Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua...
Ohhhh... semakin liat nak update blog skrg... supermoist eggless chocolate cake with cheese & chocolate mousse... dah lamapun FnF buat...
dari musim buah persimmon lagi... skrg dah habis musim... diganti musim buah strawberi... aduhaiii...
Persimmon, peach dan budou... |
Bercakap pasal persimmon... ini le rupa pokoknye... berbuah lebat dan masak ranum semasa musim luruh... tengok gambar yang MrFnF ambil ni...
masa ni daun2 pokok persimmon semua dah luruh... hanya ada buahnye yang menguning dan masak ranum...
Okeh... patah balik ke kisah kek autumn FnF nih... terpesona dengan keindahan deco kek Juwita... berbakat sungguh... leh tgk sini hasil seni beliau... tq juwita for sharing the recipe... resepi asal eggless moist choc cake dari dapurku sayang @ dayangjack disini... Act FnF dah pernah buat kek ni beberapa kali... antaranya kat sini untuk versi bakar layer ngn cream cheese... sangat mudah dan kompem jadik punye... hehe... kali ni FnF buat versi kukus pula...
Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara2
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Bahan Lapisan Keju
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
Cara2
Panaskan air dalam periuk pengukus.
Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan. Kukus lagi selama 15 minit.
Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.
pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap
(FnF tutup loyang dgn aluminum foil).
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.
Chocolate mousse
200 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas
Cara2
Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.
Cara meletakkan chocolate mousse
Setelah kek siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam (guna loyang yang boleh dibuka dari bawah)
Setelah kek siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam (guna loyang yang boleh dibuka dari bawah)
Ganache
200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji - FnF guna 4 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- optional
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah, FnF tak letak
cara2
Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup (jika perlu)
setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.
Cara menghias
Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.
Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.
Jika nak lorek2 dgn garfu, tunggu ganache pekat sedikit baru tuang atas kek... biar seketika hingga ganache keras sedikit baru dilorek dgn garfu yg dicelup ngn air panas dan dilap kering.
Psstttt...
simple kan menu famili FnF... asam pedas daging + tulang + tetel feveret MrFnF... sbb anak2 tak makan asam pedas, FnF buat sayur lemak kacang pnjg + nanas + udang... |
Now at 30weeks of pregnancy, MrsFnF dah tak serajin zaman2 berbadan ringan... tak larat... lenguh pinggang dan kaki nak berdiri lama2... masak pun simple2 aje... sekadar satu hidangan lauk, satu hidangan sayur... takde nye bersusun 4-5 jenis lauk atas meja... makan di luar? hmmmm... tak berapa reti nak cari hidangan halal disini... T.a.M.a.T...
alahai Fnf sedap nya kek tu macam nk telan je lah sbb ada cream cheese huh tergoda lah
ReplyDeletesedapnyaa! kak, nak tanya, untuk mousse tu, whipping cream kena guna non dairy or dairy?
ReplyDeletesedapnyer :)
ReplyDeleteMenariknya kek tu....
ReplyDeleteTp tambah lapar bila tgk asam pedas tu plak.....telan air liur je ni....
terliur lah tgk asam pedas daging tulang tuu..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan dan selamat semuanya fidzah. wahhh mmg menarik betul kek tu...hua hua hua..btw sebut pasal pesimon ni, teringat satu cerita korea, Rooftop Prince. Heroin dia mati makan buah pesimon kering yg beracun..uwaaaaa
ReplyDeletesangat sedap tu...saya tak pernah wat lagi SMECC ni
ReplyDeleteOwhhh begitu rupanya pokok pisang kaki dan tak der daun cuma tinggal buah je..mmg mieza suka makan persimmon..sedapppp...dan mahal kat mesia ni hehehe...
ReplyDeleteKek cekelat tu pun wah wahhhh menggoda betul..tahniah FnF..semoga dipermudahkan process kelahiran baby nanti..seronoknya tgk org nak dapat baby..
aduuuhh..cantiknya layer layer tu.. bercinta saya nak buat..dalam kata tak larat nak berdiri lama lama pun.. hehehe..
ReplyDeletededulu kat depan bilik saya pun ada sebatang pokok kaki ni.. masa kat sana tak suka sangat buahnya..bila da balik sini rasa cam "eh sedapnya buah ni" hampeh je kan..hahaha..
salam rindu fnf..waduh terkesima akak tgk potongan kek tu..cantik & kemas layernye..perggh! terliur sehhh..
ReplyDeleteoopss..sori br perasan fnf pregnant ye..moga dipermudahkan segalanye..amin..muaahh!
ReplyDeleterajinnyer clap2
ReplyDeletetgk mcm renyah nk buat cake tu ngeee
sbb pykt M dok ader ni mmg susah la ngeeee
Aslmkum FNF
ReplyDeletenengok kek nipun dah dpt bayangkan kesedapannya...gabungan choc cake dg cheese & mousse pasti yummy...
asam pedas daging favorit anak yg sulong....dah lama tak buat.
Fnf dah 30 minggu...rasa mcm sekejap saja...moga dipermudahkan segalanya...
Salam...rindu nak makan kek coklat..ada lg?
ReplyDeleteMak aiii.. itu FnF kata simple menu... penat tuuuuuu... Very tempting la your kek..
ReplyDeleteYa ampun! Sedapnya kek tu ...adeeehhhh terliur kudibuatnya!
ReplyDeleteoooo itu rupanya pokok persimmon alias pisang kaki yang selalu kita makan...
FnF..memang sedap sangat nampak kek tu, tengok je terus kecur air liur ni.
ReplyDeleteTu rupanya pokok Persimmon, cantik nampak buahnya yang menguning tu kan.
Wow! menggoda la kek coklat tu... angkut resipinya yer....
ReplyDeleteowhh.. sedang berbadan 2 rupanya.. moga semuanya okay di sana ye...
ReplyDeletetergoda betul dengan kek tu... memang nampak sgt2 yummy...
Rajinnya buat corak2 4 segi tu atas kek.
ReplyDeletePersimmon tu pisang kaki kan? Tak pernah tgk pokok tu. Tak sangka tinggi.
Dugaannya peknen di perantauan kan? Kalo perantauan tu negara Islam senang jugak nak cari makan halal. Ni kalo dah tak larat pun kena masak jugak. Tapi kan awk, wp kat negara sendiri pun, kalo nak makan kat luar tiap2 hari tak kena selera jugak. Tak sama macam masak sendiri. Cuma sekali sekala bila dah letih sgt tu boleh la makan kat luar.
Assalamualaikum kak :)
ReplyDeleteLamanyaaaaaaaaaa tak singgah sini sambil komen2 dan tengok gambar yg super lazat kat sini. Ni baru ada masa untuk usha usha :)
Terliurnyaaa tengok kek coklat tu...Buah peach tu rasa camne kak? Selalu dpt bau daripada prfume je, tak pernah makan lagi. Sedap tak?
salam FNF.....
ReplyDeleteyan kalau nampak kek kat blog FNF....mesti tergoda punya cantik dan menyelerakan.....
cantek2 kek dia..meleleh bila singgah sini..
ReplyDeleteperghhhhhh...sedapnya...terliur di buatnya...
ReplyDeleteduhhh.. memang terliur betul akak nengok cake mu yaunk.. :b
ReplyDelete