Tuesday, July 31, 2012

Kuih lopes

Assalamualaikum...salam buat semua...

Hmmm naik jemu dah dok pos entry kuih-muih je... nak buat cmane kan... bulan puasa ni FnF memang tak kemana-mana pun... belum sempat lagi shopping mopping mahupun iftar di luar atau membeli makanan di PaRam belakang rumah FnF (ada ke...iyea kan je laaa...haishhh)


Menu kuih tersama lak ngn Asmara Life nun jauh di Yamagata. Kuih JLo As memang menarik seh...masak guna microwave... As guna beras pulut Jepun, FnF pula guna beras pulut Thai... tak sure versi microwave ni leh apply ke ngn  pulut Thai. 

FnF siap kol ibu di kampung cara2 buat kuih lopes. Ibu FnF kata masak beras pulut ni tak boleh terlebih air...nanti kembang tak sedap... Ibu FnF bagi 2 kaedah memasak. Cara pertama versi tanak. Didihkan dulu air baru masak pulut cam biasa. Versi kedua kukus... yang versi microwave tu mak FnF tak sempat nak belajar dulu2.. jadi tak leh nak turunkan ilmu...


Resepi ibu FnF agak2 je sukatan airnya... FnF kongsikan resepi kuih lopes dari dapur Raidah yang telah FnF gandakan sukatannya sebagai panduan... 


Bahan2


4 cawan beras pulut (rendam dengan air campur pewarna hijau selama 3 jam)
1sk garam
4 cawan santan cair (FnF letak agak2 je seperti yang diajar ibu... )
sedikit air daun pandan (tak de, guna pewarna hijau perisa pandan)
kelapa parut digaul sedikit garam secukupnya 


Cara2


Cuci beras pulut yang telah direndam tadi
Masukkan dalam loyang dan kukus sekejap lebih kurang 20 minit, gemburkan
Masukkan garam dan perisa pandan kedalam santan cair
Masukkan santan cair (sama level ngn beras atau lebihkan sikiiit je dengan butir beras...) ke dalam loyang tadi. 
Kukus lagi sehingga masak. Gembur sekali sekala agar masak sekata... (picit2 ngn jari nak check pulut dah masak dan lembut).
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.


p/s:  untuk perantau bolehlah gunakan kelapa kering, masukkan sedikit demi sedikit air panas sehingga kelapa betul2 kembang


FnF guna sushi mould untuk bentukkan bulat... then balut daun pisang

Sejukkan dulu... then baru potong bulat2... potong tebal2 sket dan leperkan ...  salut kelapa parut elok cantik sama besar kuih lopes tu nanti
Bahan Untuk Air Gula

3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan disimpul.

Cara2

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.

Monday, July 30, 2012

Mango mousse cake ... donut untuk jamuan iftar bersama Geng Chibadai

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera semua...

Sambungan entry semalam untuk projek iftar di rumah FnF bersama adik2 yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir...



Selain sambal telur yang simple dimple tu, FnF sempat sediakan 2 juadah manisan. 

Kuih donut FnF buat untuk hidangan berbuka sebelum solat maghrib...


Mango mousse cake pula FnF buat khas untuk acara moreh... jamu kek aje sebab masing2 pun dah kenyang makan kuih-muih, nasi dan pelbagai lauk-pauk semasa berbuka... 


FnF seyes tak sempat nak snap gambar kek ni masa moreh tu... seb baek ler ada simpan 2 keping untuk tuan rumah... ngeee... dapat le jugak amek gamba sekeping dua dan share resepi ngan kawan2 kat sini...



Untuk resepi donut boleh dapatkan di entry lama FnF... hmmm... tengok entry lama resepi donut ni terus rindu mak kat kampung...sob3x T_T


Jom kita tengok cara2 nak buat mango mousse cake... 



Bahan2 kek span (olahan dari resepi kek span Mat Gebu) - FnF guna loyang 4 segi 8 inci, boleh guna loyang bulat juga...


