Friday, April 27, 2012

Fruit Jelly cake

Assalamualaikum...salam sejahtera semua...

Fruit jelly cake ni FnF buat untuk bentou Ilmi... Ilmi tak ambil lunch yang disediakan oleh pihak sekolah kerana tak halal...menu lunch sekolah Ilmi ni pada FnF hebat juga lah... antaranya curry rice (yang amat popular di Jepun), hamburger with potato chips, pizza toast, nasi goreng with vege springroll (popiah), Milk roll bun dengan sup sayur, macaroni bolognese with bun...  nasi dan lauk2 jepun...  Ilmi hanya ambil fresh milk sahaja... so everyday Ilmi akan bawa bentou ke sekolah dengan menu yang tak sama langsung lebih kurang sama dengan menu lunch yang disediakan oleh pihak sekolah... 


Pada hari Selasa lalu menu lunch sekolah Ilmi antaranya fruit jelly sebagai pengganti buah... Makanya FnF pun dengan rajinnya buat fruit jelly yang lagi best dari sekolah punya...  ala2 triffle gitu... letak dalam bekas kecil untuk senang ilmi bawa ke sekolah. 

Bila balik sekolah aje Ilmi kata "mama... kawan2 punya fruit jelly ada jelly ngan buah stoberi je...ilmi nak yang mcm kawan punya" ... dush... sabo je laaa... jawabnye lepas ni mama buat fruit jelly simple2 sudah...

Apapun... pada FnF fruit jelly cake ni memang best... mudah... simple...yang penting sekali...sedapppp... esp bila dimakan sejuk2... resepi asal oleh CMG disini... 


Bahan2 kek span vanila (loyang 9 inci)

5 biji telur size M
150g gula
15g ovalet
140g tepung halus*
1 sk baking powder* (* diayak bersama)
1sk esen vanila
70g minyak jagung
2 sudu besar susu segar

Cara2

Pukul telur, gula dan ovalet hingga betul2 kembang dan gebu.

Cara FnF (sesuai jika menggunakan hand mixer) - Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga meringue, dalam bowl lain pukul kuning telur bersama gula dan ovalet hingga kembang dan gebu... kemudian satukan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan tadi.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kaup balik hingga sebati. Masukkan minyak jagung, esen vanila dan susu segar. Gaul rata.

Bakar pada suhu 170degree C selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan. Potong mendatar menjadi 2 keping kek. Ketepikan.



Bahan2 kastard

400 ml susu segar
2 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung jagung
20 g tepung gandum
4 g serbuk jelly (tak perlu jika buat dalam bekas/gelas)
1 camca teh esen vanila

1 camca besar mentega dan secubit garam

Cara2
Satukan semua bahan kecuali mentega, dalam satu bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara double boiler. Masak hingga pekat, tapi jgn terlalu pekat. Angkat dan masukkan mentega, gaul hingga sebati. 

Bahan2 Jelly

700ml air
6 g serbuk jelly

100 g gula
150g nanas - kisar dan tapis ( resepi asal xde)

Cara2

Blend nanas dengan sedikit air dari 700ml air tadi dan tapis. Larutkan serbuk jelly, gula, air dan nanas tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. 

Boleh juga gantikan nanas  dengan jus buah oren + sunquick.

Bahan2 lain


Buah2an pilihan masing seperti peach, strawberry, laici, kiwi (FnF guna stoberi, oren dan nanas untuk bentou... yang sebiji lagi FnF guna peach dalam tin aje ngn anggur...)
Jem aprikot - utk kilatkan buah (FnF tak letak) 


Cara2 assemble

Untuk versi dalam gelas/bekas kecil

Potong kek kpd 2 bahagian mendatar. Gunakan satu bahagian saja.
Setengah biji kek tadi FnF potong kiub dan masukkan dalam bekas kecil. 
Taburkan buah2an yang dipotong kiub (FnF guna stoberi, oren dan nanas),
Tuang kastard... Taburkan lagi buah2an.
Tuang jelly. Sejukkan dalam peti sejuk.

Untuk versi kek


Masukkan setengah bahagian kek tadi kembali ke dalam loyang berukuran 9 inci yg telah dilenser sedikit bhg tepi tin dgn mentega. (guna loose tin).

