Assalamualaikum...salam Ramadhan buat semua...
Setelah 3 tahun menyambut Ramadhan di negara orang...Alhamdulillah tahun ini paling bermakna buat FnF kerana dapat menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang di tanah air.
Paling best...FnF sekeluarga dapat berkumpul bersama ibu dan ayah FnF, kesemua adik-beradik dan anak2 buah... menikmati juadah air tangan ibu... Ibu masak sup tulang, ayam masak tomato, sayur tumis kacang buncis untuk di nikmati bersama nasi putih...
Sebagai manisan, ibu buatkan kuah serawa durian untuk dinikmati bersama roti jala... Alhamdulillah... syukur... rindu giler beb nak makan serawa durian masakan mak... memang terbaekkkk in the world...
Semasa menetap di Nihon, durian tersangat lah mahal... dah tu susah pula nak jumpa... masa FnF ke pasar Ueno di Tokyo jumpa la durian... mahalnye...3 ulas 1000yen (rm35)...
Ibu FnF masak serawa durian agak2 je... Rasa dia... sedap giler... cukup pekat dan lemak... maklum ler... mak guna santan segar dari kelapa yang diparut sendiri... tak main le santan segera...
Di sini FnF kongsikan resepi bersukat serawa durian dari dapur tanpa sempadan... FnF pernah guna resepi ni masa di Nihon dulu... cuma FnF guna santan segera dalam tin... mana ada santan segar kat nihon kan...
Bahan2
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Cara2
Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
Serawa durian resepi agak2 ibu FnF
Isi durian secukupnye
1 sudu bumbun gula merah
3 sudu bumbun gula pasir
secubit garam
1 mangkuk santan segar
Sedikit tepung untuk likatkan kuah (bancuh dengan sedikit air)
Cara2
Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau rata agar sebati. Masak atas api sederhana hingga kuah serawa menjadi pekat. Kuah serawa perlu sentiasa dikacau semasa dimasak.
Serawa durian resepi agak2 ibu FnF
Isi durian secukupnye
1 sudu bumbun gula merah
3 sudu bumbun gula pasir
secubit garam
1 mangkuk santan segar
Sedikit tepung untuk likatkan kuah (bancuh dengan sedikit air)
Cara2
Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau rata agar sebati. Masak atas api sederhana hingga kuah serawa menjadi pekat. Kuah serawa perlu sentiasa dikacau semasa dimasak.
Juadah iftar kami... penuh meja...makan kena gilir2... sebab tak muat meja bila semua pulang ke desa... T.a.M.a.T...