Sedap gilerrr...
Sekor ayam ni famili FnF sekali hadap je...
Resepi ayam pangang Sarawak maveles dari blog dapurku sayang (Dayangjack)
8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan) - FnF guna chicken whole 1.2kg
1 sudu makan ketumbar (disangai)*
1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
1/2 inci lengkuas*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
sedikit garam (FnF letak 11/2 sudu kecil)
gula merah/gula melaka/ brown sugar (FnF letak 2sb gula merah)
2 sk peri-peri essence (ni FnF tambah ye...kasi pedas2 sket)
Cara2
Kisar bahan-bahan bertanda *.
Gaulkan ayam bersama semua bahan dan perap semalaman (FnF perap 2jam je).
Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka.
Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190C selama 1 jam (bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri).
p/s:- FnF bakar guna oven. Lepas 40 minit, terbalikkan...bakar lagi 20 minit...sambil tu sapu permukaan ayam dengan minyak ayam yang keluar masa membakar supaya kulit ayam tak kering dan nampak berkilat)
Sambal Cili (FnF tak buat...cicah sos nando's...hehehe)
3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran)
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
air asam jawa (ikut sukatan sendiri)
garam dan gula secukupnya
Cara-cara : Satukan semua bahan di dalam periuk. Didihkan seketika dan kacau sekali sekala selama 3-5 minit
No comments:
Post a Comment