Tuang kastard tadi ke dalam loyang yg berisi kek, ratakan sehingga memenuhi permukaan kek dan bahagian yg kosong. 

Susun buah2an mengikut kreativiti masing2. 

Tuang jelly atas buah2an tadi. Biarkan sejuk (simpan dalam peti sejuk 2-3 jam). Keluarkan dari acuan dengan cermat. 

Adunan kastard dan jelly perlu double... dalam resepi setakat cukup utk sebiji kek sahaja.

Thursday, April 26, 2012

Tulip di Akebonoyama Nogyokoen, Kashiwa

Assalamualaikum... salam sejahtera...

Menikmati keindahan tulip di Akebonoyama Nogyokoen, Kashiwa, Chiba...

Ikut weather forecast pagi tu dijangka hujan berterusan di Kashiwa, Chiba dari pagi sehinggalah ke petang...

Mr FnF kata amek gambar bunga yang disirami air hujan mesti cantik kan... Jadi kami pun amek keputusan utk redah aje hujan itu...hehe

Hujan di Jepun ni biasanya renyai2 sahaja...tapi... duration dia toksah cerita laaa... boleh jadi sehari suntuk...lama kan... Namun Alhamdulillah... hujan renyai2 dalam sejam...pastu stop...yesss...

Sedang menikmati keindahan tulip... ternampak sekuntum bunga...lain dari yang lain... 

What is red and yellow?oh... it's hybrid ;)

Its raining but worth it... cantik sungguh bunga2 tulip yang disimbahi air hujan renyai2...

Di sini juga dibina Windmill yang berhadapan dengan tasik kecik di tengah2 taman mengindahkan lagi kawasan... dah macam kat Holland ye tak...kat Msia pun ada windmill apaaa... tak boley lupa keenakkan steak ostrich @ the Windmill Station... iklan jap...

Hujan2 nih...mmg cepat je lapar... mama...lapa3x...

Lepas makan sambung xtvt jalan2 ditengah tasik sambil bagi makan ikan koi...suka lah imi...

Oh adek... Uruturoman ngn puting... memang tak boley tinggal...

Adek tengok tu...ada kura2... 

 he's sleeping under the bridge...

Dan aksi2 berkejaran di taman bunga pun bermula...

Dah macam citer hindustan...

Mood baik.. layan je kanak2 riang nih...

Kuch2 hota hei gitu... "Anjaliiii..."

Dah...Jom balik...

Petang tu on d way balik rumah hujan renyai2 turun semula...berterusan hingga ke malam hari... sejukkkk... T.a.M.a.T...













Wednesday, April 25, 2012

Mango cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Actually FnF buat kek ni untuk makan-makan dengan adik2 FnF di sini... 

Hmmm...dari atas nampak cam lonjong lak kek ni ye... confuse...FnF tak de edit gambar pun...ke mata FnF je nampak lonjong... huhu
Kalau dulu bila ada jamuan makan2 terasa sangat meriah... ramai keluarga melayu...ada yang belajar, ada yang bekerja... bila berjumpa riuh-rendah dengan suara budak-budak... itu belum masuk lagi adik2 yang belum berkeluarga... sekali masak dalam 30 cawan beras juga lah... paling meriah bulan puasa...hampir setiap hari bertukar rumah berbuka puasa dan bertarawih...ikut turn gitu... meriahnya kalah berpuasa di Malaysia... 


Tahun ini dah ramai yang pulang ke tanah air... bagi FnF memang terasa sunyinya... kerana kami sangat rapat ibarat keluarga sendiri... 


Huhuhu...dah macam luahan perasaan pulak dah... abaikan aje ye... Berbalik kepada kek... resepi asal dari kak hana... FnF olah dengan menggantikan base biskut kpd sponge cake dan masukkan puree mangga ke dalam adunan krim keju... untuk resepi yang asal kak Hana boleh dapatkan disini... 


