Assalamualaikum... salam buat semua...
Trip FnF bersama adik2 geng Chibadai ke kebun anggur pada 7 Oct 2012... baru ni nak update... Musim anggur pun dah berakhir... skrg diganti dengan musim buah persimmon (pisang kaki) dan mikan (limau).
Kebun anggur ni located near Chiba...around 30 minutes je dari rumah kami. Bayaran masuk dikenakan pastu boleh makan puas2 sampai kembung perut... Haaaa... inilah dia tukang petik buah anggur... makan nye tak pun... dah petik kena makan kat kebun tu jugak... kalo nk bawa balik kena timbang dulu dan dikenakan bayaran.
FnF sempat buat burgers dan juga moist chocolate cake for our breakfast at the kebun... adik2 geng Chibadai pula bawa bento nasi goreng... meriah betul piknik kami pagi tu dengan bekalan yang di bawa... sambil petik dan makan anggur pelbagai versi... antaranya hijau, purple dan merah...
Berbalik pasal moist chocolate cake ni... terpesona bila FnF memandang di blog kak Azie Kitchen. Resepi asal di sini. Memang best kek coklat ni... lagi pulak makan ramai2 kat kebun.
Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan minyak sayuran/jagung
1 1/2 sk esen vanila
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)
Cara2
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
Lenser loyang 10 inci aau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas.
Putar sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Chocolate Ganache (Ini resepi asal dari Kak Azie Kitchen)
4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam
Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair.
Kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan.
Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.
Chocolate ganache yang FnF guna
1 cawan double cream
250g dark chocolate
2sb golden syrup
Panaskan double cream, tuang ke dalam bowl berisi dark chocolate yg telah dipotong kecil2. Kacau hingga semua coklat mencair dan sebati. Masukkan golden syrup, kacau sebati. Sejukkan agak2 likat macam susu pekat manis bolehlah dicurah atas kek yg telah sejuk.
Resepi Buttermilk
Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice
Masukkan white vinegar atau lemon juice ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.
Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.
Hmmmm... FnF terasa nak makan kek cekelat lagi...aduhaiiii...kena membaking lagi le esok lusa ni... alahai... T.a.M.M.a.T











































