Saturday, July 21, 2012
Friday, July 20, 2012
Ueno Zoo lagiii
Assalamualaikum wbt... salam sejahtera buat semua...
Actually sebelum ni FnF dah pernah melawat Ueno zoo... entry di sini... masa tu kami hanya sempat melawat East Park je...
Actually sebelum ni FnF dah pernah melawat Ueno zoo... entry di sini... masa tu kami hanya sempat melawat East Park je...
So kali ni FnF terjah lagi... but this time kami terus ke West Park...Pintu masuk ke Ueno Zoo adalah melalui East Park...jadinye untuk ke West Park kami menaiki monorail tergantung ni...
![]() |
| haiwan2 yang dilepaskan bebas dalam taman |
Bayaran masuk ke Ueno zoo adalah 600yen untuk dewasa... kanak2 bawah 12 tahun free... di situ kami dah rugi 1200yen sebab 2x pergi... for those nak ke Ueno zoo kena lah pergi dari pagi untuk melawat kedua2 park... esp kalau bawa budak2 yang memang excited kemain tengok haiwan pelik2...
![]() |
| Pingu yang kepanasan |
![]() |
| cuba teka ni apaaaa.... |
![]() |
| Badak sumbu... |
![]() |
| Unik... kaki dan kepala zebra... badan kuda |
![]() |
| Buaya yang sangat besar diletakkan dalam kolam kaca |
![]() |
| kura-kura...eksen ko ye |
![]() |
| kat Jepun FnF tak penah jumpa katak lompat2 tau... ni first time...hahaha...kesian...ada mcm2 spesis katak dipamerkan kat sini |
![]() |
| Tangkap raksasa... jerit abang |
![]() |
| Adek nampak raksasa terus keluar aksi ultromen... haish... |
kali ni FnF tak sempat masak nasi untuk bawa bekal lunch... so kami makan di cafe yang disediakan... lunch kami hari tu hanyalah pancakes dan aiskrim sahaja... sedapppp nyum3x... beli gak caramel popcorn untuk kudap2an... menu2 lain sumernya kurang meyakinkan untuk dimakan ... heeee
Seterusnya kami ke Children zoo... disini banyak haiwan domestic dilepaskan bebas dan kanak2 dibenarkan bermain kejar2 dan membelai haiwan2 tersebut... ada kambing, ayam, biri-biri, arnab, hamster, musang dan spesis2 lain yang FnF tak tahu nama...
![]() |
| at children zoo... sempat lagi tuuu...haish |
![]() |
| mmbekkkk.. |
![]() |
| ni budak excited nak kejar kambing... |
![]() |
| yey... dah dapat sekor... |
![]() |
| hamboih sedap ko kamben kena garu ngan berus tu... |
![]() |
| kok...kok...kok... |
![]() |
| Ini lah musang malaya... ada kat children zoo tapi dok dalam sangkar... |
Kali pertama FnF ke Ueno zoo kami tak berpeluang nak tengok polar bear yang diletakkan di East Park... so harapannya dapat lah di jenguk kali ni... malangnya datang kali kedua masih juga tak sempat... hmmm... tepat jam 4.30 petang kami sampai ke tempat polar bear... si polar dah dialihkan dari kandang ke tempat tidur dia... hmmm... Apapun hepi dapat bawa anak2 berkenal2an dengan dunia haiwan yang mengagumkan... end...
![]() |
| salah satu attraction di Euno zoo... Pagoda Kanieji shrine... |
Tuesday, July 17, 2012
Piknik @ Awamata no Taki lagi... Devil's food triple decker cake
Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua... Sambungan entry semalam...
![]() |
| Kek disebalik daun... ngeeee... untuk siapakah? |
Bercerita pasal piknik, FnF tidak datang sekeluarga sahaja...sebaliknya kami datang bersama2 Geng Chibadai yang lain... serta femli kak Azma dari Tokyo. lebih dari 20 orang... sampai je haruslah dirikan khemah... hidupkan api untuk BBQ... BBQ lagiiii... best3x... dan yang penting...SOLAT JANGAN LUPA... TIANG UGAMA...
Antara menu piknik kami... SATE... terbaek lah adik2 FnF siap buat sate... 6kg tau... memang kenyang sate kami hari tu... ada sate ayam dan lembu... bahan2 sampingan lain terlupa langsung FnF nak amek gamba... aduhai... kes teruja tengok air... antaranya nasi impit, kuah kacang, bihun goreng, kek gula hangus, buah tembikai, dan jagung bakar...

Hari picnic tu juga befday Ikram... adik FnF yang juga menuntut ilmu di Chiba University... student tahun 2 mechanical engineering... Jadi FnF buatkan kek befday untuk celebrate di sungai... Kesian befday boy... lepas potong kek kena humban masuk sungai pula...
Cerita pasal kek, kali ni FnF topping kan triple decker cake dengan cream cheese frosting dan chocolate ganache... ala2 Devil's food cake la pulak... forget about it's name... the cake was yummeh... walaupun topping tu sumer dah cair disebabkan cuaca panas...