Bahan2 kek span vanila (loyang 9 inci)

5 biji telur size M
150g gula
15g ovalet
140g tepung halus*
1 sk baking powder* (* diayak bersama)
1sk esen vanila
70g minyak jagung
2 sudu besar susu segar

Cara2

Pukul telur, gula dan ovalet hingga betul2 kembang dan gebu.

Cara FnF (sesuai jika menggunakan hand mixer) - Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga meringue, dalam bowl lain pukul kuning telur bersama gula dan ovalet hingga kembang dan gebu... kemudian satukan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan tadi.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.  Kaup balik hingga sebati. Masukkan minyak jagung, esen vanila dan susu segar. Gaul rata.

Bakar pada suhu 170degree C selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan. Potong mendatar menjadi 3 keping kek. Ketepikan.

Bahan2 cheesecake

250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
15g gelatin + 60ml air panas
80g puree mangga (FnF guna mangga dalam tin blend tanpa air guna food processor)
potongan mangga secukupnya (potong kiub)

Cara2

Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.

Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. Boleh juga guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut atau microvawekan 1 minit - FnF guna microvawe.

Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan puree mangga. Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kiub. Gaul sebati.
Bahagikan krim keju ini kepada 3 bahagian sama banyak.

Topping

150g puree mangga
50ml air panas + 1sudu besar gelatin
Potongan mangga secukupnya

Cara2
Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree. Kacau sebati.

Cara assemble

Gunakan loose pan size besar sedikit dari size kek. Guna loyang yang sama pun ok. cantik juga...

Letak sekeping kek span vanila dalam loyang loose pan. Tuang satu bahagian cream cheese di atas kek tadi.
Letak sekeping lagi kek span. Tuang lagi 1 bahagian cream cheese. Letakkan 1 keping lagi kek span dan tuangkan cream cheese bahagian yang terakhir. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam.

FnF buat 2 lapisan sahaja. Baki 1 keping kek dan 1 bahagian mango cream cheese FnF buat dalam gelas ala-ala mango tiramisu... dapat 2 gelas... tak sempat nak ambil gambar... :(

Setelah cream cheese mengeras tuang topping atas kek yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan potongan mangga. Simpan peti ais sehingga topping mengeras 2-3 jam. Keluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.

Monday, April 23, 2012

Apple crumble cupcakes

Assalamualaikum...salam buat semua...


FnF telah jatuh cinta dengan keenakkan kek ini... fruit pastry dari Sis Rima ... Sejak kali pertama mencuba ... FnF tak pernah jemu menikmati keenakkan kek ini... 

Kali ini FnF telah mengolah sedikit resepi asal fruit pastry dengan menambah potongan kecil buah epal yang telah dimasak bersama gula sehingga lembut ke dalam adunan kek... FnF juga gunakan muffin cup dan menabur coklat cip crumble sebagai topping cupcakes...hasilnya... wallaaa... best sgt2... lagi sedap dari KR vanilla muffin... Mr FnF kata...  ^U^  ... 

Keenakkan berganda dengan topping coklat cip crumble yang rangup tu... 


Berikut adalah resepi yang telah diolah untuk menghasilkan Apple crumble cupcakes


Bahan2

100g butter, lembutkan
150g gula halus
50g sour cream/ plain yogurt
3 telur
1 sk esen vanilla
210g tepung halus*
11/2 sk baking powder* (ayak sekali)
1 biji buah epal merah saiz sederhana + 2 sudu besar gula

Topping Crumble
80g tepung gandum
35g butter
35g gula
40g coklat chip

Ramas2 gula, mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk crumble. Masukkan cip coklat. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk.

Cara2

Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil (3mm). Gaulkan dengan 2 sudu gula. Masak sehingga epal jadi lembut. FnF panaskan guna microwave selama 3 minit.
 
Pukul butter, gula dan sour cream/yogurt hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sebati.
Tambah esen vanila.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Pukul sebati dengan mixer.
Masukkan epal yang telah dilembutkan tadi. Kaup balik hingga sebati.
Sudukan adunan di dalam bekas muffin.
Tabur crumble dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C.





Friday, April 20, 2012

garlic butter pizza roll bun

Assalamualaikum...salam buat semua...


