Thursday, July 26, 2012

karipap dan puding kastad berkuah koktel... hidangan moreh

Assalamualaikum ... salam sejahtera semua...

Karipap dan puding kastad berkuah koktel ni menu iftar dan moreh hari kedua puasa sebenarnya... haishhh...berzaman dah baru nak update sebab kena tunggu turn... ngeee...


Ramadhan diperantauan sama juga seperti di Malaysia... kami gunakan waktu malam untuk bertadarus, solat Isyak dan berterawih berjemaah... kaum muslimin yang berkelapangan akan ke surau Chiba berhadapan Chiba University... solat sunat terawih di surau Chiba akan habiskan 1 juzuk Al-Quran setiap malam. Maka tamat Ramadhan khatamlah 30 juzuk Al-Quran di Surau Chiba. Malam sebelum raya akan diadakan majlis khatam Al-quran yang serba ringkas.


Selepas Iftar hari kedua tempoh hari, FnF sediakan juadah moreh untuk rakan2 Malaysia yang solat terawih di Surau. muslimah pula solat Isyak, terawih dan bertadarus berjemaah di rumah FnF. FnF sempat sediakan juadah kuih karipap dan puding koktel berkuah... ada juga bubur kacang hijau disediakan oleh sahabat FnF (Kak Yan)... seperiuk bubur kacang hijau untuk kami moreh malam tu beserta hidangan sampingan yang FnF sediakan. Memang meriah...


Majlis moreh bermula lebih kurang jam 10.30 malam... kekenyangan especially juadah bubur kacang hijau Kak Yan yang sangat sedap sampai tak sempat amek gambar...ngeee... bangun sahur jam 2.30 pagi pun masih kenyang... Pukul 3 pagi dah masuk waktu Subuh di musim panas ni.


Resepi karipap dari myresipi disini... FnF tulis disini untuk rujukan FnF dikemudian hari... terima kasih nasuha 1523 di atas perkongsian resepi.

Bahan-bahan ( 50 biji ) Doh Karipap 

500 g tepung gandum - diayak
½ sb garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin - FnF guna 100g terus ;)
1 biji telur
½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz.
250 ml air (anggaran je - stop letak air jika dah dapat doh yang lembut)
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara2 doh

Masukkan tepung dalam mangkuk.
Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mgkt jenis tepung. Rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sudu besar inti .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

p/s - FnF kelim guna karipap mould ye... nak cepat siap...ngeee


Bahan Inti 

500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Cara2 Inti 

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Puding koktel berkuah memang le feveret FnF di musim panas... tambahan lagi bulan puasa... sejuk dan nyaman menikmati puding koktel ni ketika iftar. Tak boleh makan banyak sebab tinggi kandungan gula... so FnF buat untuk moreh... makan ramai2... 


Bahan2 Puding kastad

1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1 cawan santan (FnF ganti susu segar)
4 cawan air

Bahan2 Kuah kastad (FnF guna resepi dari kak Nor secubit garam disini)

500ml susu segar atau 1 tin susu cair
6 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
1sk esen vanila

1 tin buah2an koktel
1 tin nanas dalam tin
1 tin nata de coco (FnF tak letak)

Cara2 Kastad

Masukkan bahan kastad dalam periuk... kacau sebati.
Masak hingga likat dan pekat.
Masukkan dalam loyang dan sejukkan
Simpan dalam peti ais

Cara2 Kuah kastad

Masukkan susu, gula dan tepung kastad dalam periuk... gaul sebati
Panaskan sehingga gula hancur dan kuah likat sikit.
Sejukkan

Dalam bowl besar satukan kuah kastad, buah2an koktel, nanas kiub dan nata de coco.
Masukkan sekali air di dalam tin buahan koktel dan nanas.
Gaul sebati dan sejukkan.
Masa nak hidang barulah dipotong puding kastad dan masukkan sekali dalam bowl besar tadi (kalau masukkan awal puding kastad takut hancur lak...







13 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  2. salam kenal..nampak segar kan...nak karipap boleh?heee

    ReplyDelete
  3. Salam kak!! eeeee....kita yg tak pose ni pun nmpk koktel termengidam sudah, kita suke koktel2 gini tp guna fresh fruits lagi best sbb koktel yg dlm tin tu tak serupa mcm dlm gmbr luar tin dlmnya ehehe... karipap buat byk2 frozenkan, kita tgh malas nak mengelim kikiki... tp nk mkn karipap, mcm mana ya?

    ReplyDelete
  4. mmg best, kecuk dah ni!

    ReplyDelete
  5. rajin betul dia. teringin nak buat karipap gak lah. hehe..
    kat sini solat terawih je, lg minggu exam ni ramai duk rumh. lepas ni makin sunyi ramai yg balik. tinggal la kami beberapa org je. uhuhu..

    ReplyDelete
  6. salam fnf...besar ganjarannya bersedekah & memberi org makan di dalam bulan Ramadhan ni.Semoga Allah sentiasa bukakn pintu rezeki fnf sekluarga .Aminnnn

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum

    terima kasih share resepi tu

    salam kenal.. leha follow sini

    selamat berpuasa ye

    ReplyDelete
  8. bestnya kalau dapat solat terawih setiap malam. kat sini suraunya jauh2, nak kene naik kereta baru sampai. tak macam kat kampung2 kite, boleh jalan kaki je ke surau2... kite suke puding koktel mcm tu. makan sejuk2, aduh...

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan Ya Ukhti di Chiba,
    seronoknya dapat tadarus ramai2, barulah syokkan...
    Dua2 menu ni akak suka..lebih2 lagi karipap tu,...

    ReplyDelete
  10. Salam , rajin sungguh Fidzah ni...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. seronoknya berbuka dan berjemaah setiap malam ye... bestnya.. kami hanya hujung minggu je di yokohama ni

    ReplyDelete
  12. wah wah wah!
    gebu jer karipap tuh:)
    terliur dengan puding kastad tuh..makan sejuk2..hilang dahaga =)

    ReplyDelete
  13. Haa... tenkiu2. Bagi ilham untuk saya masak puding kastard nanti. Lupa plak ini pun makanan feveret saya. FnF tunjuk kat sini baru teringat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...