![]() |
| Seronok adik2 FnF mandi sungai... aktiviti ni hanya dapat dinikmati semasa summer sahaja... musim lain terlalu sejuk nak berendam dalam air sungai |
FnF share resepi kek sedap dari kak Rima yang FnF dah buat ala2 kek makanan setan Devil's food cake. Harap2 bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni ramai la blogger masak2 share resepi kek makanan bidadari Angel food's cake pula ye... sebab setan2 semua dah kena ikat...hehehe...
Bahan2 kek coklat (loyang 21cm)
5 biji telur
75g gula
1/2 sudu besar ovalet
70g tepung kek
30g serbuk koko
40g coklat masakan hitam
50g mentega-cairkan
Cara2
Panaskan oven 170degree C
Cairkan mentega. Masukkan coklat masakan yang telah dicincang kasar kedalam mentega cair. kacau hingga sebati. Ketepikan
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalet. Pukul hingga gebu.
Ayak tepung dan serbuk koko...(FnF masukkan 1/4 sudu kecil baking powder, ayak sekali)...masukkan ke dalam batter...kaup balik hingga sebati.
Akhir sekali masukkan coklat masakan yang dilarutkan dengan butter cair tadi. kaup balik sebati.
Bakar dalam loyang 18cm selama 30minit (hingga masak). Untuk triple decker cake FnF guna loyang 21cm.
Sejukkan dan potong 2 mendatar.
Nota: FnF asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga maringue. Then, kaup balik kedalam adunan kuning telur dan ovalet yg telah dipukul kembang.
Bahan2 kek keju
75g mentega-suhu bilik
60g cream cheese-suhu bilik
2 biji kuning telur
30g tepung kek
10g susu tepung
2 biji putih telur
35g gula
Cara2
Pukul mentega dan cream cheese hingga licin
Masukkan kuning telur, pukul hingga kembang
Ayak tepung dan susu tepung, kaup balik sebati ke dalam adunan cream cheese tadi
Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula hingga meringue
Masukkan 1/3 putih telur ke dalam batter, kaup balik sebati.
Kemudian masukkan batter ke dalam 2/3 putih telur tadi...gaul sebati
Bakar pada suhu 165degree C selama 15 minit hingga masak. Sejukkan di redai.
1 sudu kecil serbuk kopi segera (FnF guna 2 susu kecil Nescafe)
200ml air panas
3 sudu kecil guna
Cara2 - larutkan nescafe dan gula dengan air panas.
250g cream cheese
100g butter
150g gula icing (ayak)
2 cawan fresh cream (pukul kental)
Cara2
Pukul cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan gula icing, terus memutar hingga gebu dan halus. Masukkan fresh cream yang dah dipukul kental. Gaul sebati. Sedia untuk digunakan.
Bahan2 Ganache coklat
300g coklat hitam
200g fresh cream
50g butter, unsalted
Cara2
Panaskan fresh cream, Masukkan dark chocolate yang telah dicincang kasar. Kacau hingga semua coklat mencair dan sebati di dalam fresh cream. Masukkan golden syrup dan butter. Gaul sebati. Biar dia likat sikit ala2 susu pekat manis tu sebelum dicurah atas kek.
Assemble
Potong mendatar kek coklat
Letak 1 keping di atas cake board, sapukan rata2 sirap kopi menggunakan berus lembut (FnF guna silicon brush)
Spread cream cheese frosting ke atas kek rata2
Letakkan pula kek keju, sapu lagi dengan sirap kopi
Spread cream cheese frosting rata2
Letakkan 1 keping lagi kek coklat, sapu sirap kopi rata2
Spread cream cheese frosting rata2 keseluruhan kek. Sejukkan sebentar di dalam peti ais.
300g coklat hitam
200g fresh cream
50g butter, unsalted
1sb golden syrup (optional)
Cara2
Panaskan fresh cream, Masukkan dark chocolate yang telah dicincang kasar. Kacau hingga semua coklat mencair dan sebati di dalam fresh cream. Masukkan golden syrup dan butter. Gaul sebati. Biar dia likat sikit ala2 susu pekat manis tu sebelum dicurah atas kek.
Potong mendatar kek coklat
Letak 1 keping di atas cake board, sapukan rata2 sirap kopi menggunakan berus lembut (FnF guna silicon brush)
Spread cream cheese frosting ke atas kek rata2
Letakkan pula kek keju, sapu lagi dengan sirap kopi
Spread cream cheese frosting rata2
Letakkan 1 keping lagi kek coklat, sapu sirap kopi rata2
Spread cream cheese frosting rata2 keseluruhan kek. Sejukkan sebentar di dalam peti ais.
Curahkan chocolate ganache keseluruhan kek. Sejukkan dan sedia dinikmati.
![]() |
| Memori kami terpahat disini... the end... |
Monday, July 16, 2012
Awamata no Taki... macam di Malaysia...
Assalamualaikum wbt... salam sejahtera buat semua...
Hujung minggu yang sangat best... FnF bersama Geng Chibadai berpeluang menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi dibumi Chiba...
Anak2 FnF memang terlebih excited...dia boleh duduk dalam air dari pukul 12 tgh hari sampai 5 petang... naik semata2 untuk makan aje... haishhhh... layan je...