Garlic butter pizza roll bun... actually ini menu breakfast FnF last Monday ke Tuesday eh...ingat2 lupa... dah berhari2 baru nak masukkan di sini... FnF buat untuk habiskan lebihan sos beef bolognese dan garlic butter...


Masih menggunakan resepi doh roti dari dapur tanpa sempadan CMG... menghasilkan roti yang lembut... bila gigit terasa keenakkan roti dengan sapuan sos beef bolognese, melted mozarella cheese serta hirisan2  daging ayam dan sosej...bertambah best lagi sebab ada sapuan garlic butter dipermukaan roti.


Bahan2

250g tepung roti
50g gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softerner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g butter lembut
125 ml air suam

Inti

sos pizza secukupnya (FnF guna lebihan sos spaghetti beef bolognese)
3 batang sosej ayam, rebus, lap kering dengan towel tissue dan potong nipis2
sedikit hirisan ayam, saute bersama sedikit garam dan lada sulah
1/2 cawan keju mozarella
3 sudu besar mentega, suhu bilik *
2 ulas bawang putih, cincang halus *
1/2 sudu kecil lada hitam kisar kasar* (*gaul rata menjadi garlic butter)

Cara2

Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan hingga naik 2 kali ganda.


FnF guna bread maker

Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh roti, tunggu hingga siap.


Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat).
Sapu dengan sos bolognese atau sos pizza rata2 atas doh yang telah dicanai tadi.
Tabur hirisan ayam yang telah disaute terlebih dahulu, kemudian tabur sosej dan mozarella cheese rata2.... 

(boleh tabur segala khazanah topping pizza...since dalam sos bolognese FnF tu dah ada daging kisar, cendawan butang dan carrot cincang, FnF hanya tambah sosej dan ayam je...then terus tabur keju)

Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper.
Buat hingga siap dan perap 45 minit. 
Sapu permukaan doh dengan garlic butter. Boleh juga ditabur keju mozarella di atas permukaan doh.
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 ke 25 minit. 


Thursday, April 19, 2012

Biskut donut / snow white kukis

Assalamualaikum...salam buat semua...


Di Jepun, biskut-biskut yang halal tersangatlah limited... ingredient biskut cap Jepun ni kebanyakannya mengandungi bahan2 yang meragukan seperti shortening, margarine dan emulsifier yang tidak diketahui sumber nya samada dari haiwan atau tumbuhan... maka bila dah boring makan biskut yang sama je, kenalah FnF buat biskut untuk kudapan anak2... selalunya bila FnF buat biskut memang tak sempat nak ambil gambar... 1 hari je boleh habis...huhuhu... budak 2 orang ni memang suka makan biskut berbanding kuih-muih, kek hatta nasik sekalipun... nasib baik mama nye tak berapa rajin nak mengukis... (^o^)


Resepi asal biskut donut ni dari resepi citarasawanSumber FnF pula dari dapur Kak Ita masam manis. Memang best biskut ni... 


Bahan A

150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B

200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum ~ dikisar
3 sudu besar susu tepung

Hiasan

Coklat masakan putih (FnF guna dark cooking chocolate...boleh pakai ke nama snow white cookie tu? ehehe ... )
Manik berwarna warni (tak letak pun...)

Cara2

Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.

Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut. Guna cookie cutter pun ok.

Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna.

Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Celupkan sebelah permukan biskut. Taburkan manik. Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .

Zoom bunga disebalik donut cookie... ;p



Tuesday, April 17, 2012

Garlic butter bun

Assalamualaikum... Salam buat semua... 


Garlic butter bun... hampir semua org yg sudah mencuba roti ini memuji kesedapan nya... memang lembut dan sedap sangat. Ini kali kedua FnF buat. Versi pertama FnF buat bentuk finger bun hasil tunjuk ajar Izah di Izah muffin lover... buat untuk makan ramai2 dengan adik2 FnF di sini... Mr FnF tak sempat nak merasa...so FnF buat lagi untuk makan malam kami...


FnF gandingkan dengan menu dibawah... spaghetti bolognese (beef)... alahai...simple aje dinner FnF... 


Yang pasti roti garlic ni akan dibuat lagi... Resepi FnF intai dari Asmaralife yang telah diubah jumlah sukatan air dan menggunakan tepung roti... 



