Friday, September 14, 2012

Day 2: Kobe @ night... dinner di Kobe Fisherman's Market

Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua... mood mengupdate blog yang jatuh merudum... haishhhh... memang takde mood sungguh bila melayan alahan dan morning sickness yang entah bila akan berakhir... saya sangat letih dan lesu... huhuhu... ok... tarik nafas... hembus... hmmmm... jom mula...

Pelabuhan Kobe pada waktu malam...
Sambungan kisah perjalanan FnF ke sekitar Kansai. Semasa di Kobe kami sempat menikmati angin malam di sepanjang Kobe Port... Bandar Kobe sangat cantik pada waktu malam dilimpahi cahaya lampu dengan reka bentuk bangunan nya yang unik.


Sebelum menikmati pemandangan malam di Kobe Port, kami menjamu selera di restoren Kobe Fisherman's Market yang menawarkan hidangan makanan laut secara buffet. Walaupun harganya agak kemahalan tapi memang puas hati dapat makan sampai senak gitu...haishhh...

Logo Kobe Fisherman's Market yang sempoi...
Dari luar restoren... buruk je struktur bangunan... lokasi mengadap pantai 
Jom intai apa yang ada di Kobe Fisherman's market... Mudah untuk mengenalpasti makanan yang halal di sini sebab kebanyakan hidangan nya adalah makanan laut. Setiap hidangan disertakan dengan kandungan bahan2.. untuk daftar alergi sebenarnya... maklum laaa ramai orang yang alahan seafood kan... namun untuk muslim, daftar alergi itu berguna untuk mengelak keraguan terhadap kehalalan sesuatu makanan... 

Restoren yang luas... ramai pengunjung tapi masih banyak lagi meja yang kosong...
Seafood, pasta n pizza... 
Bahagian dessert dan kek...
Ketam rebus... ketam ni sangat mahal kat luar...seekor dalam 2000 yen... kat sini boleh makan puas2... tapi tu laaa... ianya hanya direbus sekejap dan dihidang...  untuk mengekalkan kemanisan lah konon nya... alahai tak best nye... rasa cam makan mentah lak... sebelah2 tu ada macam2 seafood sarada (salad makanan laut)
Grilled  and fried seafood corner... segala macam ikan, udang, sotong dibakar mahupun digoreng... 
FnF amek gambo dari jauh je... curik2 snap gitu... ngeee

Ok... masa makan.... nyum3x... hehehe... Ini antara yang sempat FnF snap... meal yang dah hujung2... awal2 tu tak de nye nak amek gambar... makan dengan lajunye... ngeee...

Ikan bakar, fried fish fillet, jagung bakar, salad dan mini cream puff
Seafood spaghetti, fish fillet lagi... ketam dan calamari ring, opps mini cream puff
Nasi paella, pizza, udang dan sotong bakar, fish fillet
udang dan ikan bakar, calamari ring, pizza... 
Aksi anak2... Ilmi ratah lauk sangat banyak... dia langsung tak sentuh nasi / mee... Izzul makan sikit je sebab awal2 dah makan spaghetti... kenyang le kan... adek plak... makan chips dan ice-cream je... seb baek umur bawah 3 tahun free... hehe




Bagi penggemar seafood memang berbaloi berkunjung ke sini. FnF suka fish n chips... tapi tetap teringat fish n chips yang kat The Manhattan Fish Market, Sogo KL tuuu... huhu... T.a.M.a.T...












Tuesday, September 11, 2012

kek span oren sunkist... mousse keju oren... nyamannn..

Assalamualaikum... salam buat semua...

Punya laaa lama FnF peram kek ni... dah habis pun baru nak citer kat sini... haishhh...


Gabungan kek span oren dan mousse keju oren... semestinya laaa oren sunkist... hehehe...



Tapi jelly untuk topping kek tu FnF guna limau mandarin dalam tin...tak jumpa lak orange sunkist dalam tin... ahaks... limau mandarin dalam tin ni memang best... ratah cam tu je sejuk2 pun sedaaappp... 


Jom intai resepi kek... FnF gunakan resepi kek span oren dari blog kak Ita masam manis disini. Resepi asal dari AlexGoh.

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor

Bahan C
100 gm tepung gandum (ayak)
70 gm mentega cair (dicairkan)

Cara2

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang bulat 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue)
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna (suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
Potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan.


Untuk mousse keju oren, FnF olah dari resepi mango cheesecake dari adik aku bukan masterchef nun di Yamagata, Japan. Resepi asal dari CMG dapur tanpa sempadan.

Bahan2 mousse keju oren

200g creamcheese - dilembutkan
60g gula kastor
1 biji buah oren sunkist - buang kulit dan biji, dikisar menjadi puree
1 1/2 sudu besar gelatin halal
110ml air panas@suam
200ml whipping cream

Cara2

Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putar sebati. Kemudian, masukkan puree oren sunkist kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
Kemudian, masukkan gelatin kedalam adunan dan gaul sebati. Bahagi 2 bahagian sama banyak.