Hujung minggu yang sangat best... FnF bersama Geng Chibadai berpeluang menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi dibumi Chiba...
Awamata no Taki... terletak di Sungai Yoro... juga dikenali sebagai Yoro Great Falls... lokasinya kira2 satu jam setengah perjalanan dengan kereta dari rumah kami di Inage,Chiba.
Subhanallah... terpegun seketika... terus terkenangkan keindahan bumi Malaysia yang kaya dengan air terjun dan jeram... seolah2 berada di tanah air sendiri... itulah gambaran keindahan jeram yang menjadi lokasi perkelahan musim panas FnF bersama geng Chibadai...
![]() |
| Anak2 ikan yang jinak berenang2 dikaki... |
Air sungainya cetek dan tenang... seronok sangatlah anak2 FnF bermain air... namun di kawasan air terjun jatuh tu airnya memang dalam...melebihi 2 meter kedalaman kat situ...
Anak2 FnF memang terlebih excited...dia boleh duduk dalam air dari pukul 12 tgh hari sampai 5 petang... naik semata2 untuk makan aje... haishhhh... layan je...
Seperti di Malaysia... udara panas yang nyaman... dedaunan dan pepohon menghijau dan sungai yang mengalir...amat mendamaikan...Ya allah kami memanjat syukur dapat menikmati keindahan alam seperti di tanah air sendiri di bumi matahari terbit ini...
Namun dedaunan hijau ini pasti akan bertukar warna dan luruh juga pabila musim bertukar nanti... Subhanallah...
Friday, July 13, 2012
Gundam @ Tokyo DiverCity dan Tokyo Toys Show @ Tokyo Big Sight
Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua...
Hmmm... beberapa hari ni nak mengadap blog pun tak berapa rajin... as MrFnF busy with his robot demo and exhibition... he bring his DSLR with him almost everyday to the lab... so tak dapat le nak amek foods pics lepas main masak2... yang banyak dalam memory card tu gambar robot aje...huk3x
Maka FnF share gambar2 robot je lah... aci gitu...ngeee
FnF visited Tokyo DiverCity just to watch this giant Gundam in front of DiverCity Plaza, Odaiba... Oh btw, Gundam nih merupakan kartun anime yang sangat popular di Jepun.
Inside DiverCity Plaza pulak ada Gundam Theme Park dan Gundam Cafe... memang menarik theme park nih selain Gundam show room yang memaparkan pelbagai model Gundam ada banyak Gundam merchandise dan gift shops... pastu leh posing2 amek gambar dengan robot2 gundam yang besar2... dikenakan bayaran untuk masuk... kali nih FnF tak masuk disebabkan kekangan masa... tapi FnF sempat jalan2 shopping dalam DiverCity shopping mall.
![]() |
| Besar giler kaki Gundam ni kan |
Sebelah malam ada light show... Gundam nih boleh menyala2 lampu dia dengan smoke effects lagi... masa FnF datang ni cuaca tak berapa baik... hujan renyai2 so tak dapat le tengok smoke effect tu... len kali kena datang lagi kot... ^^
![]() |
Selain tu FnF berkesempatan ke pameran Tokyo Toy Show @ Tokyo Big Sight... juga di Odaiba. Actually this event / exhibition dibuat setiap tahun... masa event nih kami berpeluang tengok booth2 toymakers dari jepun dan juga luar negara memperkenalkan produk2 toys terbaru mereka... best...tambahan pula teknologi toys dari Jepun ni mmg hebat dan kreatif... then setiap booth buat banyak games untuk tarik pengunjung... pastu boleh kutip banyak free sample... ahaks...
Tujuan FnF angkut anak2 ke Tokyo Toy Show kali nih act nak tengok pementasan ultraman dan Kamen Rider.... live on stage... Malangnye tak dibenarkan amek gambar masa persembahan berlangsung... Act boleh je kan curi2 snap guna iphone... tapi tengok nihonjin semer tak buat so FnF pun batalkan hasrat itu...sob3... sedey gak le takde gambar kenangan nak share kat cni... tapi puas hati anak2 siap jerit2 ganbare2 kat ultromen masa kena belasah ngan raksasa... Ending... of course le superhero menang.
![]() |
| kete control... |
![]() |
| one piece |
![]() |
| Lego |
![]() |
| lego lagi |
![]() |
| dan lagi |
![]() |
| Ilmi mencuba nasib main Ninjago... walaupun kalah dapat hadiah jugak...set lego Ninjago... suka la tuuu... |
Tahun 2010 dulu hampir seme booth sempat kami jelajah... kali nih tak sempat... sampai pun dah kul 2 petang... booking tempat utk tgk pementasan ultromen... habis tengok ultromen ngan Kamen Rider baru jalan2 dari booth ke booth...
![]() |
| lama sangat budak berdua tu main kat cni... |
![]() |
| Adek pun nak join jugak |
![]() |
| yeay... siap... |
![]() |
| Makan2 time... dinner |
![]() |
| Rainbow Bridge lagi... |
Subscribe to:
Posts (Atom)






























