5 biji telur M size
130 g gula
125 g tepung gandum* ( FnF guna 140 g tepung kek jepun)
1 st baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 sudu kecil esen vanilla
2sb susu segar/cair

Cara2

Satukan telur, ovalatte, gula dan esen vanila. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
Potong 3 mendatar.

p/s: kalo guna electric hand whisker mcm FnF boleh la diasingkan putih dan kuning telur. Pukul asing2 dulu baru kaup balik putih ke dalam kuning telur.

Resepi mousse dan topping dari kak Rima disini...

Mango Mousse

17g serbuk gelatin
60g air panas
350g Whipping Cream
3sb gula icing
300g puree mangga (FnF guna mangga dalam tin blend halus - buang airnya)
200g mangga
Topping

150g puree mangga
1sb serbuk gelatin
4 1/2 sb air panas
mangga kiub secukupnya untuk hiasan

Cara2

Mango mousse
Pukul whip cream dan gula icing hingga kental (jgn terlebih putar). Sejukkan
Dalam bekas lain, larutkan gelatin dengan air panas. Kemudian campurkan gelatin dengan puree mangga. Gaul sebati.
Masukkan puree mangga ke dalam whip cream yang telah dipukul kental tadi. gaul hingga puree mangga betul2 sebati dengan whip cream.
Bahagikan 3 bahagian sama banyak

Topping

Larutkan 1 sb gelatin dalam air panas.
Campurkan ke dalam puree mangga. Kacau hingga sebati.

Assemble

Sediakan loyang (loose pan). Letak 1 keping kek span.
Lapiskan dengan 1 bahagian mousse. Tabur kiub mangga rata-rata
Letak 1 keping kek span lagi.
Lapiskan dengan 1 bahagian mousse lagi dan taburkan kiub mangga.
Ulang untuk lapisan ketiga.
Simpan peti ais sekurang2nya sejam untuk mousse mengeras.
Akhir sekali letakkan topping puree mangga. Taburkan kiub mangga sebagai hiasan. Sejukkan 3-4 jam dalam peti ais sebelum dikeluarkan dari loose pan.

p/s - Jika loyang tak cukup tinggi untuk tampung tinggi kek dan mousse, boleh buat 2 lapis kek aje.. lapisan ketiga tu boleh guna gelas ala2 tiramisu tu ye... untuk sekeping kek dan 1/3 bahagian mousse menghasilkan 2 gelas mango mousse cake...

Sunday, July 29, 2012

Projek masak-masak onna-onna untuk Iftar Geng Chibadai

Assalamualaikum...salam sejahtera semua...

Projek release tension adik2 Msian Chibadai yang sedang bergelut dgn final exam yang bermula dari Isnin yang lalu selama 3 minggu. Untuk hilangkan seketika tekanan belajar, adik2 onna buat projek masak2 petang Jumaat yang lalu untuk iftar hari ke 7. Masak di rumah masing2 dah siap baru bawa ke rumah FnF untuk set up.

Juadah iftar kami
Kami iftar ala kadar dengan kurma dan kuih muih...Selepas solat maghrib berjemaah baru la makan nasik kenyang2... 


Antaranya kuih muih yang disediakan muffin kiwi, keria dan donat.


Juadah kami hari tu lauk-pauk ala kampung... FnF hanya masak telur sambal, air asam kicap dan sambal belacan je... lauk pauk lain ditaja oleh adik2 onna... 

sayur lemak labu
Ayam masak kicap
Ikan bakar
Telur sambal
sambal belacan dan air asam kicap
Seterusnya otoko2 solat isyak dan terawih di surau berhadapan Chiba University. Solat terawih akan habiskan satu juzuk Al-Quran... onna2 pula solat Isyak, Terawih dan bertadarus di rumah FnF. sempat juga berusrah malam tu sementara nak tunggu otoko pulang dari terawih (lebih kurang jam 10 malam).

Acara kami berakhir dengan moreh... FnF jamu mango mousse cake untuk moreh... gambar masa moreh dah lupa nak amek... huhu... tepat jam 11 malam tetamu bersurai. 

