaju melayu sebab baju melayu anak2 tahun lepas dah tak muat... 

Sayur tumis
Pastu terasa...oh Ramadhan...please don't go... Yupp... we'll be missing Ramadhan di perantauan cos sambutan nya lebih meriah dari sambutan Syawal... 


sambal goreng in the making... kalo ada kacang tanah goreng dan tempe alangkah nikmatnye...
sambal belacan yang takde belacan... FnF ganti ikan bilis
Iftar FnF setiap  hari biasa2 sahaja... tiada pasar ramadhan untuk memenuhkan juadah berbuka di atas meja... FnF hanya sediakan juadah yang simple untuk keluarga... sering kali juga dapat berkumpul untuk iftar dan moreh beramai2... Alhamdulillah... 



Juadah iftar yang FnF abadikan di entry ini antara juadah iftar terakhir di Ramadhan tahun ini... sekadar nasi putih, kari ikan, lala masak 3 rasa, sambal goreng, sayur dan sambal belacan... 


Kuih seri muka pula sebagai pemanis mulut... seri muka FnF kurang berseri sebab beraya di perantauan lagi buat tahun ketiga...huhuhu... 

Guna loyang springform ikut cara chef Hanieliza... panas2 lagi FnF dah keluarkan  dari loose pan kes tidak sabar...
Resepi seri muka FnF gunakan dari chef Hanieliza disini... InsyaAllah next time nak cuba resepi seri muka ibu FnF pula... tapi tu laaa... resepi mak selalu main agak2... susah seh nak main bajet2... 

Kuih Seri Muka

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara2

Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci (FnF guna loyang springform so abaikan je lapik plastik ni).
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara2
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.

Berdoa moga kita semua bertemu lagi dengan Ramadhan terindah di tahun hadapan... Amin... Di kesempatan ini FnF sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri... maaf zahir dan batin...  

Monday, August 13, 2012

Projek iftar otoko2... nasi kerabu ayam percik

Assalamualaikum... salam buat semua...

Sekejap je dah nak penghujung Ramadhan... kami di Chiba, semangat Ramadhan masih kuat... sedih pula bila terkenangkan Syawal yang bakal tiba nanti... pasti akan merindui suasana Ramadhan... paling sedey kena beraya di perantauan... sob3x... hwaaaa T_T



Iftar kali ni di taja oleh otoko2 geng Chibadai... nasi kerabu ayam percik. Terbaek dari ladang... maka complete lah giliran masak2 iftar Msian Chibarian. kali ni kami berkumpul di masjid Chiba untuk iftar...


Kami makan dalam talam... haaaa... sejibik macam berbuka puasa di masjid kat Msia kan... Actually masjid Chiba ni kecil je. Komuniti muslim Chibadai sewa rumah kedai berhadapan Chiba University dan membayar 3000yen  seorang untuk memudahkan aktiviti2 keagamaan especially solat jumaat. Untuk menampung sewa bulanan yang mahal masjid kecil ini turut menjual stok makanan halal seperti ayam, daging, kambing dan rempah ratus. 


Jom layan adik2 FnF menjamu selera dengan group talam masing-masing... 



group talam 1
Group talam 2
Group talam 3
Group talam 4
Group talam 5
Group talam 6

FnF takde dalam group talam di atas... sebab kami makan dalam talam spesel...hehehe... T.A.M.A.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...