Tuesday, August 21, 2012

Sambutan Syawal Perantau Chiba

Ketupat (segera)... kuah lodeh...



Lemang (segera jugak) dan rendang...



Kuah kacang...  antara juadah santapan Perantau Chiba di malam menjelang Syawal... 


Kami berkumpul, buka puasa, solat magrib dan Isyak berjemaah bersama2 di rumah FnF... yang tinggal pun 9 orang je (plus 2 org anak2 FnF)... Selesai solat isyak berjemaah kami menunggu pengumuman raya dari TV Malaysia sambil makan kuih raya. Waktu Jepun dah kul 9 lebih masa tu... dah komfirm esok raya baru lah kami bertakbir... gilir2 otoko2 Perantau Chiba bertakbir menyerlahkankan bakat2 terpendam masing2 ^_^

Juadah kuih raya di malam raya... Malaysia mari hehehe...
Antara juadah berbuka puasa dan santapan malam raya FnF dan perantau Chiba...
Actually hari last puasa tu befday Ilmi... so FnF sambut sekali masa jamuan kuih raya tu... kek aiskrim BR. FnF tak buat kek pun sebab Ilmi request nak eskrem BR...

Selamat ulangtahun kelahiran Irumi kun... moga menjadi anak soleh kebanggaan mama dan papa...
BR icecream cake pilihan Irumi kun
Pagi raya 1 Syawal kami ke Embassy Malaysia di Tokyo untuk sama2 solat Aidilfitri... 2 biji kereta je rombongan dari Chiba kali nih... terasa meriah bila jumpa ramai Msian di embassy.

Embassy Malaysia di Tokyo, Jepun
Suasana di dalam dewan solat (otoko)... belum ramai lagi masa ni

Antara juadah santapan di pagi 1 Syawal... mee goreng, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan sambal jawa... juga pelbagai juadah kuih raya dan kek... 


Tahun ni terasa bilangan Msian yang datang beraya di Embassy sedikit jumlahnya berbanding tahun 2010 dan 2011. Almaklumlah ramai yang ambil kesempatan pulang ke tanah air sempena cuti summer.


Alhamdulillah dapat juga menyambut Aidilfitri dalam suasana yang sangat sederhana. Hari raya kedua dan seterusnya aktiviti harian FnF kembali seperti sedia kala... kecuali Ilmi masih berbaki cuti sekolah 2 minggu...


Semalam (raya kedua) walaupun tiada sambutan raya FnF masih makan nasi impit, kuah lodeh dan  rendang... saja nk feel raya je... ngee... hari ni raya ketiga dah start masak nasi macam biasa... 
T.a.M.a.T ... 

22 comments:

  1. balang kuih raya kita sama. hihi.. lamanya ilmi cuti, kat sini dah start sekolah dah. huhu..
    selamt ulangtahun Ilmi! moga menjadi anak yang soleh dan berguna. Ameen..
    2009-2010 saya raya kat embassy. tak jumpa kita 2010 ek. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2010 tu tak jumpa kat embassy. kita jumpa kat rumah kak Emi ;)

      Delete
  2. cop! jumpa kat rumah kak Amy kan! hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la As. Jumpa di rumah Kak Emi raya kedua kan

      Delete
  3. selamat hari raya dari kami di Malaysia.. Walau segera tapi yg penting meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri dari kami di Chiba. Tahun ni paling tak meriah hehehe

      Delete
  4. assalam FnF..selamat hari raya..meriah jugak sambutan raya disana kan..masak macam2 sama macam di sini.
    selamat hari lahir buat ilmi

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri dr Malaysia...Wah bleh tahan meriah gak kat sana yek.

    ReplyDelete
  6. simple je kan sambutan Aidilfitri kita perantau2 ni...hehehehe

    ReplyDelete
  7. Slmt hari raya FNF.betul tu bila berkumpul ramai2 dg org Msia terasa meriah sikit beraya.samalah di sini thn ni kurang separuh yg berkumpul sbb ramai balik cuti Msia.

    ReplyDelete
  8. irumi-chan. heheh.mmg nama jepun jd irumi ke? klu rayyan jd ape plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rion... maksudnya singa...hehehe... sbb katakana jepun takde huruf L

      Delete
  9. Salam lebaran fidzah n family bestnyaa g embassy teringin tp tak pernah ada peluang g sn huhu, tapi lg teringin nk jmpa fidzah :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya lambat saya bagi ucapan raya..hehe apapun raya tetap sebulan...selamat beraya...

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya FnF..
    Seronoknye ada pengalaman beraya di rantauan..

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya, maaf zahir batin ye fidza..banyak nya masak.best jugak ek beraya kat taishikan.

    ReplyDelete
  13. salam lebaran..n happy birthday buat boy..

    ReplyDelete
  14. Kira okay la jugek, ada jugak juadah ketupat dan lemang walaupun segera. Karipap mini pun ada. [Org pahang panggil epok2].

    Eskem BR tu nampak sgt sedap.

    ReplyDelete
  15. Salam Aidilfitri...

    meriah juga raya di perantauan.. mcm2 xtvt & juadah yg terhidang...

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya maaf zahir batin fnf sekeluarga
    meriah jg kan,hidangan pun mcm kat Malaysia
    sedap2 belaka
    hb buat besday boy, sama ank sulong akak besdaynya 28 syawal he he

    ReplyDelete
  17. Walaupun jauh diperantauan tapi suasana raya tetap meriah....selamat raya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...