Assalamualaikum... salam buat semua...
Actually kan... birthday FnF dekat2 tarikhnye... gap tak sampai sebulan ponnnn... so time ni le masing2 demand nak hadiah special... hehehe...
Jika sebelum ni FnF celebrate MrFnF birthday with rainbow cake siap ngan simple lunch sekali... kali ni FnF celebrate MrsFnF birthday ngan kek yang berkhasiat lak... simple but delicious walnut carrot cake...
Dulu2 pernah juga FnF buat carrot cake tapi ada guna nanas dan kepala parut... sebab takde stok tu so FnF guna resepi yang lebih mudah... tapi rasa dia tetap mengancam... thanks Rahel 4 sharing the recipe here...
Bahan2 (acuan 8")
1 1/4 cawan gula perang
3/4 cawan minyak bunga matahari
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 1/2 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 st serbuk kayu manis*
1 st esen vanilla
2 cawan carrot yg telah disagat halus
1/2 cawan walnut yg telah dicincang
Cara2
Griskan acuan,alas dg kertas serap minyak. panaskan oven 170'c.
Ayak bersama bahan bertanda*.
Masukkan gula & minyak dlm mangkuk,kacau sedikit hingga rata.
Masukkan telur dan pukul hingga berkrim selama 3 minit, tambahkan esen vanilla,kacau rata.
Kemudian masukkan tepung,kacau rata... masukkan carrot,walnut dan gaul sebentar sehingga rata.
Tuang adunan ke dlm acuan,bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
250g cream cheese
100g butter
150g gula icing (ayak)
1 cawan fresh cream (pukul kental)
Cara2
Pukul cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan gula icing, terus memutar hingga gebu dan halus. Masukkan fresh cream yang dah dipukul kental. Gaul sebati. Sedia untuk digunakan.
Potong birthday cake ni bersama2 Geng Chibadai semasa piknik kami di Doitsumura... InsyaAllah next entry FnF akan share kisah piknik Geng Chibadai di Doitsumura...
Selain carrot cake, sempat gak FnF buat roti untuk dibawa piknik... sugar cheese bun guna basic bread dough recipe dari mamafami disini...
Bahan2
100g gula
30g susu tepung
11g yis mauripan
1sk garam
1sk bread improver
1sk bread softener
80g butter
250ml air atau susu segar
1 biji telur - kacau sedikit
Cara2 (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap dan doh naik 2 kali ganda.
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap dan doh naik 2 kali ganda.
Kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagi doh 60g setiap satu... Sedia untuk dibentuk.