Topping

1 tin limau mandarin - toskan air nya tapi jangan dibuang
1sb serbuk gelatin
4 1/2 sb air panas

Cara2

Larutkan 1 sb gelatin dalam air panas.
Campurkan ke dalam 150g air limau mandarin dalam tin. Kacau hingga sebati.

Assemble

Sediakan loyang (loose pan). Letak 1 keping kek span oren.
Lapiskan dengan 1 bahagian mousse keju oren.
Letak 1 keping kek span oren lagi.
Lapiskan dengan 1 bahagian mousse keju.
Simpan peti ais sehingga mousse mengeras.
Akhir sekali susunkan buah limau dalm tin atas kek dan letakkan topping jelly. Sejukkan 3-4 jam dalam peti ais sebelum dikeluarkan dari loose pan.


Monday, September 10, 2012

Day 2: Osakajo

Selepas sarapan, kami bergerak ke arah barat Nara ke Osaka. Dalam perjalanan, ternampak lak mumia nie tengah memanjat hehehe. Very interesting... Gambar nie diambil oleh co-pilot. MrFnF tgh drive. Safety first.


Antara tempat yang menarik untuk dilihat di Osaka ialah Osakajo (Osaka Castle). Di hadapan Osakajo terletak Osaka-jo Hall. 


Untuk ke Osakajo, FnF lalu jalan di tepi Osakajo-Hall. Tu ha adik tgh jalan ke arah Osakajo sambil mkn makanan ringan jepun... Di tepi Osakajo ade juga plum & peach grove... 


Berhenti sebentar untuk mengambil udara betul2 di luar perkarangan Osakajo... Bebudak nie main ninja2... Lompat...



Berjalan skit lagi jumpa la pintu ke perkarangan Osakajo... Memang unik...


Perjalanan masih jauh lagi... Kene melintas air...


Nie dia jambatan ke Osakajo...


Boleh  berenang kalau mahu... hehe... Tp tgk air je terus tak mau... Stagnant water.


Berehat sekejap. Ilmi lak tersilap beli air. Terpaksa la MrFnF yg minum...rasa dia... pahit2...


Teruskan pendakian...



Nak naik ke sini kene panjat lebih kurang 4 tingkat tangga... Dah tiba kat sini terus cari air... Adik jumpa Ice-cream... besar lak tu. Hehehe.


Masuk ke dalam Osakajo, dpt la tgk painting, mini-figures dll. Tak semacam castle lain di jepun. Castle nie telah diubah-suai khas untuk pelancong... Jd takde la nak tgk ruang tidur raja ke, ruang tamu raja ke ... Agak kaciwa skit.... FnF pernah pergi castle kat Kochi... Ha, yang itu memang best. We were inside the castle as though it was 100s years ago. We did have fun then... Sebahagian tingkat di dalam Osakajo di larang ambil gambar... so takleh la nak tunjuk kat cni...


Sebelum balik kami bergambar kat meriam nie...


Jumlah jam pendakian ke puncak Osakajo dan turun semula ke bawah mengambil masa 4 jam... maklum le bawak Mak yung...hehe...Next stop, Kobe... 


Friday, September 7, 2012

Irumi's bentou Back to school

 Assalamualaikum... 

Cuti summer sekolah Ilmi dah pun tamat... Ilmi dah mula bersekolah seperti biasa... so FnF pun dah start membuat bentou lunch semula semenjak Selasa (Isnin buka sekolah tu Ilmi balik awal dan lunch di rumah)... semenjak morning sickness ni xtvt masak-memasak tersangat lah terhad... kalau dulu sebelah petang adalah waktu paling sesuai untuk baking2/ buat kuih untuk minum petang dan buat frozen food utk memudahkan kerja membuat bentou... InsyaAllah masuk trimester kedua nanti harapnya dapat semangat semula untuk ke dapur...

Jom tengok apa yang FnF prepare untuk bentou Ilmi... FnF buat ala kadar je skrg ni... hmmmm...

udang tempura dan home-made chicken nugget resepi disini... : karektor Mr crab... sempoi je
Thermos pot bentou box supaya nasi kekal panas sampai waktu lunch kul 12
Lala / asari masak 3 rasa feveret Ilmi... resepi di bawah
Bahan2 

2 ulas bawang putih diketuk
200g lala / asari

Bahan kisar
5 btg cili kering (rendam air panas hingga kembang) - 2 sb cili blender
3 ulas bawang merah

Bahan sos
3 sudu besar sweet Thai chilli sauce
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato - FnF tak letak pun...hehehe
1 batang serai diketuk
1 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya


Cara2

Tumis bawang putih yang diketuk
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi
Masukkan lala
Masukkan bahan sos, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan secawan air... masak sos hingga mendidih.
Tutup api bila kuah dah agak pekat.
notes - boleh masukkan bancuhan tepung jagung jika suka untuk pekatkan kuah. FnF tak letak.