Adik2 otoko yang hadir
Alhamdulillah, dapat berkumpul beramai2...menikmati hidangan berbuka dan moreh sambil sembang bergossip2...haishhh, solat berjemaah dan bertadarus beramai2, at least dapat mengurangkan tekanan belajar adik2 perantau diminggu2 peperiksaan... Cuti hujung minggu mereka habiskan dengan study lagiii untuk exam minggu depan... lepas habis exam ni mereka akan pulang beraya di tanah air... boleh laaa beraya sakan...





Saturday, July 28, 2012

Puding susu coklat... nikmatnya berbuka puasa...

Assalamualaikum... salam sejahtera semua...


Bulan Ramadhan ni nak amek gambar pun cepat2 je... FnF ni lagi laaa... start masak lepas solat asar termasuk buat kuih muih... kuih muih yang perlu disejukkan dulu macam puding, kuih talam FnF akan buat pagi...  Hari ni FnF just want to share our dessert for iftar yg sgt sedap...


Puding susu coklat resepi Love... memang best sgt... satu femili suka... resepi nya mudah... rasa sedap... anak2 FnF pun suka... terima kasih love untuk resepi puding susu coklat yg best ni. 


Bahan2

10gm serbuk agar2
350ml air
650ml susu perisa coklat UHT
100gm gula pasir
secubit garam
3/4 sk coklat emulco (FnF letak 3-4sb coklat ganache lebih topping cake... microwavekan sekejap utk cairkn balik ganache tu)
Susu cair Ideal

Cara2

Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula. Kacau hingga larut.
Tuangkan susu coklat UHT. Masukkan garam dan coklat emulco.
Kacau selalu hingga didih sedikit. Padamkan api.
Tuangkan ke dlm acuan kecil. 
Biar suam dulu dan masukkan ke dlm peti sejuk. Sejukkan.

Curahkan susu cair ke atas puding sebelum disajikan.
Kalau nak buat puding susu strawberry, gantikan aje susu perisa coklat ngan perisa strawberry dan tambah strawberry emulco.

Friday, July 27, 2012

Roti jala, apam keledek, kuih talam pisang... menu iftar dan moreh lagi

Assalamualaikum...salam sejahtera semua...

Kuih-muih untuk iftar dan moreh lagi... FnF buat banyak sebab jemput rakan2 yang solat sunat terawih di surau untuk sama2 moreh di rumah FnF...


Roti jala dah selalu buat... resepi main agak2 je... FnF buat 1kg tepung... boleh tengok di entry lama FnF disini untuk resepi roti jala.


Apam keledek pula terjadi kes nak habiskan keledek belen buat kuih keria iftar hari sebelumnya... asal resepi dari fotopages Kak Ratna (Kak Madiha) di sini. Adunan ni kena perap sejam baru dikukus dan naik cantik... FnF nak cepat sebab kejar waktu berbuka... perap sekejap je... pun kejadiannya gebus dan lembut... cuma tak nak mekar macam apam keledek Kak Madiha... resepi ni juga yang diguna untuk membuat apam labu yang popular seantero dunia blogger memasak... terbaeklah resepi kak Madiha ni...

Bahan2 A
3 tbsp Tepong gandum
2 tsp yis segera
1 tsp gula kastor
3 tbsp air suam


Bahan2 B
200 gm keledek (dikukus) (MaDiHa guna keledek warna purple)
180 gm gula kaster (MaDiHa guna 150 gm)
1 biji telur
150 ml santan pekat


Bahan C (di ayak bersama)
200 gm Tepung gandum
1 tsp double action baking powder


Cara2
Campurkan bahan2 A dan kacau sampai sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Campurkan semua bahan2 B dan dikisar halus.
Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
Masukkan pula bahan2 A dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
Panaskan kukusan dan bolehlah dikukus apam tadi samada dlm loyang besar atau acuan kecil2 sehingga masak. (pastikan sapukan sedikit minyak masak pada dasar loyang atau acuan)


Kuih talam pisang FnF gunakan resepi dari Chef Hanieliza di sini... terima kasih buat semua penyumbang resepi... ;)


Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang dilecek
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning


Cara2
Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.


Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam


Cara2
Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
Kukuskan lagi 20 minit.
Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

Thursday, July 26, 2012

karipap dan puding kastad berkuah koktel... hidangan moreh

Assalamualaikum ... salam sejahtera semua...

Karipap dan puding kastad berkuah koktel ni menu iftar dan moreh hari kedua puasa sebenarnya... haishhh...berzaman dah baru nak update sebab kena tunggu turn... ngeee...


Ramadhan diperantauan sama juga seperti di Malaysia... kami gunakan waktu malam untuk bertadarus, solat Isyak dan berterawih berjemaah... kaum muslimin yang berkelapangan akan ke surau Chiba berhadapan Chiba University... solat sunat terawih di surau Chiba akan habiskan 1 juzuk Al-Quran setiap malam. Maka tamat Ramadhan khatamlah 30 juzuk Al-Quran di Surau Chiba. Malam sebelum raya akan diadakan majlis khatam Al-quran yang serba ringkas.


Selepas Iftar hari kedua tempoh hari, FnF sediakan juadah moreh untuk rakan2 Malaysia yang solat terawih di Surau. muslimah pula solat Isyak, terawih dan bertadarus berjemaah di rumah FnF. FnF sempat sediakan juadah kuih karipap dan puding koktel berkuah... ada juga bubur kacang hijau disediakan oleh sahabat FnF (Kak Yan)... seperiuk bubur kacang hijau untuk kami moreh malam tu beserta hidangan sampingan yang FnF sediakan. Memang meriah...


Majlis moreh bermula lebih kurang jam 10.30 malam... kekenyangan especially juadah bubur kacang hijau Kak Yan yang sangat sedap sampai tak sempat amek gambar...ngeee... bangun sahur jam 2.30 pagi pun masih kenyang... Pukul 3 pagi dah masuk waktu Subuh di musim panas ni.


Resepi karipap dari myresipi disini... FnF tulis disini untuk rujukan FnF dikemudian hari... terima kasih nasuha 1523 di atas perkongsian resepi.

Bahan-bahan ( 50 biji ) Doh Karipap 

500 g tepung gandum - diayak
½ sb garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin - FnF guna 100g terus ;)
1 biji telur
½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz.
250 ml air (anggaran je - stop letak air jika dah dapat doh yang lembut)
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara2 doh

Masukkan tepung dalam mangkuk.
Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mgkt jenis tepung. Rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sudu besar inti .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

p/s - FnF kelim guna karipap mould ye... nak cepat siap...ngeee


Bahan Inti 

500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Cara2 Inti 

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Puding koktel berkuah memang le feveret FnF di musim panas... tambahan lagi bulan puasa... sejuk dan nyaman menikmati puding koktel ni ketika iftar. Tak boleh makan banyak sebab tinggi kandungan gula... so FnF buat untuk moreh... makan ramai2... 


Bahan2 Puding kastad

1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1 cawan santan (FnF ganti susu segar)
4 cawan air

Bahan2 Kuah kastad (FnF guna resepi dari kak Nor secubit garam disini)

500ml susu segar atau 1 tin susu cair
6 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
1sk esen vanila

1 tin buah2an koktel
1 tin nanas dalam tin
1 tin nata de coco (FnF tak letak)

Cara2 Kastad

Masukkan bahan kastad dalam periuk... kacau sebati.
Masak hingga likat dan pekat.
Masukkan dalam loyang dan sejukkan
Simpan dalam peti ais

Cara2 Kuah kastad

Masukkan susu, gula dan tepung kastad dalam periuk... gaul sebati
Panaskan sehingga gula hancur dan kuah likat sikit.
Sejukkan

Dalam bowl besar satukan kuah kastad, buah2an koktel, nanas kiub dan nata de coco.
Masukkan sekali air di dalam tin buahan koktel dan nanas.
Gaul sebati dan sejukkan.
Masa nak hidang barulah dipotong puding kastad dan masukkan sekali dalam bowl besar tadi (kalau masukkan awal puding kastad takut hancur lak...







