Sunday, July 1, 2012

Open day sekolah Ilmi @ Midori Machi Shogakko

Assalamualaikum...salam sejahtera...


FnF berkesempatan melawat  open day sekolah Ilmi (Midori Machi Shogakko). Pada hari tersebut, semua parents dijemput untuk melihat sendiri sistem pembelajaran anak2 mereka disekolah. Jadi tentulah kami juga tak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.


Lukisan Ilmi yang terpampang di kelas... anak lelaki kan...of course lukisan nya agak ganas2 skettt...ahaks... ada bulldozer tengah korek tanah... rumah terbakar dan bomba sedang padamkan kebakaran..

Yang ni masa subjek matematik... belajar untuk kenal bentuk silinder, bulat, empat segi dan sebagainya...  
hasil keras tangan Ilmi... part of subjek matematik ni sebenarnya...budak2 kena buat apa2 bentuk yang mereka suka menggunakan bentuk silinder, empat segi, bulat dan sebagainya. So Ilmi buat bentuk lori dari kotak2 terpakai.
Selepas habis subjek matematik, pelajar diberi rehat seketika sebelum sambung subjek seterusnya... jadi takde laaa stress sangat belajar kan. So masa rehat nih Ilmi bawa FnF ke library sekolah...betul2 opposite kelas Ilmi...

Himpunan buku2 di library...
Mama... nak buku otromen... adek yang tercari2 buku otromen favorite character adek  tuuu
Jom abang carikkan... 
Oh...berjumpa jugak dengan buku otromen idaman hati... seb baek adek tak nak bawa  balik rumah buku tuuuu...
Rajin abang belajar ye....
Subjek seterusnya adalah Bahasa Jepun. Masa ni berlaku perkara diluar jangkaan. Adek dengan selambanya pergi ke meja abang nak join belajar...aduhai... jenuh pujuk barulaaa adek ok. Geng sungguh la abang dan adek nih. Lepas insiden tu terpaksa la adek didokong sentiasa supaya tak ganggu abang nak belajar. nasib baik sensei sporting...Sensei kelas Ilmi boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik dan sedikit bahasa Indonesia... kagum3x...

Tekun nya mereka belajar...
Ilmi volunteer nak baca... amboi...konfiden sungguh dia
Rakan2 beri tepukan setelah dapat membaca dengan baik
Subjek yang seterusnya muzik...hepi sangat budak2 ni dapat menari gaya bebas...lagu hana (bunga)...

Lihatlah bunga berkembang...di atas tangkainya... gitu le maksud  lagu tu... sambil budak2 mendepakan tangan tanda bunga sedang berkembangan...ahaks...
Kami beransur pulang masa subjek muzik sebab dah tak larat nak dokong adek... Masa tu dah ramai parents yang balik sebab dah hampir lunch time (jam 12). Ilmi akan pulang sendiri nanti bersama rakan2. FnF kesian kat Ilmi kena berjalan kaki ke sekolah yang jarak nya agak jauh dari rumah...angkut pulak beg sekolah yang berat. Sistem kat Jepun wajibkan ke sekolah jalan kaki... tak boleh bawa basikal atau dihantar oleh parents. 


Pada FnF sistem pembelajaran di Jepun untuk pelajar sekolah rendah ni tersangatlah sempoi dan santai... Kurikulumnya mudah dan tak berat...  Shukudai (kerja sekolah) pun setakat 1 muka surat je. Di sekolah selain belajar mengenal huruf dan nombor, mereka juga belajar berkebun (tanam pokok), melukis, waku2 (kraf tangan)... musim panas ada swimming class yang wajib pelajar2 ni ikuti jika tiada masalah kesihatan... sekolah Ilmi agak moden juga siap ada kolam renang... 

FnF berdoa bila pulang ke Malaysia nanti Ilmi tidak mengalami culture shock sebab kurikulum di Malaysia agak berat. Jika di Malaysia budak2 darjah satu dah lancar membaca dan mengira... di Jepun pula darjah satu baru nak kenal huruf Hiragana dan Katakana...baru nak belajar nombor dan belajar tambah 1 hingga 10... FnF berdoa Ilmi cepat menyesuaikan diri di Malaysia bila pulang kelak... lagipun kami duduk diceruk kampung aje di Malaysia tuuu...di Kuala Pahang, Pekan...




















19 comments:

  1. As salam FnF,

    Org Pekan rupanye... Satu kg dgn PM ye! hehee... ;)))

    Perbezaan budaya & pembelajaran di Msia & juga di Jepun... biasanya budak2 cepat menyesuaikan diri... Org sana sgt teliti & sopan santun kan :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslm Marya... hmmm...FnF bekerja mencari rezeki di Kuala Pahang Pekan...hehehe

      Delete
  2. Assallamualaikum FnF..

