Friday, November 30, 2012

Creamcheese blueberry muffin / loaf

Assalamualaikum... salam buat semua...

Buat penggemar muffin blueberry... kena cuba resepi ni... seyes sedappp... buatnye pun mudah... FnF buat untuk breakfast... panas2 baru keluar oven terus pekena ngan secawan milo panas... opsss... FnF tak minum milo dah... boikot... ;)  


Resepi asal dari dailydelicious disini. FnF ikut style dailydelicious bakar dalam loaf pan. FnF guna renji oven (microwave-oven) je. Brg letrik kat Nihon ni takleh pakai kat Msia... voltage tak sama... so beli je yang menjimatkan...hehe... Function oven tu pula cuma ada api atas. Bila dh siap keluarkan dari loaf pan, kebykkan blueberry nye mendap ke bawah... tak best betul... So next time FnF akan bakar dalam muffin cup aje... macam yang pernah FnF buat dulu disini. Elok je blueberry tu dok kat atas...hehe... Jom semak resepi muffin yang sedap ni.



Bahan2

Crumble
15g gula perang
15g gula kastor
25g mentega
45g tepung serbaguna (all purpose flour)
10g chopped almond (FnF tak letak)

Muffin

100g tepung kek

20g mentega tanpa garam
50g cream cheese
15g plain yogurt
65g gula kastor
secubit garam
1 biji telur
25ml susu segar
40g blueberry segar
3/4sk baking powder
1/2sk baking soda

Cara2

Crumble - Gaul semua bahan hingga menbentuk serbuk crumble, ketepikan dahulu (FnF simpan dlm peti ais)
Panaskan oven 170degreeC
Ayak tepung dengan baking soda dan baking powder, ketepikan.
Alas dan griss loaf pan dengan butter dan baking paper
Pukul cream cheese, butter dan yogurt hingga gebu dan sebati.
Masukkan gula dan garam, pukul lagi hingga sebati. 
Masukkan telur, pukul lagi.
Masukkan susu, dan tepung, kaup balik hingga sebati.
Masukkan dalam loaf pan atau muffin cup.
Tabur blueberry.
Akhir sekali tabur serbuk crumble rata2 di atas adunan muffin.
Bakar 30 minit hingga masak (Jika guna muffin cup dalam 20 minit sahaja)


Monday, November 26, 2012

Kegemaran keluarga FnF

Hmmm... sana sini orang dok tayang durian crepe... teringin makyung ni haaa... tak kuasa nak buat... bukan ada durian ponnn kat cni... nanti laaaa... FnF tayang icecream crepe (beli punyerrrr...hehe) yang femes amos kat Nihon niiiiii.... mood tak puas ati tak dapat makan DC... nangess... T_T



Intro takde kaitan langsung kan... kuih keria ni entah zaman bila FnF buat... sebulan dah agaknye... skrg ni mmg takde mood nak amek2 gambo foods... tiap2 hari pun kena masak... masak2 then makan je... ni pun dah 3 hari berturut2 buat kuih, 3 hari lepas buat kek utk jamuan makan2 ngn geng chibadai, kelmarin buat apam dan semlm buat kuih talam utk sarapan pagi... dinner tadi FnF buat seafood nabe... ada ketam, udang, salmon fillet, lala, nyum3x... ala2 steamboat le jugak... kamera dah lama tersimpan... pembawakan budak agaknye kot... alasan...



So, layan aje le kuih keria yang ada ni... Mudah je... kalo nak resepi yang bersukat bolehlah rujuk disini... FnF buat tak bersukat... agak2 je mcm ibu FnF juga...jgn byk tepung...nnt keras tak best... kuih keria sememangnya kegemaran FnF dan anak2...  gemok2 dan tembam2 kan keria versi FnF ni... ;)



Monday, November 19, 2012

ke taman lagi

Kisah2 penuh suka dipenghujung musim panas sekitar akhir September 2012 yang lalu... FnF ketaman lagi...  lokasi... Inage Kaigan... 10 minit je by car dari rumah FnF... menikmati keindahan alam ciptaan Illahi sebelum daun-daun bertukar warna...luruh dan gugur ke bumi... Indahnya taman ini dihiasi bunga2an pelbagai warna... cosmos, daisy, lavender serta beberapa jenis bunga2an bermusim yang lain... 


Kiranya ni last FnF ke taman pada musim panas 2012... dah tak panas sgt pun masa ni... sekitar 25degC je... sekarang dah sejuk gegege dah... 10degC pada jam 1 tgh hari... so boleh bayangkan suhu di malam hari... sejuuuuukkkk....


FnF sangat tertarik dengan dekorasi di taman ni... cantik...dan luas... paling best lokasi bersebelahan dengan pantai...


Bersebelahan taman bunga, terdapat taman rekreasi yang agak luas... dilengkapi trek utk berjoging dan berbasikal... air terjun mini, dan taman permainan kanak2... sangat selesa untuk berpiknik di musim panas... FnF dengan adik2 geng ChibaDai siap pasang khemah tau masa ni... senang nak solat dalam tu...hehe... last2 onna2 (perempuan) je solat dalam khemah ... otoko2 (lelaki) solat atas taman yang luas... lagi selesa untuk berjemaah... dipenghujung taman disediakan juga kawasan untuk berBBQ yang hanya dibuka pada musim panas...


Air mata air yang amat sejuk dan nyaman...


Aksi anak2 FnF bermain di taman permainan yang disediakan di kawasan rekreasi...



Adik Rayyan... misi mencari spider...hehehe...


Dah puas bersantai di taman... kami terus ke pantai... nak tengok matahari terbenam...

