Wednesday, November 7, 2012

Cinnamon chocolate chips cookies... Rich chocolate pudding

Assalamualaikum... salam buat semua...

Actually, kedua2 resepi ni FnF share di majalah Kitchen Online edisi Oktober 2012 disini... hampir terlupa FnF nak kongsikan diblog FnF... semuanya gara2 morning sickness yang agak teruk sekitar Ogos hingga Oktober menyebabkan mood berblog merudum terus. Alhamdulillah dapat juga FnF kongsikan lima resepi di majalah tersebut. 


Kukis rangup ni kegemaran anak2... cuma tekak si ibu mengandung tak boleh terima rasa cinnamon... padahal b4 peknen kesukaan... Resepi asal dari Paty's Kitchen disini



Rich chocolate pudding ini pula sangat yummy dan kaya dengan rasa coklat... resepi dari Dapur Mamasya disini.


 FnF gandingkan puding coklat ni bersama susu segar dan buah2an...


Resepi cinnamon chocolate chips cookies

Bahan2

1 cwn unsalted butter
1 cwn gula perang
1 cwn gula 
1 biji telur
1 sk vanilla
1 1/2 cwn all-purpose flour
1 sk baking soda
1 1/2 sk garam
2 sk serbuk cinnamon (FnF letak 1sk je)
1 1/2 cwn chocolate chip

Cara2

Panas oven 180degC, alas loyang dengan parchment paper
Pukul butter dan gula hingga kembang, tambah telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
Ayak tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk cinnamon, masukkan ke dalam mixing bowl tadi.
Gaul sebati.
Masukkan coklat chip, gaul guna tangan hingga sebati.
Sudukan adunan kukis ke dalam loyang pembakar, bakar 10-12 minit atau hingga masak (perang keemasan)
Sejuk kan dahulu 2-3 minit sebelum dipindahkan ke wire rack.


Resepi Rich chocolate pudding

Bahan2 ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara2


Campurkan semua bahan kecuali butter, kacau dan tapis ke dlm periuk.
Masak  sehingga mendidih (kacau selalu).
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Kalau nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding.

15 comments:

  1. sedapnya sambil tenguk tv sambil mengunyah he heeee....coklat puding tu pula yan suka bubuh buah banyak2 mmmmm...nyam2

    ReplyDelete
  2. sedap nampak coklat chip dapat kat anak2 mmg laris sepinggan ni FnF..boleh try nnt,,

    ReplyDelete
  3. Dua-dua nampak sdp sgt tp coklat puding lebihhh menggoda tekak sy... yummi!

    ReplyDelete
  4. kedua2nya nmpk sedap...biskut tu nti nk try jugak..nk tau cmne rasanya..

    ReplyDelete
  5. fnf
    cgrate masuk online mag yer..biskut tue akk brkenan la..nnt nk cuba jgk la:))

    ReplyDelete
  6. wah2 sedap ni ......

    ReplyDelete
  7. salam..
    syok dapat makan dua2 sekali ni..

    ReplyDelete
  8. bes bes..tp kami tak bape suma cinnamon heheheh

    ReplyDelete
  9. Tahniah ya sbb dpt sumbangkan resepi dlm majalah...mmg layak. Dua2 resepi tu nampak sedap ..!

    ReplyDelete
  10. Tahniah FnF... memang cantik kejadian cookies tu... dan tentunya harum semerbak!

    ReplyDelete
  11. tun pun peminat setia cinnamon, tp xpenah buat cookies letak cinnamon lagi..

    ReplyDelete
  12. Haaa... choc pudding tu nampak cam senang nak buat. Boleh try nanti insyaAllah. Masih alahan lagi FnF?

    ReplyDelete
  13. Salam Maal Hijrah & Tahniah Fnf muncul dimajalah online.
    biskut tu sedap nguhyah...
    choc pudding pasti yummy...favorit anak2 akk ni..sedappp!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...