    Syok tgk gambar2 anak2 FnF di sekolah tu.. Ooo sistem belajar di Jepun santai eh.. Insyallah..anak2 FnF boleh sesuaikan diri bila balik ke Malaysia nanti. Cuma parent perlu bagi sokonganlah.. Mula2 mungkin rasa susah tp lama2 akan biasa.. Best tak tinggal di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah so far so good. Dah 2 tahun lebih duduk di Nihon since early 2010. mmg kena bg sokongn lebih bila sekolah kat msia nnt...esp anak lelaki kan...kuat main je... Itu yg suka sgt sekolah kat sini sbb kat sekolah mmg byk main...;) masa belajar pula byk buat xtvt/game nk bg budak2 minat belajar.

      Delete
  3. wah! sangat kagum dengan sistem pembelajaran di sana. walaupun tidak berat tetapi pelajarnya sangat penuh dengan budi bahasa. tidak kira kecik, besar, tua muda. walaupun agak lambat berbanding sukatan pelajaran di malaysia, tetapi dia sebenarnya belajar lebih daripada apa yang budak2 sebaya dengannya di melaysia. harap2 dah balik sini nanti dia fasih lagi berbahasa nihon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...mmg cepat sgt Ilmi faham bahasa Jepun...no choice kan...kawan2 semua cakap Jepun... ;)

      Delete
  4. Salam FnF..seronoknya mieza tgk Ilmi tu belajar kat jepun dan boleh faham bahasa jepun...budak2 mmg cepat faham dan senang nak igt karakter bahasa jepun..anak mieza boleh ckp korea hanya kerana dia minat kpop dan dia belajar secara online je...kalau mieza ni alahai nak faham hurup korea pun tak reti...insyaAllah Ilmi boleh menyesuaikan diri bila pulang ke mesia nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MiezA... wah ni betul2 minat nih...sampai boleh cakap korea tuuu...mmg le otak budak2 ni mcm span...cepat je diorang absorb kan.

      Delete
  5. Assalam fnf.
    Patut la masa sis duduk kat Jepun 3 bulan dulu lihat kanak2 pergi sekolah bejalan kaki aje.Rupanya baru tahu skg.Mesti Ilmi terror ckp Jepun ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslm, haah mmg wajib ke sekolah jalan kaki, parents tak leh hanta atau ambil. kena gi sendri... Ilmi nak kata terer takde la jugak sbb baru 3 bulan je sekolah darjah 1, sekolah kat jepun start bulan 4. Alhamdulillah boleh berkomunikasi dgn sensei dan kawan2.

      Delete
  6. suka tengok budak2 yang fasih berbahasa lain ni... kita setakat 2 3 patah boleh la... :)

    ReplyDelete
  7. yang ni buat hari sabtu ker???
    yang shogakko my son but sat last weekends
    but ai x sempat nak terjah sebab tak sihat masa tue
    darl jer wakil gi

    ReplyDelete
  8. Salam kenal dan kunjung blas..mksih ye sudi singgah dpur kcik kmaz tu...tgk fnf kat perantauan trkenang msa kmaz dulu...tpi npaknya kmaz pun nk kena merantau balik ni..popia nestum tu memang sdapp...kmaz sukaa..asik nk mkn tu je....

    ReplyDelete
  9. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  10. harap Ilmi nnti dapat menyesuaikan diri dengan baiknya..
    seronokkan bila pergi sekolah diorg ni..takdela nampak student tu macam tensen je nak belajar..:)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaykumwbh FNF....

    Ayah kite pong owang pahang, k.lipis dear. Mak kita ganu. Suami kita kedah.hik3...byk citer lak. Suke tgok ilmi tu confident n comel, which this must be from her mommy:)

    Insya'allah....smp masa nanti boleh anak2 belajar kat Msia tu...oooo bila Fnf plan nak balik?
    Ayu balik msia this weekend...hu3!!! :( Hubby haS TO STAY LA THIS TIME.....

    ReplyDelete
  12. Bagusnya kat sana pegi sekolah jalan kaki parents tak bole hantar ye..
    .. cuma kat Malaysia ni tak sesuai sebab cuaca panas.
    Kat sini parents kalau bole nak hantar anak masuk sampai dlm kelas wpun parents dah dipesan
    turunkan anak di luar pagar. Manjanyalah budak2 sekolah di Malaysia ni..

    ReplyDelete
  13. Sangat jeles dengan Ilmi sebab dapat sekolah di Jepun....:P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...