Wednesday, July 25, 2012

Yakiniku... oh yakini ku ^U^

Assalamualaikum... salam sejahtera semua...


Kadang2 boring juga berbuka dengan nasik kan... so apa kata kita tukar menu plak... dibuat atas permintaan encik suami... gambar2 ni pun diambil ketika kami sedang menjamu selera sambil beryakiniku... meriah sungguh iftar FnF...ehehe... Alhamdulillah


Yakiniku tu apa ek?  


Yakiniku is Japanese term untuk grilled meat... dalam ertikata lain Japanese style BBQ... 


Huh.... adek... mana seluar tuuuu... ngeeee... ampun aunty2 semua... saya cekci pakai pampers aje
Tapi size daging tu bukan le besar2 dan tebal2 macam western style BBQ... daging untuk yakiniku dipotong nipis2 dan kecik2... bite-size... style makan panas2 ... hot from the grilled pan... ada ke istilah tu ek...ehehe


Bahan sos yakiniku Jepun antaranya kicap syoyu, bijan, mirin, sake, cuka buah (fruit juice), dan bahan2 sampingan lain seperti halia, garam dan gula... ada sos perap yakiniku yang halal tak mengandungi mirin dan sake... 


memandangkan tekak FnF tak berapa nak ngam dengan rasa cuka yang agak tajam dalam sos perap tu...Maka FnF guna bahan2 dibawah untuk perapan... maka yakiniku dah jadi oh yakini ku... ehehehe...

Bahan2


500g daging lembu potong nipis2 (bite size)


Bahan perap
1 biji bawang besar (saiz kecik) *
3 ulas bawang putih *
1cm halia *
1 kiub pati ayam * (kisar)
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam jika perlu


Cara2


Kisar bahan *
Perap daging dengan bahan perap 2-3 jam
Sedia untuk menggrill.


FnF guna lebihan bahan marinate untuk buat sos curah atas kentang putar dan daging. Just masukkan lebihan bahan marinate dalam periuk kecik. Masukkan sedikit air dan didihkan. Masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Tembikai sememangnya sinonim ngan bulan puasa kan... selamat berpuasa semua... ;)

Tuesday, July 24, 2012

Apam pisang cekelat... untuk Iftar day 1 lagiiiii...

Assalamualaikum...Salam sejahtera buat semua





Haishhh tak habis2 lagi entry Iftar day 1 ye...ehehehe... diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa... mudah2an diringankan badan kita untuk lebih banyak beribadah kepada Allah swt di bulan yang mulia ni...




Actually apam pisang coklat ni merupakan feveret anak2 FnF selain cekodok pisang ... laju je anak2 masuk mulut kalau dibuat saiz kecik2... Memang gebus dan lembut apam pisang ni... resepi dari myresipi disinikalau ada pisang masak ranum tu boleh laaa dicuba resepi mudah ni. 


Bahan2


2 cwn tpg gandum*
2 sudu makan serbuk koko*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder* (semua bahan * diayak bersama)
1 sudu teh garam
1 cwn pisang emas dilecek
1 cwn minyak masak
1 1/2 cwn gula perang
2 biji telur dipukul

Cara2

Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan bahan yg tlh diayak tadi. Kemudian masukkan pisang, minyak, dan garam, kacau sebati.
Panaskan kukusan.
Masukkan adunan dlm cawan kecil dan kukus 10 ke 15 minit sehingga masak
Pastikan air kukusan betul2 panas dan didih.

Monday, July 23, 2012

Cookie-dough chocolate cheese brownies... lagi

Assalamualaikum... salam ramadhan...


