Selepas sarapan, kami bergerak ke arah barat Nara ke Osaka. Dalam perjalanan, ternampak lak mumia nie tengah memanjat hehehe. Very interesting... Gambar nie diambil oleh co-pilot. MrFnF tgh drive. Safety first.
Antara tempat yang menarik untuk dilihat di Osaka ialah Osakajo (Osaka Castle). Di hadapan Osakajo terletak Osaka-jo Hall.
Untuk ke Osakajo, FnF lalu jalan di tepi Osakajo-Hall. Tu ha adik tgh jalan ke arah Osakajo sambil mkn makanan ringan jepun... Di tepi Osakajo ade juga plum & peach grove...
Berhenti sebentar untuk mengambil udara betul2 di luar perkarangan Osakajo... Bebudak nie main ninja2... Lompat...
Berjalan skit lagi jumpa la pintu ke perkarangan Osakajo... Memang unik...
Perjalanan masih jauh lagi... Kene melintas air...
Nie dia jambatan ke Osakajo...
Boleh berenang kalau mahu... hehe... Tp tgk air je terus tak mau... Stagnant water.
Berehat sekejap. Ilmi lak tersilap beli air. Terpaksa la MrFnF yg minum...rasa dia... pahit2...
Teruskan pendakian...
Nak naik ke sini kene panjat lebih kurang 4 tingkat tangga... Dah tiba kat sini terus cari air... Adik jumpa Ice-cream... besar lak tu. Hehehe.
Masuk ke dalam Osakajo, dpt la tgk painting, mini-figures dll. Tak semacam castle lain di jepun. Castle nie telah diubah-suai khas untuk pelancong... Jd takde la nak tgk ruang tidur raja ke, ruang tamu raja ke ... Agak kaciwa skit.... FnF pernah pergi castle kat Kochi... Ha, yang itu memang best. We were inside the castle as though it was 100s years ago. We did have fun then... Sebahagian tingkat di dalam Osakajo di larang ambil gambar... so takleh la nak tunjuk kat cni...
Sebelum balik kami bergambar kat meriam nie...
Jumlah jam pendakian ke puncak Osakajo dan turun semula ke bawah mengambil masa 4 jam... maklum le bawak Mak yung...hehe...Next stop, Kobe...