Bahan A

500g tepung roti
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional *ganti water roax
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B

250ml air *As letak 230ml (FnF pun letak 230ml)
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C

80g margerine - FnF guna butter

Cara2:

Gaul sebati bahan A
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

atau
Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
Bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia.
Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

Ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @ canai doh menggunakan penggelek.
Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.
Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti.
Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. 

Kali ni FnF buat bun biasa...bulat2kan saje dan susun dalam loyang.


GARLIC SPREAD
sumber: kak Yatie @ kak Madihaa

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus2
pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.




Sunday, April 15, 2012

Triple decker cake

Assalamualaikum dan salam hujung minggu... Actually cake ni FnF buat untuk dibawa ke Mobara Kouen... inilah kek hanami FnF dan adik2 FnF semasa berhanami di Mobara kouen tempohari...


Triple decker cake... sangat sedap... resepi asal dari Sis Rima @ bisousatoi.com... FnF sukakan resepi2 beliau... memang best sgt walaupun FnF olah sedikit sebanyak... thanks for the marvelous recipes...


FnF sertakan resepi dalam bahasa melayu...untuk yang original (English version) oleh Rima disini... 


Bahan2 kek coklat (kali ni FnF guna resepi TCCC juga dari Rima @ bisousatoi.com... resepi di bawah...)


150g mentega-suhu bilik
125g coklat masakan hitam - cairkan secara double-boil atau microwave
3 biji kuning telur
60g tepung kek
20g serbuk koko
3 biji putih telur
65g gula


Cara2


Pukul mentega hingga kembang
Cairkan coklat masakan. Masukkan coklat masakan ke dalam mentega yang telah dipukul kembang tadi.
Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
Ayak tepung dan serbuk koko. (FnF ayak sekali dengan 1/4 sudu kecil baking powder)
Masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balik hingga sebati.
Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula hingga bertanduk... bila terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
Masukkan 1/3 adunan meringue tadi ke dalam batter. Gaul sebati.
Masukkan batter ke dalam 2/3 adunan putih telur lagi. Kaup balik sebati.
Bakar pada suhu 165degree C selama 25 minit (hingga masak).
Sejukkan. Potong dua mendatar.


Bahan2 kek keju


75g mentega-suhu bilik
60g cream cheese-suhu bilik
2 biji kuning telur
30g tepung kek
10g susu tepung
2 biji putih telur
35g gula


Cara2


Pukul mentega dan cream cheese hingga licin
Masukkan kuning telur, pukul hingga kembang
Ayak tepung dan susu tepung, kaup balik sebati ke dalam adunan cream cheese tadi
Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula hingga meringue
Masukkan 1/3 putih telur ke dalam batter, kaup balik sebati.
Kemudian masukkan batter ke dalam 2/3 putih telur tadi...gaul sebati
Bakar pada suhu 165degree C selama 15 minit hingga masak. Sejukkan di redai.

Bahan2 Ganache coklat (kali ni FnF guna ganache coklat dari masam manis... yang ni pun ok ye...FnF dah cuba juga)


300g coklat masakan hitam 
150g fresh cream
50g butter, unsalted


Cara2


Panaskan fresh cream, Masukkan cooking chocolate yang telah dicincang kasar. Kacau hingga semua coklat masakan cair dan sebati ke dalam fresh cream. Masukkan butter. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk hingga separa keras. Bila nak guna nanti pukul balik hingga creamy. Ketepikan.


Sirap kopi


1 sudu kecil serbuk kopi segera (FnF guna 2 susu kecil Nescafe) 
200ml air panas
3 sudu kecil guna


Cara2 - larutkan nescafe dan gula dengan air panas.


Triple decker cake


Potong mendatar kek coklat
Letak 1 keping di atas cake board, sapukan rata2 sirap kopi menggunakan berus lembut (FnF guna silicon brush)
Spread coklat ganache ke atas kek rata2
Letakkan pula kek keju, sapu lagi dengan sirap kopi
Spread coklat ganache rata2
Letakkan 1 keping lagi kek coklat, sapu sirap kopi rata2
Spread ganache rata2 keseluruhan kek. Sejukkan di dalam peti ais selama 1 jam. Sedia dinikmati.