Selamat berpuasa buat semua sahabat FnF yang beragama Islam... di mana sahaja anda berada. Jika di Malaysia tentulah Iftar nya meriah dengan pelbagai hidangan samada yang dimasak sendiri mahupun yang dibeli dipasar Ramadhan. Kami di Chiba sambutannya sederhana sahaja... Di musim panas ni kami mula berpuasa seawal jam 2.50 pagi sehingga jam 6.58 malam. Alhamdulillah beberapa hari ni cuaca tidak terlalu panas sekitar 25degree C sahaja. 


Cookie-dough chocolate cheese brownies yang FnF bawa semasa iftar hari pertama FnF bersama adik2 berbuka puasa di Kaikan Hall. Cheese brownies ni sedap disebabkan crunchy cookies atas cheese brownies tu. Yang rangup2 tu yang best kan... 

FnF dah pernah buat sebelum ni... sebab best FnF buat lagi untuk adik2 FnF rasa.  kali ni FnF doublekan adunan brownies...Untuk resepi klik di sini ye... ;) 

Sunday, July 22, 2012

Iftar Day 1 bersama Geng Chibadai... non-baked peach cheesecake soooo yummy

Assalamualaikum wbt...salam hujung minggu buat semua...


Semalam FnF berpeluang berbuka puasa bersama adik2 FnF di Kaikan Hall (Dewan International House, Chiba University)... 


Macam2 menu adik2 FnF masak... kami berbuka puasa dengan kurma, murtabak dan air bandung cincau... sedap tauuuu murtabak adik2 FnF niii... hilang rindu murtabak Malaysia... terbaek lah... rasa2 FnF murtabak pasar Ramadhan pun tak leh celen...ehehehe... seyes tak tipuuuu....


Selepas berbuka ala kadar kami solat maghrib berjemaah dan solat hajat sempena minggu peperiksaan yang akan bermula esok selama tiga minggu... Selesai solat baru kami makan sungguh2...ngeee... 


Main menu kami semalam nasi minyak, ayam masak merah dan sayur goreng... Juadah sampingan... pengat pisang...



Peach cheesecake... semua dibuat oleh adik2 FnF...hebat mereka ni memasak...


FnF bawa apam pisang coklat dan cookie-dough chocolate cheese brownies sebagai juadah tambahan...


Menurut adik FnF peach cheesecake ni mereka jenguk didapur ABM scent of kitchen disini... resepi asal dari CMG dapur tanpa sempadan... Terima kasih buat penyumbang resepi...


Resepi asal guna mangga... adik2 FnF gantikan dengan peach... pun sedap... FnF nak share resepi disini untuk rujukan FnF dimasa akan datang... ;)


Jom kita tengok resepi peach cheesecake yang sangat sedap niii... edisi adik2 FnF adalah edisi ABM yang telah diubah suai sedikit mengikut bahan yang ada di Nihon... base menggunakan biskut Ritz... loyang 18cm...

Bahan2 base

40 keping biskut ritz
50g butter - dicairkan
1 genggam kepingan badam - digoreng tanpa minyak

Bahan2 peach cheesecake

200g creamcheese - dilembutkan
60g gula kastor
1 biji buah mangga - dikisar menjadi puree - ganti yellow peach
beberapa hirisan dadu buah peach dalam tin - untuk hiasan
1 1/2 sudu besar gelatin halal
110ml air panas@suam
200ml whipping cream

Cara2 

Base

Kisar biskut dan badam didalam food processor, masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati kemudian, letakkan didalam loyang 18cm (yg boleh ditanggalkan). Tekankan biskut tersebut sehingga mampat dan rata. Letakkan didalam peti ais sementara membuat cheesecake nya.

Peach cheesecake

Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putar sebati. Kemudian, masukkan puree mango (ganti puree peach)  kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
Kemudian, masukkan gelatin kedalam adunan dan gaul sebati. Setelah itu, masukkan kedalam loyang yg ade base biskut tadi. Ratakan dan simpan didalam peti ais sehingga kek membeku. Lebih kurang 3-4 jam. Bila dah siap, bolehlah dihias dengan potongan mango dalam tin tu kat atas cheesecake tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...