Monday, September 10, 2012

Day 2: Osakajo

Selepas sarapan, kami bergerak ke arah barat Nara ke Osaka. Dalam perjalanan, ternampak lak mumia nie tengah memanjat hehehe. Very interesting... Gambar nie diambil oleh co-pilot. MrFnF tgh drive. Safety first.


Antara tempat yang menarik untuk dilihat di Osaka ialah Osakajo (Osaka Castle). Di hadapan Osakajo terletak Osaka-jo Hall. 


Untuk ke Osakajo, FnF lalu jalan di tepi Osakajo-Hall. Tu ha adik tgh jalan ke arah Osakajo sambil mkn makanan ringan jepun... Di tepi Osakajo ade juga plum & peach grove... 


Berhenti sebentar untuk mengambil udara betul2 di luar perkarangan Osakajo... Bebudak nie main ninja2... Lompat...



Berjalan skit lagi jumpa la pintu ke perkarangan Osakajo... Memang unik...


Perjalanan masih jauh lagi... Kene melintas air...


Nie dia jambatan ke Osakajo...


Boleh  berenang kalau mahu... hehe... Tp tgk air je terus tak mau... Stagnant water.


Berehat sekejap. Ilmi lak tersilap beli air. Terpaksa la MrFnF yg minum...rasa dia... pahit2...


Teruskan pendakian...



Nak naik ke sini kene panjat lebih kurang 4 tingkat tangga... Dah tiba kat sini terus cari air... Adik jumpa Ice-cream... besar lak tu. Hehehe.


Masuk ke dalam Osakajo, dpt la tgk painting, mini-figures dll. Tak semacam castle lain di jepun. Castle nie telah diubah-suai khas untuk pelancong... Jd takde la nak tgk ruang tidur raja ke, ruang tamu raja ke ... Agak kaciwa skit.... FnF pernah pergi castle kat Kochi... Ha, yang itu memang best. We were inside the castle as though it was 100s years ago. We did have fun then... Sebahagian tingkat di dalam Osakajo di larang ambil gambar... so takleh la nak tunjuk kat cni...


Sebelum balik kami bergambar kat meriam nie...


Jumlah jam pendakian ke puncak Osakajo dan turun semula ke bawah mengambil masa 4 jam... maklum le bawak Mak yung...hehe...Next stop, Kobe... 


19 comments:

  1. salam fnf...Apa kabar?cantiknya permandangannnnn....K.atie mungkin xdpt g kesana...xmampu den.
    Dpt tengok gambar pon jadi larr:)

    ReplyDelete
  2. alahai...seronoknya dpt duduk negara org, luas perjalanan byk pengalaman...kita dh lama nk sgt gie JAPAN teringin benor nak tgk real bunga sakura nak feling2 cam winter sonata gitu hihihihi sakura dan winter sonata? mcm lari musim je hehaiiii... apa2 pun cntik pemandangan kat sane...

    ReplyDelete
  3. Salam, mummy tu betul2 bergerak ke? Apsal dia macam bulat semacam je? kepala nampak cam nak tercabut je dr badan.

    Askar2 kecik yg dalam kotak kaca tu, bila malam mesti hidup pastu berlawan sesama sendiri kan? *pengaruh night at museum. hehhe...

    Awk sihat tak? Alahan tak? Boleh lagi minum minute maid perisa grape fruit. fuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy tu melekat je kat c2... kalo bergerak takut gak ye... hehe...

      tu le... mlm2 hidup kot askar2 jepun dlm kotak tu...ngee... sy tak minum air tu... hubby yg minum... sy pun alahan teruk gak... hmmmm...

      Delete
  4. bestnya....!!!!cantik berhajat juga untuk kesana hujung tahun ni.....

    ReplyDelete
  5. Salam fnf, cantik2 n menarik belaka tmpt yg dkunjungi..napa smpainslh beli air tu?sibbaik boleh telan lg ek.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa... beli kat mesin air gedegang. anak tersalah tekan button. haishhh... mmg takleh telan. seb baek papanye leh minum air tu.

      Delete
  6. Saya mastura, wartawan untuk kitchen online magazine.saya nak muatkan resipi puan dalam majalah online kami..tema kami untuk isu ke 3 ini makanan kesihatan..snek ringkas dan mudah..
    jika puan bersetuju kami mohon puan sediakan lima resipi lengkap bersama gambar dan resipi.. Pilihan resipi seperti sandwich, nasi goreng ringkas, salad, kek kukus dan variasi sup..
    Sila maklumkan kepada saya sekiranya puan berminat untuk sama-sama ditampilkan dalam majalah online kami.

    Mastura
    Wartawan Kitchen Onlie
    Mediaglam Sdn Bhd

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, boleh... ini email kami: mfadhil.abas@gmail.com. mohon email puan juga untuk mudah sy emailkan resepi dan gambar yang diminta.

      Delete
  7. FnF tahniah missChikodox dah melamar tu..alhamdulillahhhhhh....seronoknya jalan2 kat jepun ni..semoga one day mieza juga bleh sampai ke sini :)

    ReplyDelete
  8. bestnye...sgt cantik pemandangan kat sna..gmbo pon smua cntik2 jugak..

    ReplyDelete
  9. salam syg fnf..
    alahaii bestnya dpt jejalan..bdk2 tu pun hepy jew kan..pic cantik2.:)

    ReplyDelete
  10. saya tak masuk dalam masa pergi tu sebab sampai dah lewat petang. dapat jalan2 keliling je, huhu.. jadilah ambil gambar luar buat kenangan. :)

    ReplyDelete
  11. Salam FnF..

    Waa cantiknya view tu, bestnya dapat jalan2 tempat cantik2, terapi minda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...