Wednesday, March 28, 2012

Pau Gebu

Alhamdulillah...kami sekeluarga telah selamat sampai Chiba semalam 27 March 2012 setelah cuti2 Malaysia selama 3 minggu. Back to Mrs FnF routine...cooking... ;)  

Resipi ini menghasilkan pau yang gebu, licin dan lembut. FnF menggunakan resipi dari blog CMG DTS di sini. FnF hanya guna inti kaya sebab anak2 suka inti kaya berbanding kari. Kalau inti kari kami lebih suka pau goreng ala2 karepan (sejenis pau goreng Jepun yang disalut breadcrumb). InsyaAllah akan FnF upload entry pau goreng tersebut sedikit masa lagi.


Bahan Doh (FnF buat 1/2 adunan...dapat 7 biji pau)


500 gram tepung pau
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram yis mauripan


Bahan inti (FnF tak buat...guna inti kaya pandan)

2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1/2 inci halia, ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan 


Cara2 doh


Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. 

FnF guna breadmaker untuk menguli doh.


Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. 


Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama lebih kurang 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.


Inti kari ayam (FnF tak buat)


Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan. 

4 comments:

  1. wah bes bes..lama tak buat pau..leh buat pau kacang merah..arituh balik msia sempat borong inti tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laaa... insyaAllah mesti menjadi dah gebu tu nnt...

      Delete
  2. gebu dan licin sgt rupanya! balik2 dah haru kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...di chiba sakura dah berputik...seminggu 2 lagi berhanami la kita ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...