Abang... sambut bola ni... jerit Ilmi...

Yey... dapat sambut bola... hehehe... siap terangkat kaki adik FnF ni (student undergrade Chibadai)


Mentari hampir terbenam... nampak dalam picture kat atas...sambil melihat sunset masing2 terpegun dengan kekuasaan Allah...


T.a.M.M.a.T












Wednesday, November 7, 2012

Cinnamon chocolate chips cookies... Rich chocolate pudding

Assalamualaikum... salam buat semua...

Actually, kedua2 resepi ni FnF share di majalah Kitchen Online edisi Oktober 2012 disini... hampir terlupa FnF nak kongsikan diblog FnF... semuanya gara2 morning sickness yang agak teruk sekitar Ogos hingga Oktober menyebabkan mood berblog merudum terus. Alhamdulillah dapat juga FnF kongsikan lima resepi di majalah tersebut. 


Kukis rangup ni kegemaran anak2... cuma tekak si ibu mengandung tak boleh terima rasa cinnamon... padahal b4 peknen kesukaan... Resepi asal dari Paty's Kitchen disini



Rich chocolate pudding ini pula sangat yummy dan kaya dengan rasa coklat... resepi dari Dapur Mamasya disini.


 FnF gandingkan puding coklat ni bersama susu segar dan buah2an...


Resepi cinnamon chocolate chips cookies

Bahan2

1 cwn unsalted butter
1 cwn gula perang
1 cwn gula 
1 biji telur
1 sk vanilla
1 1/2 cwn all-purpose flour
1 sk baking soda
1 1/2 sk garam
2 sk serbuk cinnamon (FnF letak 1sk je)
1 1/2 cwn chocolate chip

Cara2

Panas oven 180degC, alas loyang dengan parchment paper
Pukul butter dan gula hingga kembang, tambah telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
Ayak tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk cinnamon, masukkan ke dalam mixing bowl tadi.
Gaul sebati.
Masukkan coklat chip, gaul guna tangan hingga sebati.
Sudukan adunan kukis ke dalam loyang pembakar, bakar 10-12 minit atau hingga masak (perang keemasan)
Sejuk kan dahulu 2-3 minit sebelum dipindahkan ke wire rack.


Resepi Rich chocolate pudding

Bahan2 ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara2


Campurkan semua bahan kecuali butter, kacau dan tapis ke dlm periuk.
Masak  sehingga mendidih (kacau selalu).
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Kalau nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding.

Monday, November 5, 2012

Moist chocolate cake & Budou gari

Assalamualaikum... salam buat semua...

Trip FnF bersama adik2 geng Chibadai ke kebun anggur pada 7 Oct 2012... baru ni nak update... Musim anggur pun dah berakhir... skrg diganti dengan musim buah persimmon (pisang kaki) dan mikan (limau). 


Kebun anggur ni located near Chiba...around 30 minutes je dari rumah kami. Bayaran masuk dikenakan pastu boleh makan puas2 sampai kembung perut... Haaaa... inilah dia tukang petik buah anggur... makan nye tak pun... dah petik kena makan kat kebun tu jugak... kalo nk bawa balik kena timbang dulu dan dikenakan bayaran.


FnF sempat buat burgers dan juga moist chocolate cake for our breakfast at the kebun... adik2 geng Chibadai pula bawa bento nasi goreng... meriah betul piknik kami pagi tu dengan bekalan yang di bawa... sambil petik dan makan anggur pelbagai versi... antaranya hijau, purple dan merah... 




Berbalik pasal moist chocolate cake ni... terpesona bila FnF memandang di blog kak Azie Kitchen. Resepi asal di sini. Memang best kek coklat ni... lagi pulak makan ramai2 kat kebun.


Bahan2

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan minyak sayuran/jagung
1 1/2 sk esen vanila
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara2

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
Lenser loyang 10 inci aau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. 
Putar sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. 
Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Chocolate Ganache (Ini resepi asal dari Kak Azie Kitchen)

4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. 
Kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. 
Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.

Chocolate ganache yang FnF guna

1 cawan double cream
250g dark chocolate
2sb golden syrup

Panaskan double cream, tuang ke dalam bowl berisi dark chocolate yg telah dipotong kecil2. Kacau hingga semua coklat mencair dan sebati. Masukkan golden syrup, kacau sebati. Sejukkan agak2 likat macam susu pekat manis bolehlah dicurah atas kek yg telah sejuk.

Resepi Buttermilk

Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice

Masukkan white vinegar atau lemon juice ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.

Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.


Hmmmm... FnF terasa nak makan kek cekelat lagi...aduhaiiii...kena membaking lagi le esok lusa ni... alahai... T.a.M.M.a.T

Friday, November 2, 2012

3D wall painting

Assalamualaikum... Salam di pagi Jumaat dari FnF... 



On the way back to Chiba from Nagoya... FnF singgah untuk solat dan dinner di sebuah hentian rehat lebuh raya... Tertarik dengan lukisan dinding 3D pada dinding2 restoren dan kombini kat hentian rehat ni...


Oh.. yang sebelah kiri tu bukan adek tauuu... yang tu lukisan... 


Ini baru betul 2 beradik... Ilmi Ridwan dan Ilmi Rayyan... with the polar bears...


Panda @ Tully's coffee...


Sementara menunggu FnF solat... abang tolong jaga adek sat...


Ada juga disediakan EV quick charging station for electric vehicles...


Hari semakin senja...


Restoren dan shopping complex di hentian rehat lebuh raya... ready untuk teruskan perjalanan...


FnF selamat sampai ke destinasi home sweet home almost 12 midnight... T.a.M.M.a.T...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...