Untuk kek coklat, kali ini FnF gunakan resepi TCCC juga dari Rima... kek ni memang sedap sangat...terpikat sejak pertama kali mencuba...kek nya tidak se'moist' chocolate moist...tidak juga spongy seperti sponge cake atau chiffon cake... kek yang kaya dengan rasa coklat...

FnF guna resepi TCCC untuk triple decker cake kali ni untuk mendapatkan kek coklat yang lebih tebal... FnF guna loyang yang besar sikit (21cm)... jika guna resepi asal, kita akan dapat 3 lapis kek yang sama tebal...


Di bawah resepi TCCC yang FnF guna untuk triple decker cake... version asal (English) disini...

Bahan2

5 biji telur
75g gula
1/2 sudu besar ovalet
70g tepung kek
30g serbuk koko
40g coklat masakan hitam
50g mentega-cairkan

Cara2

Panaskan oven 170degree C
Caikan mentega. Masukkan coklat masakan yang telah dicincang kasar kedalam mentega cair. kacau hingga sebati. Ketepikan
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalet. Pukul hingga gebu.
Ayak tepung dan serbuk koko...(FnF masukkan 1/4 sudu kecil baking powder, ayak sekali)...masukkan ke dalam batter...kaup balik hingga sebati.
Akhir sekali masukkan coklat masakan yang dilarutkan dengan butter cair tadi. kaup balik sebati.
Bakar dalam loyang 18cm selama 30minit (hingga masak). Untuk triple decker cake FnF guna loyang 21cm. 
Sejukkan dan potong 2 mendatar.

Nota: FnF asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur hingga maringue. Then, kaup balik kedalam adunan kuning telur dan ovalet yg telah dipukul kembang.

Ganache yang FnF guna kali ni dari dapur kak Ita masam manis

Chocolate Ganache

100ml double cream/ whipping cream/fresh cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Cara2

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan )FnF guna microwave)
Double boil fresh cream jangan sampai mendidih, masukkan coklat masakan, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Sama seperti kak Ita, FnF buat 2 adunan ganache.  Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang ada gelatin perlu dikeraskan sebentar dalam peti sejuk untuk dipaipkan/ disapu keseluruhan kek. Setelah itu sediakan ganache yang tak letak gelatin, curah ganache dari tengah kek ke keseluruhan kek. kemaskan kek dan simpan esbok.


Gambar kek yang atas ni guna ganache asal dari Rima...gambar lama..ehehehe... yg ni layer ngn chocolate mousse sbb ganache cukup utk sapu keliling kek je... org tak pro kan...ahaks... ada gak versi camni kat sini...lagi best le kan versi cmni... tapi sememeh la pulak kalau nak bawa picnic... kek yang ada mousse gini perlu disimpan esbok sentiasa... ;)





Saturday, April 14, 2012

Hanami (sakura viewing) @ Mobara Park

Cherry blossoms are blooming... Goodbye winter Hello spring... and we all think about hanami... 'Hana' means flower and 'mi' means seing or viewing... in Japan hanami means viewing and admiring the beauty of the cherry blossoms... 




It was our first hanami in three years since we came to Japan... huhu... Last year we could not attend hanami due to mega earthquake and tsunami disasters...



FnF had a visit to Mobara park for hanami. The park which is located in Mobara city, Chiba is one of the top 100 places noted for cherry blossom viewing in Japan...  


with many cherry trees surrounded the park...the blooming cherry blossoms form a very beautiful landscape...


Another landscape picture... one of many small shrine located at the park...


Bentendou, a small shrine which floats on Benten Lake... 




blooming sakura beautify the scene... giving it the touch of spring...



every corner viewed, the scene is still beautiful... 



beautiful day, beautiful air, beautiful cherry blossoms decorated by Allah


Umbrella on a beautiful day? 



 and Adek... peaceeee.... 


A two and half years old boy...he has grown up... but still cannot let go the pacifier... hmmmm...


The day is almost over. But still, the scenery is very beautiful... like a dream... illuminated cherry blossoms and trees at sunset created a shape of a glass at Mobara park...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...