Sunday, July 29, 2012

Projek masak-masak onna-onna untuk Iftar Geng Chibadai

Assalamualaikum...salam sejahtera semua...

Projek release tension adik2 Msian Chibadai yang sedang bergelut dgn final exam yang bermula dari Isnin yang lalu selama 3 minggu. Untuk hilangkan seketika tekanan belajar, adik2 onna buat projek masak2 petang Jumaat yang lalu untuk iftar hari ke 7. Masak di rumah masing2 dah siap baru bawa ke rumah FnF untuk set up.

Juadah iftar kami
Kami iftar ala kadar dengan kurma dan kuih muih...Selepas solat maghrib berjemaah baru la makan nasik kenyang2... 


Antaranya kuih muih yang disediakan muffin kiwi, keria dan donat.


Juadah kami hari tu lauk-pauk ala kampung... FnF hanya masak telur sambal, air asam kicap dan sambal belacan je... lauk pauk lain ditaja oleh adik2 onna... 

sayur lemak labu
Ayam masak kicap
Ikan bakar
Telur sambal
sambal belacan dan air asam kicap
Seterusnya otoko2 solat isyak dan terawih di surau berhadapan Chiba University. Solat terawih akan habiskan satu juzuk Al-Quran... onna2 pula solat Isyak, Terawih dan bertadarus di rumah FnF. sempat juga berusrah malam tu sementara nak tunggu otoko pulang dari terawih (lebih kurang jam 10 malam).

Acara kami berakhir dengan moreh... FnF jamu mango mousse cake untuk moreh... gambar masa moreh dah lupa nak amek... huhu... tepat jam 11 malam tetamu bersurai. 

Adik2 otoko yang hadir
Alhamdulillah, dapat berkumpul beramai2...menikmati hidangan berbuka dan moreh sambil sembang bergossip2...haishhh, solat berjemaah dan bertadarus beramai2, at least dapat mengurangkan tekanan belajar adik2 perantau diminggu2 peperiksaan... Cuti hujung minggu mereka habiskan dengan study lagiii untuk exam minggu depan... lepas habis exam ni mereka akan pulang beraya di tanah air... boleh laaa beraya sakan...





9 comments:

  1. seronoknyer iftar beramai2..
    terliur nengok mcm2 lauk ada.

    ReplyDelete
  2. rasanya nk join makan sama jer nengok menu tuh..kecur okeyyy....tp apakan daya jauh bebenor.....kihkih

    ReplyDelete
  3. Salam kak! Weeeeeee.... Kita suke betul mkn beramai ramai mcm ni sbb mcm2 juadah ada :D pastu sampai tak tahu nk mkn yg mana satu :D muffin kiwi tu nmpk best ler kak, kaler dia menarik perhatian kita :D air asam eeeee... Best!

    ReplyDelete
  4. paling tak tahan tengok ikan bakar tu. sedapnye la hai....seronok kalau dapat berbuka beramai2 mcm tu sekali sekala..

    ReplyDelete
  5. Salam Fnf.bila berada di perantauan mmg seronok dpt iftar bersama2 gini....mkn beramai2 dg pelbagai lauk yg ada.

    ReplyDelete
  6. Sedap2 u all masak..siap ada msak lemak labu and sambal belacan. Meriahnya bila jumpa geng malaysians diperantauan..

    ReplyDelete
  7. wahhh banyaknyer food! tak tahan tgk ikan bakar tu..cicah dgn air asam utara..perghhhhhh tak hingat!

    ReplyDelete
  8. meriah2.. seronok bila ramai geng onna ni. hikhik.. kat sini sorang je onna, nasib baik ada satu couple lg, boleh la bertukar2 citarasa msia. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...