Hmmm... simple je FnF buat bentou ilmi... ada chicken nugget, udang tempura dan lala... berselera je Ilmi makan nasik... tapi susah le FnF nak suruh Ilmi supaya suka makan sayur2 ngn buah2an... haishhh... cmane ek... ada tips tak...

Wednesday, September 5, 2012

Day 2: Takoyaki untuk sarapan

Assalamualaikum... salam buat semua...


Breakfast special FnF semasa bercuti di Nara... Projek mama ngan papa Izzul... FnF tukang kacau je...  pastu makan paling banyak... ngeee...


Actually semasa di Nara FnF menumpang tidur di rumah sahabat FnF... mama ngan papa Izzul...  so pagi hari kedua tu kami breakfast takoyaki... siap kami bawa bekal ke Osaka...


Membancuh adunan takoyaki mudah aje sebenarnya... ikut je instruction kat paket tepung takoyaki...


Yang leceh sket masa nk masak le kan... kena mengadap takoyaki pan sampai siap... tapi bila masak beramai2 cam best pulak...heeee


Untuk hasilkan yakoyaki yang rangup... letak minyak dalam pan... tuang adunan tepung sampai melimpah... dan letakkan inti tako/ negi/ keropok tempura...



Pastu kena rajin golek2 / balik2 kan supaya menghasilkan takoyaki yang bolat2...



Masak ngn api kuat supaya bahagian luar tu rangup tapi kat dalam lembik2... moist gitu... 


Dah masak leh angkat dan toppingkan takoyaki ngan fish flakes, nori dan negi... letak sos mayonis dan sos hitam (okonomiyaki)... kalo kat kedai FnF tak berani nak letak sos hitam sebab takut tak halal... so selalunya makan ngan mayonis je... bila buat sendiri leh letak sos hitam tu banyak2... ada yang halal beli di Gyomo - supa (takde mirin/sake)...


Bahan2

200g tepung takoyaki
2 biji telur size M
650ml air
minyak utk melengser acuan.

Isi

150 - 200g tako
kubis cincang halus - tak letak
50g keropok tempura
negi / daun bawang

Topping

mayonis
sos hitam okonomiyaki
Fish flakes
Nori halus
negi / daun bawang

Cara2

Campur semua bahan2 tepung, telur dan air
Kacau rata supaya tak berketul
Panaskan acuan takoyaki, lengser minyak supaya tak melekat
Tuang adunan tepung ke dalam acuan
masukkan bahan2 isi
Balik2kan takoyaki biar bulat2
angkat...taburkan nori dan fish flakes, tuang mayonis dan sos okonomiyaki






Tuesday, September 4, 2012

Day 1: Nara koen & Todaiji

Sambung kembali cerita. Hari pertama holiday kami ke Nara koen dan Todaiji (Tempat yg sama sebenarnya...). Parking kat tempat nie tak susah nak dicari. FnF dapat tempat parking yg murah... sekali masuk 1000yen.

Di tempat masuk ke Nara koen ade tempat menunggu untuk menaiki kendaraan ini ... macam beca tp org yg bawa...


Masuk je ke Nara koen, kelihatan banyak rusa yg jinak2 belaka ...




Nie kedai untuk beli chika senbei (biskut rusa)... makanan untuk rusa... 


kedainya takde pun rusa yg kacau tp bila pelanggan beli terus je kena serbu...


Siap sondol2 lak tu... haishhh


Ha bila start nak bagi makanan, berkumpul la rusa2 nie. Tak tau org yg bagi makanan tu nak buat rusa panggang klu dapat sekor... :P


Berjalan sedikit ke depan jumpa la pintu ke Todaiji... 


Di perkarangan Todaiji, bebudak bertiga nie berkejaran... Nie dia aksi ultraman... Ilmi di tgh, adik di kanan dan izzul (anak kawan) di kiri... Yahhhhh Fireeeee 


Lagi aksi anak3x... seronok sgt Ilmi dan Rayyan dapat jumpa Izzul


peace...

Todaiji dari luar...


Masuk je kene bayar... FnF amek gambo dari luar je



Kat luar Todaiji. Berehat makan kakiguri (ABC jepun). Tak se best ABC Malaysia... Hanya perisa dan ice aje...


Ilmi tgh makan cepat2... takut rusa kejar dia nak makan kakiguri...


Pandangan dari sisi pintu...


Kat sini ade perbagai kedai yg boleh beli cendera mata... Boleh beli baju, makanan, pedang ... Kami cuma beli biskut n kuih untuk mereka yg masih ade di Chiba...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...