Thursday, April 12, 2012

Irumi kun @ Midori shogakkoo (Midori elementary school) - Darjah 1

Alhamdulillah... Hari ini genap 4 hari ilmi ke elementary school di Midori Shogakkoo @ Chiba... He is so happy with his new friends at school... nama ilmi...kat sekolah terus jadi irumi kun... berbeza dengan sesi persekolahan di Malaysia yang bermula pada bulan Januari setiap tahun, di Jepun sesi persekolahan bermula pada bulan April.

First day @ school... during the entrance ceremony... guru besar memperkenalkan barisan sensei2...


Persembahan pelajar semasa entrance ceremony...


Students & parents bergambar kenang-kenangan...


Dalam kelas on his first day to school...dengan sensei kelas ilmi... subjek tahun 1 antaranya Bahasa Jepun, matematik, sains, muzik dan lukisan...

 

Buku2 teks dan nota...sikit je buku2 ilmi...nipis je tapi sangat cantik...penuh gambar berwarna-warni...kertas kilat lagi... yang kotak kecil tepi buku tu tanah liat atau plastisin... juga sebahagian dari kelengkapan sekolah Ilmi...


Peralatan sekolah ilmi banyak yang disimpan di sekolah. Ini je sempat ambil gambar... antara yang perlu disediakan beg untuk isi kasut sekolah...  beg baju sukan, beg kecil untuk isi cawan, berus gigi...  makanan tengah hari pula disediakan disekolah... Ilmi bawa bentou (bekal) sendiri setiap hari... sebab makanan yang disediakan tak halal...disekolah lepas makan lunch kena berus gigi...selain itu setiap hari pelajar kena bawa sapu tangan dan tisu...Jepun amat titikberatkan hygine dan kanak2 diajar disekolah bagaimana untuk menjaga kebersihan diri... 


Soal masa juga amat dititikberatkan...hinggakan nak ke tandas pun ada masa... eheheh... ibu bapa juga diminta mendidik anak2 buang air besar setiap pagi bangun dari tidur... ini untuk kebaikan fungsi usus... sarapan pagi pula sebaik2nya makan nasi atau makanan berat...bila perut kenyang barulah anak2 dapat tumpu perhatian dalam kelas. 

Kalau tengok beg sekolah Jepun ni sejenis je...beg kotak ni dipanggil randoseru... mahal...duit Msia dalam RM1000++ juga... Beg ni tahan lasak dan boleh guna sampai darjah 6. Alhamdulillah FnF dapat diskaun... beli sehari sebelum buka sekolah... last minute shopping... jika ditukar duit Msia dalam RM300...murah banyak kan!


Dalam kotak tu set matematik... macam nak main pondok2 pun ye jugak...ada duit syiling dan duit kertas, jam, bikar sukatan dan mcm2 lagi...


Tiada uniform sekolah...asal kemas dan selesa... pakai kasut biasa...dah sampai baru tukar dan pakai kasut sekolah yang sedia ditinggalkan dirak kasut di sekolah... cara ni kasut sekolah sentiasa bersih... ;)


Gambar second day... sebelum balik sekolah...pelajar berkumpul dan balik ikut group masing2 mengikut kawasan rumah... 


Going home... minggu ni sensei ajar budak2 jalan balik ke rumah mengikut kumpulan... next week kena balik sendiri dengan kawan2... Parents tak boleh ambil atau hantar anak2 macam kat Msia... of course FnF worry soooo much... perjalanan agak jauh juga...


Crossing the railway...


Crossing the road...


dalam 1.5km kot...kesian ilmi... penat jalan kaki... InsyaAllah seminggu dua lagi biasalah dia berjalan kaki setiap hari untuk pergi-balik sekolah... Sudah menjadi peraturan sekolah di Jepun tidak membenarkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak2... kanak2 diajar untuk berdikari dari sekolah lagi...



Semoga Allah permudahkan persekolahan ilmi disini... ^_^





4 comments:

  1. Salam kak, irumi kun, nyugakushiki omedetou!! moga seronok pergi kesekolah ya :-) dia punyer buku sama dgn kat sini jugak :D best jer tgk dia org pergi n balik tuu ehehe.. kat sini naik bas sbb jauh sikit ehehe.. lagi satu pantang kat sekolah sini kalau ada apa2 acara kecuali undoukai boleh ambik gmbr n letak kat fb atau blog, kalau nyugakushiki atau event2 lain tak dibenarkan ambik gmbr kalau ambik pun vtak boleh dimuatkan kat blog atau kat FB, sistem sekolah jepun kat sini lain sikit mungkin utk keselamatan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu akak letak water mark kat muka sensei...hihihi...kat sini dibenarkan amek gambar cuma tak boleh bawa tripod je.

      Delete
  2. kene simpan kenangan anak bersekolah di Jepun. sistem dia tak sama msia. anak2 lebih seronok nak belajar, shukudai pun sikit sgt. so budak2 takde la pressure sgt nak ke sekolah. darjah 1 masa untuk kanak2 kenal alam persekolahan kenal buku, nombor, alam dan lain2, bukan terus2 kene buat keje sekolah sebeban. hikhik.. almost same dgn sini! yg bagusnya buku teks sekolah tiap2 tahun direview dan tukar, so sentiasa update isi buku dgn perkembangan semasa. buku pun nipis je, tp penuh dgn aktiviti bergambar yg menarik. bdk2 belajar untuk hidup bukan utk exam. tp byk jugak sekolah swasta yg budak mmg betul2 study nak jg org pandai. yg tu bagus mmg sesuai utk bdk2 yg berminat sgt dgn buku, ramai japanese berebut nak hantar anak diorg kat sek ternama, nak masuk first class universiti mcm tokyo dai. mmg betul2 kerah keringat belajar sungguh2. semangat japanese ni lain sungguh, sbb tu boleh jd negara maju. eh pnjg lak bebel. gomen nasai! hehe..

    *psst.. kalau boleh buang kot WV(word verification) kat bahgian setting komen, selalu salah tulis kene type pnjg2 WV dia tu. hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...ada WV ye...nnt nk remove lah...tak suka gak WV ni...kat Chiba pun ada int.school, dekat je tapi fees mahal. Dulu ada kawan kami jadi sensei kat int. school tu...jadi coach bola sepak sekolah, wife dia buat PhD. Skrg kawan tu dah pindah Nara ikut sv pindah univ...so tinggal kami je 1 femli skrg.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...